Yang selalu jengok

Tuesday, June 29, 2010

PATI

Masuk negara orang secara haram memerlukan kekuatan minda dan fizikal. Peluang masuk ke Thailand di Bukit Kayu Hitam secara haram kali pertama memang menjadi pelajaran penting. Sampai di tempat pakir untuk ke Thailand, terus bertanya kepada pemuda2 yang membawa motor ke Thailand, berapa harga perlu dibayar untuk keluar dan masuk ke Thailand. Duit menjadi taruhan paling berharga disini. Duit yang diminta sebanyak RM100 rasanya terlalu tinggi untuk perjalanan sejauh 500 meter itu. Masuk ke tempat 'duty free' lalu singgah ke tempat teksi dan bertanya jika tanpa passport berapakah harga untuk ke Thailand. Jawapan diberikan semacam lampu hijau untuk menembus jalan secara haram ini. RM70 yang diminta agak bersesuaian. Hati masih berbelah bagi kerana pagar ke Thailand sudah nampak dekatnya. Berjalan terus ke tempat pakir selepas pagar ke Thailad yang terletak berdekatan dengan pondok imigresion Thailand. Terus ke tempat mengisi borang untuk pemegang passport dan bertanya lagi. Seorang pemuda memanggil dan mengatakan ikut dia melalui pintu dihujung dan terus ke pagar ke 2 di Thailand. Sambil menunggu arahan dari pemuda Thailand itu, mata ashik melihat pihak penguat kuasa Thailand. Tanpa takut kaki sudah sebelah masuk ke Thailand dan pemuda Thailand melambai2 menyuruh kita masuk terus tanpa takut. Dan peliknya bayaran diminta terus turun dari permulaan tadi RM100 dan sekarang hanya RM20. Dan aku menjadi PATI untuk sehari. (Kenangan soal siasat dalaman di Sungai Petani pada 21 Jun sehingga 26 Jun 2010)

No comments:

Post a Comment