Yang selalu jengok

Tuesday, February 22, 2011

LIBYA


Sudah 6 hari orang bertempur di bandar2 utama Libya dan mengikut cerita sudah bergerak ke Tripoli. Mengikut berita juga sudah 233 orang gugur di Libya sebab rusuhan ini. Orang ramai mahu kepimpinan bertukar. Muamaar Gadaffi yang memerintah lebih dari 40 tahun dan mengikut berita masih kuat. Cerita ulangan ini sama macam di Indonesia, Muamaar Gadaffi adalah General tentera yang berjaya menggulingkan kerajaan yang terdahulu, Suharto juga adalah General yang mengambil alih secara tentera untuk memerintah lebih 30 tahun. Anak Gadaffi iaitu Saif sudah memberi amaran dan mengatakan rusuhan didokongi oleh penagih dadah dan gangster. Dan yang pasti sokongan beberapa kabilah utama sudah menurun dan mengundur diri. Berapa lama Muamaar Gadaffi akan bertahan?

Penganggur


Dilaporkan sehingga Jun 2010, lebih kurang 32,000 graduan Universiti menganggur di Malaysia. Khidmat guna tenaga penuh dinafikan kerana berbagai masalah dari luaran dan diri graduan sendiri. Kerajaan sekarang memberikan peluang untuk graduan2 ini bekerja di sektor pertanian dengan bantuan beberapa pihak. Apa latar belakang graduan2 ini. Mengikut statistik kebanyakan mereka adalah graduan IT, Perniagaan. Kimia, dan macam2 lagi. Sedih bila tiada yang memikirkan cara mereka hendak digunakan apabila graduasi nanti. Dan mengikut kiraan yang belajar sekarang kemungkinan lebih dari 100,000 akan habis belajar pada tahun ini. Bagaimana kita mahu menggunakan khidmat pandai mereka ini. Inisiatif sendiri adalah satu benda yang bukan semua pelajar ada. Dan yang pasti, kerja menunggu seperti dulu tidak berlaku sekarang. Dalam filem "3 idiots", sebelum pelajar2 sebuah Universiti Engineering tamat, beberapa syarikat mengelolakan temuduga untuk mengambil pelajar. Ini pernah berlaku dan masih berlaku sekarang di universiti2 Awam. Tetapi yang ironinya, berapa banyak pelajar ini akan berakhir dengan kerja menanti selepas habis belajar. Berlawananlah untuk mendapat tempat. Itu pasal kita sentiasa berDOA, kerana kejayaan sekarang bukan berterusan kerana cabaran datang tidak berhenti2. Lulus UPSR, DOA lagi untuk masuk sekolah bagus, lulus PMR berDOA lagi untuk mendapat tempat sekolah lebih bagus, lulus SPM berDOA lagi untuk masuk universiti. Jangan meraikan sesuatu berlebihan, berDOA lagi untuk dapat pekerjaan. Dah kerja, berDOA lagi untuk kekal di tempat kerja. Dan terus berDOA untuk mendapat rahmat Allah SWT sentiasa.

Sunday, February 20, 2011

Kungfu Hustle




Salah satu filem yang dibawa oleh produksi Stephen Chow. Dengan bantuan CGI oleh filem Matrix, filem ini telah meletakkan Stephen Chow salah satu jenama filem yang dinantikan. Filem ini datang selepas Stephen Chow berjaya membawa Shoilin Soccer ke antarabangsa. Filem yang tidak terlalu panjang, kemas dengan aksi dan paling menonjol adalah gerakan kungfu yang tidak terfikir oleh orang biasa. Aras tinggi dibuat oleh Stephen Chow untuk filem ini menyebabkan filem2 beliau selepas itu dinilai berdasarkan tahap tinggi. Cerita tentang zaman gangster di China yang menunjukan bahawa untuk berkuasa mesti kuat walaupun tidak ada akal. Aksi boleh tonton untuk menghilangkan kebosanan.

