Sudah 3 hari Bahrain kecoh. Lebih dari seribu orang berarak di tengah2 bandar mengikuti apa yang berlaku di Mesir. Mereka minta perubahan. Penduduk yang tak lebih dari 1.3 juta ini adalah sebuah negara yang paling tinggi KDNK di rantau sebelah sana. Sudah 2 orang mati disebabkan demontrasi ini. Yang mereka mahu adalah penukaran pimpinan yang semenjak dari 1971 tidak berubah. 80% dari ahli Parlimen adalah dari pihak istana. Penduduk yang lebih dari 70% shiite ini diperintah oleh 30% sunni. Mengikut lapuran seorang Akauntan di sana bergaji BD800 atau USD2,600 atau RM7,956. Sebuah apartment 1 bilik berharga seperti kita di Malaysia iaitu BD50,000 sehingga BD200,000 atau RM495,000 hingga RM1.9 juta. Harga yang meningkat lebih 400% untuk rumah memang memeritkan kepada seorang pekerja biasa untuk membeli rumah. Yang bagus tax peribadi tidak ada.
mengikut lapuran terbaru sudah 5 tumpas. lepas solat Jumaat tadi, demontrasi terus bermula dari Masjid besar.
ReplyDelete