Yang selalu jengok

Sunday, June 6, 2010

Paintball War 2010 Bank Muamalat


Tak pernah terlibat. Hati agak berdebar melihat kumpulan2 lain yang menang bergaya. Bermain paintball di Akademi Paintball PJ dengan lebih 35 kumpulan pada 05/06/2010. Nama Predator yang saya agak tak bersetuju pada awalnya menggunakan nama secanggih itu. Tetapi selepas menang kali pertama nama Predator rasa2nya sesuai sangat. Dengutan jantung bergerak agak laju dengan arahan2 dari jurulatih yang agak menakutkan. Face mask yang diberi tidak boleh dibuka di dalam padang permainan. Ini boleh menyebabkan mata buta kalau terkena tembakan. Denyutan jantung makin laju. Nama kami dipanggil untuk pertarungan pertama yang rasanya agak mudah kerana pasukan lawan beri kemenangan percuma kerana setelah terkena tembakan dia terus membuka topeng dan kemenangan percuma diberikan. Habis perlawanan pertama tangan terus menggigil. Gerun sebab kali pertama dan perlawanan seterusnya terasa senang dan Predator terus menang sehingga perlawanan ke4 dan menjadi johan kumpulan. Pusingan ke2 adalah perlawanan kalah mati. Dan perlawanan yang seterus rasa keyakinan tinggi dan perlawanan ditamatkan awal kerana pasukan kami membuka facemask dalam perlawanan yang masih berbaki masa. Setelah dikira dari markah awal dan dikumpulkan pasukan Predator telah mendapat nombor 8 dari 36 pasukan. Not Bad bro

No comments:

Post a Comment