Yang selalu jengok

Wednesday, December 21, 2016

Apa lagi ada di Surabaya

Dihadapan Museum Satwa

Surabaya bagi aku adalah kota wisata (berpergian bersama2 untuk berpiknik dan bersenang2) yang terlalu besar. Terlalu banyak tempat untuk dilawati dan kemungkinan tidak boleh habis dalam masa 3 atau 4 hari.

Kami ke Malang dan ke Kota Batu. Kami melayari Jatim Park II (Jawa Timur Park II) dan telah menghabiskan sekitar separuh hari di tempat ini iaitu Batu Secret Zoo dan Museum Satwa. Di Batu Secret Zoo hanya 25% sahaja kami sudah keluar. Ia terlalu besar untuk kami habiskan. Kalau mengikut dalam wisata, kami masih tidak melempiasi Ecogreen Park atau mengikut cerita mulut ia adalah Tempat Burung2.



Bila ada Jatim Park II maka tentu ada Jatim Park I (Jawa Timur Park I). Di Jatim Park I ada Museum Tubuh dan Water park untuk bermandian. Ia juga adalah Predator Fun Park. Terdapat binatang2 buas yang kita boleh beri makan seperti buaya.

Museum Tubuh

Predator Fun Park
Jatim Park I
Water park 

Dalam sekitaran Kota Batu ini kita juga akan bertemu dengan Museum Angkut (kenderaan) yang luas. Di tempat yang sama kita sebenarnya akan berjumpa dengan Museum D'Topeng dan Runaway 27 iaitu kapal terbang yang betul Boeng 737 - 200 tahun 1985.  Kami yang berpergian di sana menghabiskan 3 jam waktu hanya di dalam Museum Angkut dan kami berlari2 anak untuk menghabiskan 3 jam itu. Selepas keluar dari Museum Angkut, kita akan bertemu dengan pasar Apong atau pasar atas air.  Boleh menempah sampan untuk berpusing sekeliling pasar itu.

Musuem D'Topeng dibuka pada 12 - 7 mlm sahaja

Pasar Apong di sebelah Museum Angkut

Setelah turun dari kawasan tinggi Kota Batu maka kita akan menemui Malang yang terdapat di situ Taman Safari Malang yang dikatakan terluas di Asia Tenggara.  Kami hanya melihat pintu depan Taman Safari kerana masa sangat mencemburui kami.  Gambar2 dari Google picture nampak memanggil kami ke sana lagi.

Taman Safari di Malang



Di bandar Surabaya ada hiburan malam yang bermula pada pukul 5 petang dan berakhir pada pukul 2 pagi iaitu Surabaya Night Carnival. Kawasan permainan anak2 untuk air bermula 5 petang dan berakhir pada pukul 8 mlm. Kami hanya berada diluar melihat2 ke dalam ketika di Surabaya.


Ini laluan untuk kanak2 sahaja


Di bandar Surabaya juga terdapat tempat2 yang boleh dilawati seperti Kebun Binatang (ada negatif review untuk Kebun Binatang atau Zoo ini). Ada water park dan lain2.



Bukan ini sahaja, sebenarnya jika kita ingin mendaki gunung maka Gunung Bromo menjadi satu tempat wisata paling utama. Ia berada sekitar 4 jam dari Bandar Surabaya melalui Surabaya - Malang - Probolinggo - Bromo.  Ia mempunyai ketinggian 7,641 dan ia adalah gunung berapi yang masih aktif. Ia baru meletus sebelum kami ke Surabaya di tengah bulan November 2016.

Pandangan cantik ini memanggil pendaki untuk ke sana

Kami sekeluarga menyimpan niat untuk ke Surabaya lagi.  Perjalanan percutian boleh dirancang dan pastikan disulam dengan pendidikan.  Perhatilah sekitar kita dan belajar dan kagum bahawa inilah milik Allah SWT dan kita hanya insan yang lemah dan menjadi hamba yang bersyukur.

