Tiba di Sungai Petani pada 20 Jun pukul 6.30. Perjalanan dari Kuala Lumpur yang hampir 4 jam tidak terasa kerana bersulam dengan perbualan rancak sepanjang jalan. Sungai Petani kali terakhir pada tahun 1992 tidak seperti dulu. Pembangunan yang rancak dan pembukaan bandar2 baru memang ternampak kenaikannya. Bandar2 seperti Lagenda, Laguna seperti pusat bandar baru yang boleh dibanggakan. Hidup malam seperti lebih rancak dari ibu negeri Kedah Alor Setar. Kilang2 utama yang berada di exit Sungai Petani Selatan seolah2 tersusun untuk menambah kelainan dari bandar2 lain di Kedah. Masih ingat saya pada 1992 dulu, Sungai Petani sudah ada sistem pakir bermesin lebih dahulu dari Petaling Jaya. Dan bagi saya Sungai Petani adalah bandar sitelit utara yang pertama.
No comments:
Post a Comment