Jadi Bapa, Suami, Anak, Abang, Adik,Cucu, Pak Ngah, kawan, kekasih dan lawan pada semua yang kenal
Yang selalu jengok
Thursday, January 7, 2010
Apa perlu disorok Lagi
Sehingga sekarang cerita itu terus dimainkan oleh pembangkang. Tidak tahu ia akan berhenti walau arahan atau paksaan atau apa2 bentuk ancaman dibuat. Semua orang mahu bercakap bergossip dan akhirnya yang benar menjadi tipu. Yang betul menjadi cerita kosong. Taktik ini semacam sudah lunyai lama dan ironinya masih tidak difahami. Diamkan - pembangkang bercerita. Bercerita sedikit - pembangkang menambah. Maka taktik Dr spin mesti digunapakai. Cerita lain yang tak kurang penting. Ya.....harga barang naik. Sekarang semua dah pandai bercerita dan bergossip. Ceritalah semoga yang maha penting terrsorok.
Tuesday, January 5, 2010
1Niat

Peluang berjumpa dengan jemaah haji 1430 makan bersama, bercerita cuba mengingat dan menyusun diri sedang masih muda. Sedih tanpa diminta, menangis teringat dosa, gembira pun sedih, seronok sehingga menangis. Melihat berbagai bangsa, perangai, adat tapi niat yang sama.....MengESAkan Allah.
Setiap kali orang yang pernah pergi Haji pasti akan bersembang sakan bercerita tentang pengalaman mengerjakan haji. Haji bukan perkara biasa2 orang dapat. Mereka di pilih oleh Allah. Ini dapat dibuktikan dengan walaupun berduit banyak tetapi mengerjakan haji susah sekali. Walau sudah hampir ke seluruh dunia tapi ke Mekah tidak pernah sekali. Allah membuka hati2 manusia untuk beribadat.
Revolusi mengerjakan haji hampir berbeza setiap tahun. Pernah bercerita dengan orang yang mengerjakan haji berkenderaan kapal laut, dimana bila meninggal mayat diturunkan ke laut. Ada yang menceritakan bahawa bilik di Mekah berkongsi sehingga 10 orang dimana kaki2 akan bertembung setiap malam bila tidur.
Cerita berbeza ini memaniskan pengalaman aku dan aku hampir terhibur dan memasang niat untuk ke sana.
Cara halus dan KASAR

Ada 2 cara untuk menggalakkan manusia membuat atau berhenti dari membuat sesuatu yang buruk.
Pertama berikan sifat2 negatif atau positif tentang perkara tersebut. Kedua terus terang dengan perbuatan mahu sesuatu itu terjadi. Contoh ekonomi tidak stabil, cara pertama BNM akan menggalakkan orang menyimpan dengan iklan "mari menabung" keluar TV setiap hari. Cara kedua, BNM mengarahkan bank2 menaikkan kadar pinjaman lebih tinggi dan pendeposit juga mendapat kadar dividen lebih tinggi jika menyimpan. Jadi kedua2 cara ini dibuat dalam banyak benda.
Contoh : Rokok - iklan yang mengerikan dikotak (orang masih membeli) dan naikkan harga rokok (dan sehingga hari ini tiada bukti mengatakan kenaikan harga menyebabkan orang berhenti merokok). Akhirnya tuan punya syarikat rokok yang kaya. Maka cuba lihat dalam perkara harga gula naik. Iklan bahaya gula sudah berbunyi lama. Harga gula dinaikkan. Persoalan adakah orang akan berhenti membeli makan minum gula? Syarikat gula tersenyum - terasa segalanya manis gula.
Pertama berikan sifat2 negatif atau positif tentang perkara tersebut. Kedua terus terang dengan perbuatan mahu sesuatu itu terjadi. Contoh ekonomi tidak stabil, cara pertama BNM akan menggalakkan orang menyimpan dengan iklan "mari menabung" keluar TV setiap hari. Cara kedua, BNM mengarahkan bank2 menaikkan kadar pinjaman lebih tinggi dan pendeposit juga mendapat kadar dividen lebih tinggi jika menyimpan. Jadi kedua2 cara ini dibuat dalam banyak benda.
Contoh : Rokok - iklan yang mengerikan dikotak (orang masih membeli) dan naikkan harga rokok (dan sehingga hari ini tiada bukti mengatakan kenaikan harga menyebabkan orang berhenti merokok). Akhirnya tuan punya syarikat rokok yang kaya. Maka cuba lihat dalam perkara harga gula naik. Iklan bahaya gula sudah berbunyi lama. Harga gula dinaikkan. Persoalan adakah orang akan berhenti membeli makan minum gula? Syarikat gula tersenyum - terasa segalanya manis gula.
Monday, January 4, 2010
BURJ Dubai