Wednesday, December 7, 2016

Jalan2 ke Surabaya (Part II) 3/12/2016

Monumen Surabaya - Sura (shark) dan Baya (boyo-buaya)

Ini adalah hari ke 3 kami di Surabaya. Masih di hotel yang sama dan perjalanan semalam ke Batu Malang sungguh memenatkan. Tapi hari ini perjalanan masih diteruskan. Kali ini rombongan akan dibawa ke sekitar bandar Surabaya. Beberapa tempat lawatan sudah ada dalam perancangan rombongan kami.

Bas mini yang sama aku cuba dapatkan tetapi Pak Agus tidak dapat memenuhi permintaan itu kerana dia telah mendapat tempahan untuk ke tempat lain. Dia memberikan nombor telefon kawannya bernama Pak Heri kepada aku untuk memberi perkhidmatan.  Aku terus telefon dan memberitahu tentang niat untuk membawa rombongan sekitar bandar Surabaya.  Beliau bersetuju dengan kos sebanyak Rp1.1 juta (RM365.2). Berkira dengan ahli rombongan jika kita menyewa setiap keluarga sebuah kenderaan untuk sehari kemungkinan sebanyak Rp500,000 (RM166) sekeluarga dan mencapai Rp2.0 juta (RM664) untuk semua. Semua ahli rombongan setuju untuk mendapatkan perkhidmatan Pak Heri. Perkhidmatan Pak Heri ini adalah untuk 12 jam bermula pada pukul 10 am 3/12/2016.
Suzuki Elf Pak Heri

Selepas makan pagi, kami sekeluarga sempat mandi di kolam renang sebelum perjalanan rombongan dimulakan. Pukul 6 makan pagi dan pukul 6.45 am sudah ada di kolam renang.  

Pukul 10 am Pak Heri sudah menunggu di luar hotel.  Kami bergegas keluar dan menaiki Suzuki Elf yang lebih nampak ceria dari Suzuki Elf semalam. Saya memberitahu perjalanan rombongan pada hari ini dan Pak Heri mengatur perjalanan itu dengan lebih sempurna mengikut yang paling dekat dan sepatutnya berakhir dimana.

Program pertama kami adalah melawat Monkasel yang lebih kurang 4 km sahaja dari Hotel kami tinggal.  Walaupun begitu, keadaan jalan yang sesak kemungkinan mengambil masa lebih kurang 30 minit dan lebih.

Monkasel (Monumen Kapal Selam)

Pintu masuk Monkasel

Monkasel atau monumen Kapal Selam adalah kapal selam yang betul yang telah dipotong 16 untuk dibawa ke darat dan menjadi tempat lawatan utama di Surabaya.  Kapal selam ini bernama Paospati 410 adalah buatan Soviet Union tahun 1952.  Ia dirasmikan di Genteng Surabaya ini pada 27/6/1998.

Kapal selam ini panjangnya 76.6 meter dan lebar 6.3 meter dan diberitahu bahawa setiap kali menyelam, kapal itu membawa 60 orang soldadu. Ia mampu bergerak sekitar 18.3 knot di dalam air.

Tiket untuk masuk adalah Rp10,000 (RM3.32).  Ditempat itu juga disediakan video tentang kapal selam dan kolam renang untuk anak2 yang perlu dibayar sebanyak Rp8,000 (RM2.65).  

Kami tiba sekitar jam 10.35 am dan terus menuju ke Monkasel. Terus membayar dan masuk ke dalam kapal selam.  Sekitar kapal selam adalah sempit dan ada penunjuk arah didalam setiap kompatment didalam kapal selam itu.

Untuk masuk ke setiap kompatment itu, ahli rombongan terpaksa tunduk dan melangkah dan ini memang mencabar pada setiap ahli yang berumur termasuk aku. Kanak2 mungkin seronok kerana aktiviti ini sungguh menyeronokkan. Tayangan video dan kolam kami tak lawati kerana banyak tempat lagi kami mahu lawati lagi.

