Hari istimewa ini aku kena menemuduga satu orang Amerika memohon kerja di tempat aku. Mengikut rekod, dia mempunyai Master Science of Accounting dan sedang membuat PHD di universiti Malaysia. Pernah menjadi pensyarah di Tripoli, Libya dan bekerja di Brisbane, Australia. Ada aku kisah semua pengalaman dan sijil2 yang dikumpul. Tugas aku menduga kepakaran kerana dia mahu menjual kepakaran jika syarikat aku ini mahu membeli. Kerja khas ini sebenarnya memerlukan aku lebih pakar dari yang memohon. Pernah aku ingat Tan Sri Mukhtar Bukhary bercerita bagaimana dia menjaga syarikat2 yang banyak. Dia kata dia ada 10 master degree. Semua yang bertanya terkejut kerana dengan kesibukan Tan Sri itu dalam berniaga masih boleh mengumpulkan 10 master degree. Tetapi sebaliknya Tan Sri seorang ini memberitahu 10 master degree itu datang dari 10 orang yang diambil bekerja sebagai Ketua Eksekutif di syarikat2 dia dan merekalah yang menjaga syarikat2 itu. Temuduga mesti diteruskan walaupun kepala aku berfikir macam2 - tentang lagak, gaya, pengetahuan dan aksi pemohon. Orang Amerika itu adalah Islam dan fasih dalam bahasa Arab - mungkin lama di Libya. Aku suruh dia bercerita tentang diri dan kerjaya dia sekarang. Rupa2nya bila bercerita dengan orang Amerika yang sifat terbuka mereka, mereka seolah2 sudah lama berkenalan dan bercerita seolah2 seronok dapat berkenalan dan berterimakasih di panggil temuduga. Bila sampai bab gaji, tanpa bertawar dia memberikan aku peluang meletak harga dengan kemahiran yang dia ada. Aku selalu membuat kesimpulan apabila orang memberi harga terbuka kepada penemuduga tentang gaji. Dan kesimpulan aku yang macam2 ini menyebabkan harga yang diletakkan selalunya tepat. Sudah 8 bulan di Malaysia tanpa kerja - hanya belajar, belajar yang tidak menekan dan kelapangan masa di rumah mahu dipenuhi. Dan akhirnya, lelaki Amerika itu bersetuju. Hari ini aku berjumpa lagi lelaki Amerika itu untuk memberi surat tawaran dan aku teringat hari temuduga hari Sabtu lalu 16/07/2011.
Jadi Bapa, Suami, Anak, Abang, Adik,Cucu, Pak Ngah, kawan, kekasih dan lawan pada semua yang kenal
Yang selalu jengok
Showing posts with label temuduga. Show all posts
Showing posts with label temuduga. Show all posts
Thursday, July 21, 2011
Wednesday, July 6, 2011
Graduan Menganggur
Mengikut kajian yang dibuat lebih dari 70,000 graduan masih menganggur. Peluang pekerjaan memang banyak tetapi graduan2 terlalu memilih menyebabkan mereka lebih baik menganggur. Dalam masa seminggu, syarikat aku ingin mencari penyambut tetamu dan kehadiran untuk ditemuduga sebanyak 4 orang. 2 dari yang memohon mempunyai ijazah dari universiti. Nampak seperti tidak memilih. Tetapi adakah salah budak2 ini memilih pekerjaan. Pilihan terpaksa dibuat kerana gaji. Gaji yang rendah pasti tidak memenuhi keperluan untuk hidup dalam keadaan sekarang. Hutang PTPTN kena bayar, sewa rumah, makan & minum dan minyak motor. Peluang berintenship dengan GLC tidak ditolak pun. Gaji/elaun yang diberi sebanyak RM1,000 sahaja tetapi mereka tidak memilih. Cuma selalu berdoa untuk dikekalkan tetapi jadi sebaliknya. Graduan2 ini terpaksa berlagak untuk memilih kerana kalau gaji yang diberikan tidak mencukupi untuk mereka, memilih pekerjaan adalah cara yang terbaik bagi mereka. Apa kualiti yang dicari untuk mendapat pekerjaan sekarang? Tempat aku memerlukan orang yang boleh berbahasa Inggeris. 2 graduan yang aku temuduga minggu ini sangat menyedihkan walaupun aku bertanya secara lawak. Cuba tulis tentang diri dalam bahasa Inggeris - salah seorang itu menulis dalam bahasa Malaysia seperti tulis dalam telefon (SMS). Bila aku tanya UMUR dalam bahasa Inggeris, dia menyatakan AGE. Aku suruh dia bertanya berapa umur anda - dia menyatakan 'What age are you?' tanpa rasa bersalah pun. Bukan aku tak bagi peluang tapi raja lawak dan maharaja lawak pun sudah habis sirinya untuk aku ketawa. Aku nasihatkan kepada graduan yang tidak memilih pekerjaan supaya terima dulu apa sahaja kerja kerana itu akan membina sahsiah diri untuk kemudian hari.