Saturday, February 19, 2011

The King of Comedy



Dalam masa terluang hari Sabtu, aku dapat terhibur dengan cerita Cantonese lama ini. Cerita yang lawaknya agak kasar dengan hingus, terajang tendang dan lempang dan seks. Stephen Chow seorang pelakon lawak yang slapstik memang memberikan lawak international dimana semua orang faham akan lawak tersebut. Aksi dan kata2 mudah kadang2 mencetuskan lawak yang tahap menangis. Cerita tentang seorang pelakon pembantu yang selalu gagal untuk menjadi pelakon tetapi pada masa yang sama terpaksa mengajar berlakon untuk mendapat makan. Akhirnya seorang GRO menjadi pelajar beliau dengan teknik paling kelakar. Air hingus meleleh dalam filem ini pasti dikenang sebagai salah satu trade mark filem.

Thursday, February 17, 2011

Bahrain Pulak


Sudah 3 hari Bahrain kecoh. Lebih dari seribu orang berarak di tengah2 bandar mengikuti apa yang berlaku di Mesir. Mereka minta perubahan. Penduduk yang tak lebih dari 1.3 juta ini adalah sebuah negara yang paling tinggi KDNK di rantau sebelah sana. Sudah 2 orang mati disebabkan demontrasi ini. Yang mereka mahu adalah penukaran pimpinan yang semenjak dari 1971 tidak berubah. 80% dari ahli Parlimen adalah dari pihak istana. Penduduk yang lebih dari 70% shiite ini diperintah oleh 30% sunni. Mengikut lapuran seorang Akauntan di sana bergaji BD800 atau USD2,600 atau RM7,956. Sebuah apartment 1 bilik berharga seperti kita di Malaysia iaitu BD50,000 sehingga BD200,000 atau RM495,000 hingga RM1.9 juta. Harga yang meningkat lebih 400% untuk rumah memang memeritkan kepada seorang pekerja biasa untuk membeli rumah. Yang bagus tax peribadi tidak ada.

Wednesday, February 16, 2011

SPOIL atau Spoiler


Bagi penggemar2 aksoseri kereta, spoiler adalah benda biasa yang tidak terlalu pelik. Ada yang setinggi pintu gerbang, ada yang kecil comel atau ada yang tajam menikam. Kegemaran ini selalunya dekat di hati orang yang sederhana tidak kaya. Tetapi mereka mampu pula menghabiskan sekian ribu ringgit untuk mencantikkan kereta. Boot kereta kadang2 hanya dipenuhi dengan speaker, kerusi empat kadang2 tinggal dua dan yang peliknya bila ada kereta dibuat pintu gerbang spoiler tinggi tanpa tahu tujuan. Semalam aku sendiri memasang spoiler tetapi bukan untuk cantik tetapi mengikut kata jiran aku, spoiler boleh menutup cahaya panas untuk orang belakang. Sekurang2nya aku tahu kegunaan spoiler yang logik. Bila kita menjual kereta kita akan datang, benda2 aksesori ini tidak menambah nilai kepada harga kereta. Pelik melabur untuk keseronokan seorang sahaja.

RED Carpet



Cerita tentang perjalanan artis Amerika di Red Carpet memang sesuatu yang boleh difilemkan. Berbagai bentuk orang, pakaian, jenama dan cara mereka memperagakan pakaian dan kadang2 menjadi ikutan seluruh dunia. 2 hari lepas, Lady Gaga yang tak pernah gagal memberikan kejutan semasa Red Carpet sekali lagi menjadi tumpuan. Kali ini dia berada dalam sebiji telor yang tidak kelihatan dari luar. Ini adalah untuk kejutan semasa dia ingin memberikan persembahan untuk Anugerah Grammy. Dan dia memang selalu dapat memberikan kejutan. Tahun lepas, Gaga yang sama ini memakai pakaian dari daging mentah. Ada siapa mahu tiru.

Tuesday, February 15, 2011

127 HOURS


Tersepit di celah2 Grand Canyon untuk 5 hari boleh menyebabkan kita mati. Cerita tentang biography Aron Rapstor seorang Architect yang suka menghabiskan cuti dengan mendaki gunung. James Franco yang terkenal sebagai kawan dan lawan kepada siri Spider Man membawa watak Aron memang layak dicalonkan untuk Acedemy Award 2011. Cerita tentang kemalangan menimpa menyebabkan tangan dia tersekat di celah2 batu dan mengambil masa 5 hari untuk terlepas. Yang ironisnya, untuk menyelamatkan diri pada masa itu adalah dengan memotong tangan beliau sendiri. Sepanjang masa berdiri dan berfikir tentang keseronokan bila terlepas. Danny Boyle yang pernah membawa kita cerita 'Slumdog Millionaire' memang seorang pengarah yang teliti. Moral cerita hanya satu.......PERGI KE MANA2 SILA BERITAHU ORANG.