Semua masuk - tiada yang ketinggalan
Kawasan senjata
Baru bermula

Perjalanan makin sempit
Berakhir sudah perjalanan dalam kapal selam

Monumen Surabaya

Setelah selesai melawat monkasel, kami hanya perlu berjalan lebih kurang 500 meter di luar untuk melihat satu lagi monumen utama Surabaya iaitu Monumen Surabaya. Monumen itu menunjukkan seekor jerung dan seekor buaya yang nampak seperti bergaduh. Dari 2 binatang ini maka lahirlah perkataan Surabaya.




House of Sampoerna


Aku memasukkan lawatan ke tempat jual rokok ini sebagai satu pendidikan.  Paling utama ia adalah percuma dan dikategori tempat yang mesti dilawati dalam page Travel Advisor.  Ia adalah satu tempat atau kilang mengeluarkan rokok jenama Dji Sam Soe.  Pengasas Sampoerna adalah Liem Seeng Tee bermula dari Fujian dalam Daerah Axni di China. 

Di dalam muzium ini ada 2 tingkat dimana dibawahnya ditunjukkan cerita tentang bagaimana Sampoerna ini berkembang di Indonesia dan gambar2 lama pengasas dan keturunan mereka.  Di tingkat dua dibuat jualan T Shirt dan Topi dan dari tingkat itu juga kita boleh nampak tempat pekerja Sampoerna mengulung rokok menggunakan tangan untuk dijual.  Pendidikan ini tiada nilai bila melihat dan faham bagaimana orang Indonesia mencari pendapatan dengan hanya mengulung rokok Sampoerna.

Jika mahu mendapat layaran lebih baik untuk melawat, rombongan mestilah lebih dari 25 orang dan diberitahu lebih awal.  Kemungkinan cara mengulung rokok juga diperlihatkan kepada rombongan. Dalam masa sejam kami selesai melihat setiap sudut muzium tersebut.

Muzium ini sangat teratur dan bersih untuk dilawati
Gambar2 lama dan klasik boleh didapati di sini
Tram yang perlu ditempah untuk bergerak dalam bandar Surabaya juga bermula di sini
Tingkat 2 yang menampakkan kilang dibelakang - tempat mengulung rokok
Memberi ekonomi pada Indonesia

Masjid Muhammad Cheng Ho

Waktu zohor sudah masuk dan kami berhajat untuk solat di masjid.  Pak Heri memberitahu bahawa setiap rombongan yang dibawa akan pasti ke Masjid yang satu ini.  Masjid ini adalah masjid yang sama seperti di China.  Masjid untuk muslim Cina dan solat Jumaat juga diadakan di sini.

Masjid ini dinamakan Masjid Muhammad Cheng Ho sempena nama Laksama Cheng Ho yang diketahui seorang Islam pada abad ke 15 dahulu.  Kita di Malaysia juga pasti teringat bahawa Laksama Cheng Ho ini membawa puteri Hang Li Po yang dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah. Cerita sebagai pedagang Islam ini memberikan cetusan idea kepada masyarakat Islam Tioghoa  untuk membuka sebuah masjid bernama Muhammad Cheng Ho.  Diberitahu juga bahawa ada 2 lagi Masjid Muhammad Cheng Ho di Indonesia. Aku sempat bertanya dengan jemaah seorang pelajar undang2 ketika usai solat jamak di masjid itu.

Bergambar sebelum bergerak

Boleh memuatkan 200 orang jemaah pada sesuatu masa


ITC Mega Grosir 

Untuk memastikan rombongan mendapat kepuasaan, membeli belah juga termasuk dalam menu rombongan. Aku meminta Pak Heri untuk pergi ke ITC Mega Grosir dan kami akan makan tengahari di situ.  Pak Heri memberitahu bahawa di semua tempat berbelanja akan ditutup jam 5 petang.  Aku dan isteri faham sangat kerana hampir disemua tempat di Indonesia yang kami pergi, tempat2 membeli belah akan ditutup awal.  Ini tidak termasuk mall biasa seperti Giant atau Plaza.

