|
Jatim Park II |
Kami sampai ke Surabaya sekitar jam 7.40 pm Malam sudah gelap dan aku terus bergegas ke tempat teksi untuk menempah kenderaan ke Hotel. Hotel yang kami tempah sejauh 18 km dengan tempoh perjalanan 35 - 45 minit dari Airport Juanda International Surabaya. Kami menunggu lagi rombongan dari kapal terbang kedua yang akan tiba pada pukul 8.06 pm. Untuk rekod juga, perjalanan ke Surabaya ini adalah kali pertama untuk semua ahli rombongan.
Aku berbincang dan mendapatkan 4 Avansa dengan bayaran Rp125,000 (RM41.50) sebuah. Pada masa yang sama aku juga mendapatkan kenderaan yang boleh membawa 19 orang untuk perjalanan kami di Surabaya. Akhirnya aku bersetuju untuk mendapatkan perkhidmatan Pak Agus dengan bayaran Rp1.5 juta (RM498) seharian untuk ke Batu Malang yang perjalanan sekitar 3 jam dari bandar Surabaya. Pukul 8.45 pm kami sudah boleh bergerak ke hotel.
|
Suzuki Elf yang memuatkan 19 orang - Pak Agus paling kanan dalam gambar |
Hotel yang aku tempah adalah Hotel Gunawansa Manyar yang berada di Menor, Purumpunan. Ia diberitahukan agak jauh dari bandar dan tapi agak tenang. Ia adalah apartment dan dari tingkat 15 sehingga 22 adalah hotel yang diberi kepada orang luar. Ia mempunyai kolam renang sendiri di tingkat 2 dan mempunyai kedai runcit 24 jam (Alfa Mart).
Malam itu berakhir tenang dengan semua mendapat bilik masing2 dan kami berjanji untuk bergerak dari hotel pada pukul 7 pagi. 'Breakfast' bermula pada pukul 6 am dan selepas makan kami terus bergerak dengan Pak Agus yang menanti tepat pada pukul 7 am. Perjalanan pagi itu, sejuk melalui jalan yang sesak dan bertol. Jarak yang diberitahu adalah sekitar 110 km sahaja tetapi ia memakan masa lebih dari 3 jam. Tempat yang kami akan pergi adalah ke Batu Malang, Surabaya.
|
Perjalanan pagi ke Batu Malang |
Perjalanan pagi diiringi hujan renyai2. Sejuk dan nyaman. Disekitar permandangan gunung2 yang mencapai awan nampaknya. Aku terus bersembang dengan Pak Agus tentang Surabaya, tentang Islam, tentang Indonesia dan cerita terbaru aksi damai meminta Ahok (Gabenor Jakarta) meletak jawatan disebabkan celupar mulut tentang Ayat 51 Surat Al Maidah.
Kami sampai di Jatim Park 2 pada pukul 10 am.
Jatim Park 2
Terdapat 3 tempat untuk dilawati disini. Harga tiketnya berharga Rp120,000 (RM39.80) untuk 2 taman (Museum Satwa dan Batu Secret Zoo) dan Rp150,000 (RM49.80) untuk 3 tempat lawatan (Museum Satwa, Batu Secret Zoo dan Eco Green Park). Diberitahu juga jika kami menunjukkan boarding pass AirAsia diskoun sebanyak 20% diberikan. Tiket pada hari itu untuk 2 tempat lawatan bagi kami adalah sebanyak Rp96,000 sahaja (RM31.80).
Batu Secret Zoo
Ia adalah Zoo seperti biasa. Binatang2 yang dipamerkan tidak seperti yang aku dengar atau baca di Kebun Binatang Surabaya iaitu binatang yang dibiarkan kelaparan dan tidak diselengara dengan sempurna. Bersih dan kawasan yang sangat luas untuk dikuasai seharian. Kami berjalan dan bergambar dan tidak perasan waktu sudah tengahari. Perjalanan yang hanya 25% dari kawasan sebenarnya sudah cukup memenatkan kami. Pada masa itu, diberitahu kami boleh menyewa skuter untuk menghabiskan perjalanan didalam kawasan Zoo itu.