Monday, February 14, 2011

PRK vs SRK


Piliharaya kecil ke 16 nampak terang berlaku di Kerdau, Pahang. Mengikut pandangan beberapa bloggers salah satu cara YB sekarang ingin berbakti kepada rakyat jika gagal bersuara di DUN atau Parlimen, maka matilah. Maka PRK akan berlaku dan limpahan duit akan datang seperti hujan tanpa disuruh. Belum sempat di Merlimau, seorang lagi YB meninggal. Kos tinggi yang berlaku kepada peserta2 PRK memang dinantikan oleh penduduk yang YB mereka meninggal. Kadang2 terfikir juga, kesihatan adalah salah satu kreteria penting kalau ingin jadi pemimpin. Seronok kepada penduduk di sekitar PRK sahaja dan tidak melimpak keseluruhan rakyat. Kami tak dapat jambatan macam tempat itu dapat. Kami nak basikal macam tempat tu tayang. Kami nak duit - barang mahal sekarang.

Due Date


Robert Downey Jr memang seorang pelakon berkarektor. Tahun 2010 dia membawa watak adiwira Ironman dan mendapat kritik yang banyak. Due date membawa cerita tentang seorang lelaki yang mahu kembali ke rumah untuk menyambut anak yang pertama. Awal cerita sudah ditunjukkan keadaan kelam kabut dan bermulalah sebuat cerita road movie. Berkisar tentang perjalanan dia menuju ke rumah dari timur ke barat Amerika tanpa dibenarkan naik kapal terbang. Boleh dilihat di awal filem tentang sensitiviti penerbangan Amerika tentang perkata terrorist dan bomb. Cerita komedi yang boleh ditonton sekeluarga dan memang menyeronokkan. Dan kita boleh lihat betapa penting suami berada di sekitar isteri ketika mahu melahirkan anak.

Saturday, February 12, 2011

Tergolek



Dan telah diumumkan oleh TP Omar Suleiman di Cairo semalam, Hosni Mubarak mengundur diri dari tahta President Mesir. Ini telah disambut dengan gilang gemilang betapa kuat pemimpin menguasai segala2nya tetapi apabila keperluan asas tidak dapat dipenuhi maka 30 tahun menguasai segala2nya tidak dapat bertahan. Lebih dari 60% dari 80 juta orang di Mesir adalah di kalangan orang di bawah 30 tahun. Pendidikan diberikan tetapi jaminan kerja tidak dipenuhi. Harga barang terlalu tinggi. Kadar gaji asas terlalu rendah. Dan Hosni Mubarak mengikut kajian mengumpul lebih dari 80 billion USD sepanjang menguasai Mesir. 11/12/2011 adalah hari akhir seorang Firaun di Mesir.

Thursday, February 10, 2011

Wo chidao le


Belajar Mandarin adalah lebih senang dari Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. Mengikut kajian Pakar Bahasa, pelajar hanya memerlukan 90 jam pertemuan dengan Pensyarah untuk boleh bercakap pasar Bahasa Mandarin. 1500 jam untuk belajar karakter Bahasa Mandarin untuk mahir membaca tulisan cina. Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia memerlukan lebih dari 10,000 jam untuk mahir sepenuhnya. Buktinya adalah bahasa Inggeris yang innovatif mencipta perkataan baru untuk setiap benda. Contoh untuk kamus sahaja, bahasa Inggeris ada macam2 versi iaitu untuk kegunaan doktor, engineer, peguam, pelajar, matematik, sains dan banyak lagi berbeza setiap satunya. Karakter untuk bahasa Cina hanya 3500 sahaja dan jika telah mahir maka orang itu akan menguasai segala benda yang tertulis dan bekerja lebih senang. Ini juga boleh disimpulkan kenapa budak2 yang belajar di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina cepat belajar matematik dari budak2 Sek Kebangsaan. Hexogan, Octogan, Pentogan sekadar contoh dimana dalam bahasa cina hanya menyebut 5 bucu, 6 bucu dan 8 bucu. Cepat mengetahui bahasa memberi laluan mudah kepada semua orang untuk faham.