Wednesday, May 4, 2011
Temuduga orang India

Hari ini aku menemuduga seorang lagi. Keturunan dari Hyderabad India dan seorang Islam. Sudah bekerja luar dari India lebih dari 20 tahun. Sekarang bekerja di Dubai selama 15 tahun dan bekerja di 3 syarikat yang berlainan. Seorang Pengurus Besar dan ada MBA dan Ijazah Business Marketing. Berumur 48 tahun dan sudah berkeluarga. Gaji sekarang USD6,800 dan meminta kenaikan sekitar 20%/30% kenaikan. Terlibat dalam perkilangan lebih dari 10 tahun dan majikan tertinggi lebih 10 tahun.
Berdasarkan pengalaman kerja di tempat2 luar dari negara sendiri memberi satu anjakan tinggi untuk mengambil dia sebagai pekerja. Cuma bagi aku agak pelik kerana dalam umur sekarang dia masih mencari2 kerja dan tidak nampak untuk berhenti dan duduk diam setempat. Perkara ini sepatutnya menjadi motivasi kepada semua orang bahawa peluang pekerjaan terdapat bukan hanya di Malaysia tetapi di seluruh dunia.
Berdasarkan pengalaman kerja di tempat2 luar dari negara sendiri memberi satu anjakan tinggi untuk mengambil dia sebagai pekerja. Cuma bagi aku agak pelik kerana dalam umur sekarang dia masih mencari2 kerja dan tidak nampak untuk berhenti dan duduk diam setempat. Perkara ini sepatutnya menjadi motivasi kepada semua orang bahawa peluang pekerjaan terdapat bukan hanya di Malaysia tetapi di seluruh dunia.
Jika sekarang sedang bekerja di Bank lebih dari 5 tahun, cuba2 jengok di dalam internet dan cari kerja di tempat lain. Kenaikan gaji yang mungkin kita tidak dapat nikmati hatta lebih 5 tahun akan dapat dengan sekali lompatan.
Thursday, April 28, 2011
Temuduga orang Bandung

Baru lepas bercakap dengan seorang orang Indonesia melalui talian talifon. Dia telah menghantar biodata diri untuk bekerja di tempat aku. Latar belakang sangat mengkagumkan. Pernah bekerja dengan Syarikat Antarabangsa selama 1 1/2 tahun dan lebih dari 10 tahun bekerja sebagai pengurus Kewangan, mempunyai latar belakang pendidikan sehingga Master (MBA) dari UIA, dan berumur 35 tahun. Bila di tanya tentang gaji, agak malu2 dan mengatakan berapa sahaja yang diberikan sangat bersyukur. Yang paling penting bagi dia adalah keluar dari Indonesia dan mendapat pengalaman. Kelemahan orang yang meminta kerja adalah ketidak fahaman tentang bagaimana skim gaji yang mereka mahu minta. Kalau diberi rendah mungkin tak diterima seperti asal tadi yang mengatakan tak kisah. Apa yang penemuduga nampak adalah bagaimana skil meminta gaji itu dan berdasarkan kelebihan bagaimana hendak menaikkan aras harga diri. Kena yakin bahawa harga yang diletak itu berdasarkan kebolehan jika tidak kemungkin hayat bekerja di sesuatu syarikat tidak lama.
