Perjalanan ini memerlukan perahan fikiran yang lebih dari biasa. Aku ditugaskan menjadi ketua untuk membawa 10 orang dewasa dan 9 orang kanak yang paling kecil 3 tahun. Terdapat 4 keluarga dalam rombongan ke Surabaya ini. Keluarga aku sendiri, keluarga adik aku, keluarga sepupu2 aku dan mak dan mak saudara aku. Tiket sudah ditempat lebih kurang 9 bulan sebelum penerbangan. Dan 4 hari sebelum berangkat kami bertemu untuk berbincang tentang rancangan rombongan ini.
Sebelum sampai pada hari perbincangan, group whatapp dibuat untuk memberitahu tentang program, tukaran duit dan beberapa cerita tentang Surabaya hanya untuk menimbulkan kemeriahan. Sebelum hari perbincangan juga aku meminta ahli rombongan supaya 'check-in' melalui web site AirAsia. Check in boleh dilakukan dalam masa 14 sebelum hari penerbangan. Aku membuat satu program penuh sepanjang cuti tersebut. Aku penuhkan dengan aktiviti yang perlu dibuat dan jangkaan kos setiap program tersebut. Rombongan ini tidak perlu menggunakan syarikat perlancongan untuk membuat program untuk kami.
Setiap hari dikira sehingga pada hari Khamis 1/12/2016, aku diberitahu oleh adik aku, Khairunnisa' bahawa anaknya Najwa tidak dapat bersama dengan rombongan bersama suaminya, Azuan. Najwa dimasukkan ke wad pada 30/11/2016 dan memerlukan perhatian kerana penyakit athma. Berita itu mengejutkan dan disebabkan penerbangan kami pada pukul 4.25 pm. maka kemungkinan untuk bersama rombongan agak tipis. Sekitar pukul 10 am, aku diberitahu bahawa Najwa boleh dikeluarkan pada tengahari itu dan berita itu memberikan harapan sedikit.
Aku memberitahu Khairunnisa bahawa kami sekeluarga akan bergerak sekitar 12 pm untuk memangkir kenderaan di Putrajaya Sentral. Aku mencadangkan beliau supaya ke hospital menunggu Azuan dan Najwa dengan pakaian siap untuk ke Surabaya. Khairunnisa' memberitahu dia akan bersama aku untuk ke Putrajaya Sentral kerana dia tidak mahu peluang untuk ke Surabaya terbengkalai jika hospital melepaskan lewat suami dan anaknya. Dan benar, ketika kami sampai di Putrajaya Sentral pada jam 12.45 tengahari, aku diberitahu doktor pakar akan bertemu mereka pada pukul 3 pm itu. Dugaan ini terus dihadap dengan sedih.
Tiba2 aku mendapat SMS dari AirAsia, dan memberitahu bahawa penerbangan kami dilewatkan pada pukul 5.25 pm. Dan ketika itu, hati bersyukur dan berkata hikmah penerbangan yang ditundakan untuk kami. Tetapi perlu diingatkan bahawa perjalanan dari hospital Sungai Buloh memerlukan masa yang masih singkat untuk ke KLIA2.
Kami sampai ke KLIA2 pada pukul 1.50 setelah menunggu lebih kurang 26 minit di Putrajaya Sentral menggunakan ERL. Setelah memasukkan bagasi kami menunggu sehingga pukul 4 pm sebelum bergerak ke gate Q. Khairunnisa' masih memberi harapan agar suami dan anaknya sampai sebelum pintu ditutup. Kami bergerak perlahan ke pintu Q dan aku sempat memberitahu pada pekerja AirAsia bahawa kami menunggu seseorang untuk bersama kami tetapi masih di perjalanan. Pekerja AirAsia itu hanya memberikan 3 minit sebelum pintu ditutup. Waktu sudah menunjukkan 5.25 ketika kami sampai ke tempat duduk dalam kapal terbang.
Khairunnisa' memberitahu suami dan anaknya sudah sampai ke KLIA2 dan perlu melepasi 2 kawalan sekuriti sebelum sampai ke gate Q. Aku menyuruh adik aku bercakap lagi dengan peramugara untuk menunda kapal terbang sebentar. Dalam hati berdoa kerana hanya isteri yang ada emosi boleh bercakap dengan hati ketika itu kepada peramugara. Khairunnisa' sudah memohon kali terakhir kepada peramugara dan terus duduk diam di kerusinya. Aku menyuruh anak lelakinya, Najmi berdoa dan mengalirlah air mata Najmi untuk berdoa supaya ayahnya sampai sebelum kapal terbang bergerak.
Aku diberitahu kereta mereka dipandu dan diberhentikan di Petronas sebelum KLIA2 dan dijemput oleh sepupu aku kerana 2 keluarga termasuk mak dan mak saudara aku akan naik sekitar sejam selepas kami pada pukul 6.20. Aku sudah menenangkan hati dan hanya berharap Azuan dan Najwa dapat sampai ke kapal terbang. Entah mengapa kapal terbang masih tidak bergerak dan waktu sudah menunggukan hampir 15 selepas waktu berlepas.
Kira2 15 minit sebelum 6 pm, ramai orang yang terlambat masuk ke kapal terbang dan ini mengejutkan kami semua. Dan termasuk orang yang ramai itu Azuan dan Najwa terselit dan kami gembira melihat kelibat Azuan dan Najwa walaupun aku tahu mereka masih sakit kerana cuti ini adalah kegembiraan dan kegembiraan akan menutup semua kesakitan. Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment