Lawatan sambil belajar |
Satu hari aku ke kubur membawa anak2, soalan yang ditanya "Ayah punya kubur mana?" Aku menjawab lesu "Ayah belum mati lagi, tak de la kubur". Ohhhh... itu sahaja keluhan anak2. Soalan lagi "Kenapa Tok Wan mati?", "Tok Wan mati sorang2 ke?", "Kenapa Tok Wan tak ajak Opah sekali?". Aku tersenyum kelat.
Soalan mendesak ini menyebabkan aku bercerita pada mereka tentang bermimpi. Dalam mimpi semua yang kita tidak boleh buat pasti boleh. Melompat seperti Spider Man, jadi Ultra Man atau Ben 10 tidak ketinggalan. Aku mahu mereka berangan menjadi sesuatu. Yang pasti aku mahu mereka berfikir. Anak2 ini mesti dilayan mimpi mereka. Akhirnya semua setuju untuk bermimpi berangan. Yang paling tua mahu menjadi seperti ayahnya. Ada kereta, rumah dan bekerja seperti ayahnya. Yang perempuan berangan menjadi ibunya, bekerja dan pandai masak. Dan mereka berangan seperti mahu bermimpi malam nanti.
Adik yang ketiga, hanya satu impian dihati ketika ini iaitu menjadi Ultraman. Membunuh musuh durjana dan menjadi sanjungan orang ramai. Abang dan kakak ketawa pada adik. Adik tidak perasan bahawa yang diangankan itu tidak terima akal tetapi semua ketawa termasuk aku maka dirasakan angan itu benar belaka. Maka semua anak2 gembira kerana ayah mereka sudah memberi kefahaman. Aku mengunakan angan mereka ini untuk mengerakkan mereka sekarang. Adik kena buang sampah dalam tong sampah kerana Ultraman tak suka sampah. Dengan berlari sambil tangan disilang seperti untuk menembak cara Ultraman dan sampah sampai ke tong sampah dengan jayanya. Aku jadi seronok.
No comments:
Post a Comment