Peluang berjumpa dengan jemaah haji 1430 makan bersama, bercerita cuba mengingat dan menyusun diri sedang masih muda. Sedih tanpa diminta, menangis teringat dosa, gembira pun sedih, seronok sehingga menangis. Melihat berbagai bangsa, perangai, adat tapi niat yang sama.....MengESAkan Allah.
Setiap kali orang yang pernah pergi Haji pasti akan bersembang sakan bercerita tentang pengalaman mengerjakan haji. Haji bukan perkara biasa2 orang dapat. Mereka di pilih oleh Allah. Ini dapat dibuktikan dengan walaupun berduit banyak tetapi mengerjakan haji susah sekali. Walau sudah hampir ke seluruh dunia tapi ke Mekah tidak pernah sekali. Allah membuka hati2 manusia untuk beribadat.
Revolusi mengerjakan haji hampir berbeza setiap tahun. Pernah bercerita dengan orang yang mengerjakan haji berkenderaan kapal laut, dimana bila meninggal mayat diturunkan ke laut. Ada yang menceritakan bahawa bilik di Mekah berkongsi sehingga 10 orang dimana kaki2 akan bertembung setiap malam bila tidur.
Cerita berbeza ini memaniskan pengalaman aku dan aku hampir terhibur dan memasang niat untuk ke sana.
No comments:
Post a Comment