Kami tiba di ITC jam 1.30 petang dan aku memberitahu bahawa kita akan berada disitu sehingga jam 3 sahaja kerana ada satu lagi tempat belanja yang akan dilawati iaitu Jambatan Merah Plaza. 

Kami terus bergerak pantas ke tempat makan dan makan seperti biasa.  Selesai makan jam sudah menunjukkan jam 2.20 dan aku memberitahu bahawa kita hanya ada 30 ke 45 minit untuk membeli belah.  Kemungkinan hati para rombongan tidak dapat menerima tetapi ini adalah salah satu cara untuk melihat tempat orang dengan lebih banyak.

Pukul 3, aku dan keluarga sudah berada di tempat yang dijanjikan sambil menunggu.  Pak Heri sudah melambai2 memberitahu bahawa dia sudah nampak kami di tangga ITC itu. Kira2 20 minit kemudian semua sudah berada di Suzuki Elf untuk bergerak ke Jambatan Merah Plaza.

Yang awal menunggu di ITC Mega Grosir


Jambatan Merah Plaza

Jambatan Merah ini dinamakan demikian kerana melambangkan peperangan yang berlaku pada zaman pendudukan Portugis yang berperang di situ sehingga diberitahu bahawa sungai itu bertukar warna kepada merah disebabkan darah pahlawan dan musuh negara Indonesia.

Bagi aku, Jambatan Merah Plaza tidak lebih seperti PKNS di Shah Alam.  Tempat menjual yang strategi dan dipenuhi dengan pakaian untuk memanggil pelanggan berbelanja di situ. Tempat ini juga akan ditutup jam 5 petang.

Kami sampai di plaza itu kira2 sejam sebelum ditutup. Pergerakan perlu cergas. Aku dan mak hanya duduk disebuah kedai sambil minum air teh panas dan melihat2 keliling. Aku membeli kek Surabaya yang berharga Rp26,000 (RM8.65) untuk makan malam nanti.

Jam 5, kedai2 sudah mula tutup dan kami beredar ke suzuki Elf.  Dan seperti yang dijanjikan kami akan singgah ke Masjid National Al Akbar sebelum balik ke Hotel.

Sedap sehingga aku seorang yang makan
Masjid Nasional Al Akbar





Kami akan singgah di Masjid Nasional Al Akbar untuk solat Jamak Magrib dan Isyak.  Masjid ini adalah masjid ke 2 terbesar di Indonesia selepas Masjid Istiqlal di Jakarta. Kami sampai ketika solat Maghrib sudah pada tahiyyat akhir.  Kami semua berjamak taqdim dan sehingga selesai.

Anak2 berada di pintu Masjid Al Akbar

Tabarakallah

Aktiviti pada hari ini sudah berakhir.  Kami sampai ke Hotel sekitar jam 8.30 malam dan anak2 sudah keletihan dan terus tidur. Isteri sempat membeli ayam KFC di Jambatan Merah Plaza. Dapatlah anak2 kami makan ayam sebelum mereka tidur.  





Tuesday, December 6, 2016

Jalan2 ke Surabaya (Part I) 2/12/2016

Jatim Park II

Kami sampai ke Surabaya sekitar jam 7.40 pm  Malam sudah gelap dan aku terus bergegas ke tempat teksi untuk menempah kenderaan ke Hotel. Hotel yang kami tempah sejauh 18 km dengan tempoh perjalanan 35 - 45 minit dari Airport Juanda International Surabaya.  Kami menunggu lagi rombongan dari kapal terbang kedua yang akan tiba pada pukul 8.06 pm. Untuk rekod juga, perjalanan ke Surabaya ini adalah kali pertama untuk semua ahli rombongan.

