Yang selalu jengok

Wednesday, September 14, 2011

POWER mutant

Anak  : "Betul ke ayah semua orang ada 'power'?"
Ayah   : "Mana ada, ni cerita tipu je."
Anak  : "Ada.  Semua orang ada power sebab tu bila dia suruh buat kita semua kena ikut"
Ayah  : "Mana ada ni kan cerita tipu."
Anak : "Ada.  Macam baby ni, power dia minum susu, kalau dia nangis mintak susu, mama mesti kena buat, betul tak."
Ayah : Senyum malas. Sengih.
Anak : "Abang power kat tahi hidung, Abang punya tahi hidung banyak, semua orang takut."
Ayah  : Senyum la lagi. Jeling kat isteri.
Anak : "Adik Qila power kat kencing.  Dia mesti kencing dalam seluar, semua orang takut."
Ayah : Aku senyum lagi la walau dalam hati nak ketawa.
Anak : "Mama punya power kat perut.  Sebab perut mama besar"
Ayah : Dah mula nak ketawa. "Ayah punya power kat mana pulak?"
Aku  : "Ayah punya power kat kentot.  Sebab ayah kentot selalu, semua orang marah"

Aku percaya semua orang adalah mutant mengikut cara masing2 dan anak2 boleh melihat kehebatan itu tanpa kita sedari.

TAJA

MAS menaja baju 'home jersey' QPR sebanyak RM18 juta.  Keseluruhan tajaan dari Air Asia dan MAS adalah sebanyak RM30 juta dan MAS mengambil 60% dari kos tajaan itu.  Sebagai peluang pengiklanan dengan EPL yang ditonton suku orang di dunia, ini memberi satu peluang pengenalan yang kuat pada MAS mengikut Pengarah Eksekutifnya, Mohammed Rashdan.
Mungkin lebih baik mereka menaja beberapa pasukan bola di Malaysia.  Mungkin tak sampai berjuta2.

Monday, September 12, 2011

SEJARAH tercipta

Bila dengar ceramah Professor Zainal Kling tentang penjajahan. Rasa2 sejarah memang kena tukar.  Bukan sebab tak faham tapi macam baru tahu.  Jepun tawan Malaya tahun 1940 betul dan yakin.  Malaysia merdeka tahun 1957 betul juga.  Dan kemerdekaan sebenarnya dari siapa - yakin juga dari British.  Mengikut ahli pendidikan seperti Zainal Kling, sebenarnya kita tidak dijajah.  Dan cerita ini diberitahu mereka setelah kekecohan Mat Sabu melambung bola supaya mereka rembat kembali.  Yang berpoyo minta merdeka dari British pasti menimbulkan kekeliruan.  Sebenarnya kita ini dijajah ke tidak? Nak berpesta merdeka menjadi keliru.  Bila Tunku Abdul Rahman menjerit merdeka pada 31/08/1957 dulu di Stadium Merdeka, orang ramai masa itu pasti tak keliru kerana mereka sama menjerit merdeka.   Aku baca cerita Hang Tuah, aku baca cerita Melaka, aku baca cerita Tun Dr Ismail dan aku baca juga biografi Shamsiah Fakeh.  Entah2 aku yang keliru.   

Wrecked

Filem yang bergerak di sekitar mata seorang yang terlibat dengan kemalangan.  Dia tidak pasti di mana dia ingin bermula.  Sebagai seorang penjahat atau seorang yang baik.  Teknik imbas kembali yang aku suka memang mengelirukan.  Tidak dapat meneka siapa yang sedang bermain dengan kematian.  Dalam filem ini juga, ingatan orang yang sedar ini bercampur aduk dengan menjadi seorang yang jahat.  Cerita bermula apabila seorang lelaki yang sudah separuh mati tersepit di dalam kereta yang jatuh ke gaung.  Dia sukar bergerak tetapi cuba mengimbas kembali bagaimana dia berada di dalam kereta tersebut.  Andrien Brody sebagai pelakon yang pernah menjadi pelakon terbaik dalam filem Pianist memang tidak pernah menghampakan.  Cuma cerita yang berkisar di dalam kereta dan terbaring pasti menjemukan kepada yang mahukan aksi.

