Surau di tempat aku tinggal tak sunyi dengan kemeriahan. Lagi2 dalam bulan Ramadhan ini. Cukup penuh dengan kuliah selepas subuh, dhoha, kalau cuti sebelum Zohor, malam bertarawikh dan bertazkirah dan ditutup dengan morey yang seadanya. Aku melihat tentang kemeriahan ini termasuk didalamnya semangat berkawan, berjiran, bertanggungjawab hatta memastikan ilmu Agama sampai pada masyarakat itu dipenuhi. Di bulan Ramadhan ini, tok siak nya hanya duduk melepak memastikan semua kelengkapan berbuka cukup atau bila bermorey nanti air sejuk dan panas disediakan untuk jamaah yang hadir. Mereka ini adalah sukarela dan dibulan Ramadhan ini kepenatan menjadi Tok Siak hanya mereka yang tahu. Aku pernah bersembang dengan Tok Siak tempat lain menyatakan mereka adalah panglima akhir yang disuruh sarah dan kadang2 dimarahi jamaah kerana tandas berbau. Mereka juga bekerja seperti orang lain dan kerja di surau adalah sukarela dan boleh menaikkan darah. Apa yang aku nampak sekarang di Taman aku ini, Tok Siak hanya lepak kerana sekarang ada 3 orang pembantu Tok Siak memastikan semua keadaan terancang hebat dan Tok Siak boleh tersenyum sembang dan mendengar kuliah tanpa gangguan untuk minta air untuk morey. 3 pembantu Indonesia ini digajikan untuk membantu Tok Siak yang seorang itu. Ini adalah transformasi yang perlu digembur2kan kerana Tok Siak juga orang yang hendak dengar kuliah bukan sahaja kena buat air selepas solat witir.
No comments:
Post a Comment