Monday, March 28, 2011
Temuduga SUDOKU
Hari ini cerita pasal sudoku dalam The Star - Maki Kaji nama penciptanya. Mula2 diperkenalkan di Jepun pada tahun 1984 dan sekarang menjadi sesuatu permainan yang menduga akal dengan nombor dan mencipta perniagaan yang mengkagumkan. Buku Sudoku yang terjual lebih dari 20 juta buah diseluruh dunia tetapi kena faham bahawa nombor didalam sudoku bergerak hanya 1 - 9 sahaja - tidak kurang dan tidak lebih. Tetapi mengikut rekod hanya pada 1995 sahaja permainan ini popular di luar Jepun. Sehinggakan salah satu applikasi di dalam google juga terdapat sudoku. Aku ciplak cerita ini dalam The Star kerana teringat aku pada satu sessi temuduga kerani di Bank Muamalat tempat aku kerja dulu. Perempuan yang agak berisi tetapi mempunyai pengetahuan yang agak luas di dalam bekerja. Dia pernah bekerja di Giant Supermarket. Aku sudah memastikan dia akan bekerja dengan syarikat aku dengan kebolehan dan pengetahuan dia tentang kerjaya. lalu aku menyelak di dalam 'Resume' lalu menjumpai perkara yang diminatinya - Sudoku. Dan aku menyuruh dia menyelesaikan masalah sudoku di dalam The Star dihadapan aku bersama2 3 orang panel penemuduga. Kami menunggu dan dia berjaya. Lalu dia bekerja dengan Bank Muamalat kerana dapat menyelesaikan masalah sudoku. Hahahahahahah
Tuesday, February 22, 2011
Penganggur

Dilaporkan sehingga Jun 2010, lebih kurang 32,000 graduan Universiti menganggur di Malaysia. Khidmat guna tenaga penuh dinafikan kerana berbagai masalah dari luaran dan diri graduan sendiri. Kerajaan sekarang memberikan peluang untuk graduan2 ini bekerja di sektor pertanian dengan bantuan beberapa pihak. Apa latar belakang graduan2 ini. Mengikut statistik kebanyakan mereka adalah graduan IT, Perniagaan. Kimia, dan macam2 lagi. Sedih bila tiada yang memikirkan cara mereka hendak digunakan apabila graduasi nanti. Dan mengikut kiraan yang belajar sekarang kemungkinan lebih dari 100,000 akan habis belajar pada tahun ini. Bagaimana kita mahu menggunakan khidmat pandai mereka ini. Inisiatif sendiri adalah satu benda yang bukan semua pelajar ada. Dan yang pasti, kerja menunggu seperti dulu tidak berlaku sekarang. Dalam filem "3 idiots", sebelum pelajar2 sebuah Universiti Engineering tamat, beberapa syarikat mengelolakan temuduga untuk mengambil pelajar. Ini pernah berlaku dan masih berlaku sekarang di universiti2 Awam. Tetapi yang ironinya, berapa banyak pelajar ini akan berakhir dengan kerja menanti selepas habis belajar. Berlawananlah untuk mendapat tempat. Itu pasal kita sentiasa berDOA, kerana kejayaan sekarang bukan berterusan kerana cabaran datang tidak berhenti2. Lulus UPSR, DOA lagi untuk masuk sekolah bagus, lulus PMR berDOA lagi untuk mendapat tempat sekolah lebih bagus, lulus SPM berDOA lagi untuk masuk universiti. Jangan meraikan sesuatu berlebihan, berDOA lagi untuk dapat pekerjaan. Dah kerja, berDOA lagi untuk kekal di tempat kerja. Dan terus berDOA untuk mendapat rahmat Allah SWT sentiasa.
Subscribe to:
Posts (Atom)
