Dan anak2 kecil mula berpuasa. Bangun sahur bersama walau susah dikejutkan. Anak2 ini digerakkan tenang supaya tidak terkejut bila bangun. Makan mesti ikut selera mereka. Air soya dan ayam nugget. Ayam goreng juga menjadi pilihan. Tanya : Kenapa kita berpuasa ayah? Anak pandai bertanya dan ayah sekarang kena selalu mengetahui dan menjawab. Jawab : Allah wajibkan kita berpuasa seperti bersolat juga. Cuba baca ayat 183 surah Al Baqarah.
Bermaksud "Wahai orang2 yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa seperti mana diwajibkan ke atas orang2 terdahulu, moga2 kamu bertakwa". Bertakwa itu apa Ayah? Adik kena baca ayat 177 surah Al Baqarah juga untuk tahu apa itu bertakwa? Cuba baca ayat ini
Ohh....Jawab : dan bila kita berpuasa, kita akan merasai apa yang orang miskin rasa dengan makanan tiada dan air tiada untuk diminum. Tanya : Kalau macam tu orang miskin tak puasa la? Jawab : Eh tak, dorang pun kena puasa. Tanya : Ayah, bila puasa ni, ayah lagi beli banyak makanan kan?. Jawab : Ye la, masa bukan bulan puasa semua makanan macam tu tak de pulak. Tanya : Ayah ingat orang miskin tak bila berpuasa? Jawab : Entahlah, ayah ingat puasa ini kerana Allah suruh dan wajibkan. Tak ingat pulak orang miskin. Kadang2 pagi2 lagi mak dan ayah dan berbincang nak makan apa buka nanti. Orang miskin mungkin tak bincang pasal tu. Yang bertanya : Jadi puasa ini bukan nak rasa macam orang miskin tapi kena puasa la, Allah suruh. Yang menjawab : Ye la tu.
Penuh satu meja |
No comments:
Post a Comment