Aku berbincang dan mendapatkan 4 Avansa dengan bayaran Rp125,000 (RM41.50) sebuah. Pada masa yang sama aku juga mendapatkan kenderaan yang boleh membawa 19 orang untuk perjalanan kami di Surabaya. Akhirnya aku bersetuju untuk mendapatkan perkhidmatan Pak Agus dengan bayaran Rp1.5 juta (RM498) seharian untuk ke Batu Malang yang perjalanan sekitar 3 jam dari bandar Surabaya. Pukul 8.45 pm kami sudah boleh bergerak ke hotel.

Suzuki Elf yang memuatkan 19 orang - Pak Agus paling kanan dalam gambar
Hotel yang aku tempah adalah Hotel Gunawansa Manyar yang berada di Menor, Purumpunan. Ia diberitahukan agak jauh dari bandar dan tapi agak tenang. Ia adalah apartment dan dari tingkat 15 sehingga 22 adalah hotel yang diberi kepada orang luar. Ia mempunyai kolam renang sendiri di tingkat 2 dan mempunyai kedai runcit 24 jam (Alfa Mart).

Malam itu berakhir tenang dengan semua mendapat bilik masing2 dan kami berjanji untuk bergerak dari hotel pada pukul 7 pagi. 'Breakfast' bermula pada pukul 6 am dan selepas makan kami terus bergerak dengan Pak Agus yang menanti tepat pada pukul 7 am. Perjalanan pagi itu, sejuk melalui jalan yang sesak dan bertol.  Jarak yang diberitahu adalah sekitar 110 km sahaja tetapi ia memakan masa lebih dari 3 jam. Tempat yang kami akan pergi adalah ke Batu Malang, Surabaya.

Perjalanan pagi ke Batu Malang 
Perjalanan pagi diiringi hujan renyai2.  Sejuk dan nyaman.  Disekitar permandangan gunung2 yang mencapai awan nampaknya. Aku terus bersembang dengan Pak Agus tentang Surabaya, tentang Islam, tentang Indonesia dan cerita terbaru aksi damai meminta Ahok (Gabenor Jakarta) meletak jawatan disebabkan celupar mulut tentang Ayat 51 Surat Al Maidah.

Kami sampai di Jatim Park 2 pada pukul 10 am.  

Jatim Park 2 

Terdapat 3 tempat untuk dilawati disini. Harga tiketnya berharga Rp120,000 (RM39.80) untuk 2 taman (Museum Satwa dan Batu Secret Zoo) dan Rp150,000 (RM49.80) untuk 3 tempat lawatan (Museum Satwa, Batu Secret Zoo dan Eco Green Park). Diberitahu juga jika kami menunjukkan boarding pass AirAsia diskoun sebanyak 20% diberikan. Tiket pada hari itu untuk 2 tempat lawatan bagi kami adalah sebanyak Rp96,000 sahaja (RM31.80).



Batu Secret Zoo

Ia adalah Zoo seperti biasa.  Binatang2 yang dipamerkan tidak seperti yang aku dengar atau baca di Kebun Binatang Surabaya iaitu binatang yang dibiarkan kelaparan dan tidak diselengara dengan sempurna. Bersih dan kawasan yang sangat luas untuk dikuasai seharian. Kami berjalan dan bergambar dan tidak perasan waktu sudah tengahari. Perjalanan yang hanya 25% dari kawasan sebenarnya sudah cukup memenatkan kami.  Pada masa itu, diberitahu kami boleh menyewa skuter untuk menghabiskan perjalanan didalam kawasan Zoo itu. 

Kami mengambil keputusan untuk keluar kerana banyak lagi kawasan yang perlu kami lawat pada sehari itu.
Yang paling gembira adalah anak2
Girafah batu

Suasana agak renyai sepanjang perjalanan dalam zoo ini

Kawasan bersih yang patut dipuji

Museum Satwa 

Kami menyambung perjalanan hari itu di bangunan sebelah Batu Secret Zoo itu Museum Satwa.  Ia adalah tempat binatang yang telah dikeraskan dan disusun cantik untuk dilawati. Dalam masa sejam, kami habis melawat di museum itu dan perut sudah meminta diisi.  