Kami mengambil keputusan untuk keluar kerana banyak lagi kawasan yang perlu kami lawat pada sehari itu.
|
Yang paling gembira adalah anak2 |
|
Girafah batu |
|
Suasana agak renyai sepanjang perjalanan dalam zoo ini |
|
Kawasan bersih yang patut dipuji |
Museum Satwa
Kami menyambung perjalanan hari itu di bangunan sebelah Batu Secret Zoo itu Museum Satwa. Ia adalah tempat binatang yang telah dikeraskan dan disusun cantik untuk dilawati. Dalam masa sejam, kami habis melawat di museum itu dan perut sudah meminta diisi.
Kami keluar dari Jatim Park 2 itu dan terus ke restoran untuk makan. Perjalanan pada hari itu hanya baru separuh dari yang dirancang.
|
Aku dan unta |
|
Nyaman |
|
Bergambar aksi juga bagus |
|
Dihadapan Museum Satwa dalam keadaan masih hujan |
Memetik Apple di Agro Wisata
Tiket untuk memetik apple adalah Rp100,000 (RM33.20) seorang. Tiket yang diambil seolah2 diganti dengan memetik buah apple 2 biji sendiri, memetik 2 biji buah jambu, memetik 2 biji buah naga dan 2 biji buah limau. Mengikut kiraan aku yang membeli 5 tiket sekeluarga, kami akan membawa pulang 40 biji buah-buahan pada hari itu.
Memetik buah bermula dengan buah jambu (isi jambu yang berwarna merah jambu) dan kerana suasana basah, aku menyuruh isteri dan anak2 untuk memetik untuk bahagian aku. Selepas itu kami dibawa ke kawasan apple menggunakan pengangkutan untuk ke kebun. Sebelum itu kami diberitahu bahawa disebabkan buah limau masih belum masak untuk dipetik lalu diganti dengan tomato.
|
Selepas memetik buah jambu |
Museum Angkut
Setelah habis aktiviti memetik Apple kami terus dibawa ke Museum Angkut iaitu muzium kenderaan. Di dalam kepala aku, pasti dalam masa sejam, kami akan selesai menghabiskan lawatan di sini. Waktu sudah menunjukkan 5 pm dan waktu Indonesia sudah seperti senja di Malaysia.
Bagi aku, Museum Angkut ini adalah tempat yang mesti dilawati jika ke Surabaya. Susunan aktiviti dan negara2 yang dilawati dengan kenderaan dari kereta ke kapal terbang, negara pengeluar kenderaan ke helicopter yang sebenar atau roket ke kereta lembu dipamerkan dengan cantik sekali. Negara2 pengeluar kenderaan seperti Itali, Britain, Jerman diberikan kawasan khas sendiri untuk mempamerkan kenderaan lama mereka. Ini adalah perjalanan pendidikan pada yang mahu menilai.
|
Kawasan paling bawah sudah mengkagumkan |
|
Skuter seorang satu |
|
Beca pun ada |
Anak2 kecil yang mahu tahu tentang kapal terbang, kapal laut, kereta kuda dan bermacam kenderaan dapat diketahui hanya melawat Museum Angkut ini. Bayaran Rp100,000 (RM33.20) mungkin mahal tetapi keluasan kawasan melawat dengan simulator kapal terbang dan peralatan canggih seolah2 memberi pulangan modal kepada aku.
|
Macam pilot betul |
|
Di depan Buckingham Palace |
Kami terpaksa bergerak pantas pada setiap tempat kerana waktu sudah menunjukkan sekitar 8 pm. Dan kenderaan terakhir sekali yang kami lihat adalah keretapi yang bergoyang sehingga ke kawasan luar Museum Angkut.
Dan perjalanan hari itu berakhir dan kami perlu balik ke bandar Surabaya dengan menharung perjalanan 2.5 atau 3 jam untuk sampai ke Hotel Gunawangsa Manyar.
Salam bro.. adatak nombor contact supir tu? ingat nak pakai servis Suzuki Elf dia juga la..
ReplyDeleteMohon maaf lama tak menjawab. Pak Agus 0813-3300-2467 atau Pak Heri 0813-3324-7279
Delete