Burj Dubai akan dibuka kepada orang ramai bermula pada hari ini 04/01/2010. Dengan ketinggian 824 meter dan bertingkat sebanyak 169 dengan kos 2.7 billion - ia adalah bangunan tertinggi di dunia pada masa ini. Tapi untuk makluman keadaan ekonomi Dubai yang terhoyong hayang hanya dapat diselamatkan oleh Abu Dhabi menyebabkan suasana untuk Burj Dubai berpesta tidak kesampaian.
Haji Tahun 1430

Selesailah penerbangan terakhir dari Jeedah pada 03/01/2010 untuk jemaah haji tahun 2009 dan 1431. Semoga jemaah tahun ini mendapat haji mabrur dan mabrorah. Dan istiqomah dalam beribadat seperti di Al Haram dan Masjid Nabawi di Madinah. Mendengar azan dan panggilan solah terasa dekat dan bergegas menunaikan secara berjemaah.
(gambar dari kiri, Hajah Zaharah Mat dan adik Hajah Zaleha Mat - umrah 2009)
Gendang Perang mahu di Palu
Tiupan nafiri oleh Najib dan Zahid tentang penngunaan perkataan Allah dalam Herald -the chatolic Weekly semacam mengundang sesuatu. Kenapa Zahid perlu berkata jangan jadikan isu ni sebagai 'rusuhan Natrah'. Apa kena mengena dengan Natrah? Dan sehingga sekarang The High Court Judge Datuk Lee Ban Lau (ni hanya keluar dalam Utusan Melayu sahaja) masih tak ketahuan. Dan kenapa masalah ini perlu mendapat ulasan semua orang? Tiupan Nafiri ini lebih berbahaya.
Friday, January 1, 2010
BLOG atau Web
Dalam dunia interaksi yang sebegini hebat internet adalah satu medium paling penting untuk berinteraksi. Dengan enjin carian Google, Yahoo atau MSN semua orang dapat mengetahui sesuatu dengan satu click sahaja. Wikipedia menjadi rujukan untuk semua benda yang terlintas dalam kepala. Bila mahu mengiklankan suatu syarikat, persatuan atau pertubuhan, perniagaan atau diri sendiri. WEB atau Blog menjadi pilihan. Bagi saya untuk lebih interaksi, blog adalah pilihan. Setiap 'post' boleh memberi update baru dan komen boleh memberi cara baru untuk interaksi. WEB pula adalah selling letter yang tak perlu dikemaskini untuk memperkenalkan sesuatu. Tidak terlalu kerap menukar cerita untuk WEB. Boleh tak ia difikirkan
Nak kena ada AZAM ke?
Apa resolusi baru yang kita perlu ada tahun ini. Nak kuruskan badan. Tiap2 tahun sama dan keputusan sama. Gagal dengan cemerlang. Nak kumpul duit sekali ganda dari apa yang ada. Failed with distinction. Nak ke masjid untuk solat setiap waktu. Dean's list failure. Nak berhenti merokok. Yes, it was recorded a perfect loss for 3 consequtives year. Nak belajar satu ilmu musik. Ini confirm tak buat dah 5 tahun. Tapi semua resolusi boleh digunapakai. Tapi tahun ini semua kena semat azam untuk khatam Al-Quran dan faham terjemahan. Ini mungkin tak boleh mengelat. Sendiri simpan rahsia. Insyaallah boleh.
Tak Malu dan Segan
Gula pun naik. Minyak pun sudah dengar2 macam nak naik. Banyak tak perasan gula salah satu penyebab utama kencing manis. Gula dah diimport kerana pengguna tegar terlalu banyak guna gula. Gula habis di pasaraya. Pengguna hanya boleh beli sekilo sahaja. Hari raya dinantikan tanpa gula. Gula diseludup ke luar negara. Cerita ni bukan main2. Dan sambut tahun baru 2010 gula naik RM0.20 dan gula kembali ke pasaran tanpa segan silu.
Subscribe to:
Posts (Atom)