Kami keluar dari Jatim Park 2 itu dan terus ke restoran untuk makan. Perjalanan pada hari itu hanya baru separuh dari yang dirancang.  

Aku dan unta
Nyaman 

Bergambar aksi juga bagus

Dihadapan Museum Satwa dalam keadaan masih hujan


Memetik Apple di Agro Wisata

Tiket untuk memetik apple adalah Rp100,000 (RM33.20) seorang. Tiket yang diambil seolah2 diganti dengan memetik buah apple 2 biji sendiri, memetik 2 biji buah jambu, memetik 2 biji buah naga dan 2 biji buah limau. Mengikut kiraan aku yang membeli 5 tiket sekeluarga, kami akan membawa pulang 40 biji buah-buahan pada hari itu.

Memetik buah bermula dengan buah jambu (isi jambu yang berwarna merah jambu) dan kerana suasana basah, aku menyuruh isteri dan anak2 untuk memetik untuk bahagian aku. Selepas itu kami dibawa ke kawasan apple menggunakan pengangkutan untuk ke kebun. Sebelum itu kami diberitahu bahawa disebabkan buah limau masih belum masak untuk dipetik lalu diganti dengan tomato. 

Selepas memetik buah jambu
Naik van untuk memetik Apple 
Apple jenis Manalagi 
Petik 2 biji sahaja untuk diri sendiri
Dan akhir aktiviti di kebun itu adalah memetik buah naga.  Setelah itu, kami dibawa ke restoran mereka untuk minum air jambu, makan kacang rebus dan ubi rebus sebagai jamuan percuma untuk pengakhiran aktiviti memetik Apple di Agro Wisata. Ini semua adalah percuma termasuk didalam bayaran tiket Rp100,000 (RM33.20).

Minum selepas penat memetik buah
Kami mendirikan solat jamak di tempat memetik Apple di Agro Wisata kerana takut masa yang makin mendesak.  


Museum Angkut

Setelah habis aktiviti memetik Apple kami terus dibawa ke Museum Angkut iaitu muzium kenderaan. Di dalam kepala aku, pasti dalam masa sejam, kami akan selesai menghabiskan lawatan di sini. Waktu sudah menunjukkan 5 pm dan waktu Indonesia sudah seperti senja di Malaysia.

Bagi aku, Museum Angkut ini adalah tempat yang mesti dilawati jika ke Surabaya. Susunan aktiviti dan negara2 yang dilawati dengan kenderaan dari kereta ke kapal terbang, negara pengeluar kenderaan ke helicopter yang sebenar atau roket ke kereta lembu dipamerkan dengan cantik sekali. Negara2 pengeluar kenderaan seperti Itali, Britain, Jerman diberikan kawasan khas sendiri untuk mempamerkan kenderaan lama mereka. Ini adalah perjalanan pendidikan pada yang mahu menilai.

Kawasan paling bawah sudah mengkagumkan

Skuter seorang satu
Beca pun ada 
Anak2 kecil yang mahu tahu tentang kapal terbang, kapal laut, kereta kuda dan bermacam kenderaan dapat diketahui hanya melawat Museum Angkut ini. Bayaran Rp100,000 (RM33.20) mungkin mahal tetapi keluasan kawasan melawat dengan simulator kapal terbang dan peralatan canggih seolah2 memberi pulangan modal kepada aku.

Macam pilot betul
Di depan Buckingham Palace 
Kami terpaksa bergerak pantas pada setiap tempat kerana waktu sudah menunjukkan sekitar 8 pm. Dan kenderaan terakhir sekali yang kami lihat adalah keretapi yang bergoyang sehingga ke kawasan luar Museum Angkut.

Dan perjalanan hari itu berakhir dan kami perlu balik ke bandar Surabaya dengan menharung perjalanan 2.5 atau 3 jam untuk sampai ke Hotel Gunawangsa Manyar.