Yang selalu jengok

Wednesday, February 16, 2011

SPOIL atau Spoiler


Bagi penggemar2 aksoseri kereta, spoiler adalah benda biasa yang tidak terlalu pelik. Ada yang setinggi pintu gerbang, ada yang kecil comel atau ada yang tajam menikam. Kegemaran ini selalunya dekat di hati orang yang sederhana tidak kaya. Tetapi mereka mampu pula menghabiskan sekian ribu ringgit untuk mencantikkan kereta. Boot kereta kadang2 hanya dipenuhi dengan speaker, kerusi empat kadang2 tinggal dua dan yang peliknya bila ada kereta dibuat pintu gerbang spoiler tinggi tanpa tahu tujuan. Semalam aku sendiri memasang spoiler tetapi bukan untuk cantik tetapi mengikut kata jiran aku, spoiler boleh menutup cahaya panas untuk orang belakang. Sekurang2nya aku tahu kegunaan spoiler yang logik. Bila kita menjual kereta kita akan datang, benda2 aksesori ini tidak menambah nilai kepada harga kereta. Pelik melabur untuk keseronokan seorang sahaja.

2 comments:

  1. Kereta ini ini jika diletakkan di atas padang (Padang Merbuk), tak perlulah DBKL susah-susah nak buat tiang gol.

    ReplyDelete