Berniaga SIHIR di Malaysia

Berita hari ini dalam KOSMO tentang sihir menggunakan Facebook dan keadaan mangsa yang tidak boleh tidur malam, ada lembaga hitam, pernah muntah abu mayat memang menyeramkan.  Aku tumpang simpati bila dia muntah abu mayat yang jarang2 kita boleh jumpa di 7Eleven, Giant atau Kedai Mamak.  Abu mayat pasti susah nak jumpa kerana orang2 Islam tidak membakar mayat saudara2nya.  Ustaz yang ditemubual juga menyarankan tidak menggunakan muka yang sebenar di dalam Facebook kerana memang boleh berlaku pensihiran menggunakan muka.  Aku terkesima kerana penggunaan gambar memang berlaku sejak dahulu kala lagi ketika perkhidmatan bomoh diperlukan.  Bomoh hanya memerlukan gambar untuk menyihir supaya tunduk, semai ketakutan, hendak mengenakan muntah darah, dan meletakkan zombie dalam bilik air.  Dalam keadaan dunia yang mencabar dan keterbukaan sekarang, peluang bomoh untuk kembali menyerlah lebih berpeluang.  Dalam Facebook yang ahlinya lebih dari 600 juta orang, khidmat bomoh untuk menyihir boleh diiklankan.  Bayaran boleh disalurkan secara on-line dan dibuat secara jauh. Peringkat pengenaan boleh dilakukan oleh bomoh didepan komputer sahaja atau yang paling baru IPAD.  Perkhidmatan ini boleh dipanjangkan kepada yang lebih luas seperti di Palestin atau Somalia kerana ditempat2 ini penggunaan bomoh sangat diperlukan kerana peperangan. Syabas KOSMO.

Sunday, September 11, 2011

BAD Teacher

Cameron Diaz di dalam filem memang dinantikan.  Dia selalunya kelihatan sangat manis di dalam filem.  Menjadi guru secara paksa menyebabkan kerja yang dibuat secara endah tak endah.  Perkara pertama yang mahu dilakukan hanyalah menawan hati orang kaya dan hidup bergaya.  Cerita kelakar ini dibantu oleh Justin Timberlake boleh menceriakan kita.  Sebagai guru yang tidak bagus, Cameron Diaz dapat memberikan lakonan yang hebat.  Cerita yang hanya ditonton untuk berhibur.

Saturday, September 10, 2011

Kueh Mueh atas Meja

Siapa nak makan kueh2 atas meja.  Rasa2nya tiap2 tahun menempah kueh bermacam, membeli bermacam dan menyusun atas meja.  Bila hari raya, kita balik kampung dan kueh mueh atas meja tidak termakan.  Bila seminggu habis raya, kueh mueh macam tak bergerak.  Kita mula makan sendiri.  Yang kreatif mula bawa ke pejabat makan beramai2, yang anak banyak mula makan sendiri, yang tak tahu buat apa2 pun cuba2 makan sendiri.  Cuma tinggal hari cuti sahaja hendak menunggu orang datang, itupun hanya kanak2 yang datang mahu minum dan minta duit raya.  Tahun ini kueh2 yang pelik tidak ditempah.  Yang ada di atas meja adalah kerepek2 dan kacang2 yang boleh melayan kita depan TV sambil menonton Senario yang telah diulang berkali2.  Tapi berapa lama ingin melayan kueh mueh begini.  Naik lenguh rahang mengunyah kacang dan kering tekak menelan kerepek.  Kerepek yang berbagai dari pisang ke keladi dan kacang berbagai dari putih ke bersalut.  Nak panggil orang datang kena jamu benda lain - seperti rumah terbuka dan kueh mueh ini pasti terbiar.  Kepala ligat merancang perjalanan jauh untuk kueh2 ini menjadi bahan supaya tidak ngantuk dalam perjalanan.  Kueh2 ini mesti dihabiskan dan setiap perjalanan tidak perlu lagi singgah untuk membeli kacang2 kerana kueh2 raya dirumah menjadi galang ganti. Selain itu siapa nak makan kueh2 di meja ini.  Raya sebulan. Kepala terus berlegar dan aku nampak satu penyelesaian iaitu bila kita melawat orang berhari raya maka kita sendiri membawa kueh mueh ini bersama dan tuan rumah pasti boleh terima masuk kerana tidak terkejut kita datang berhari raya tanpa ada ajakan rumah terbuka.  Selesai...

Thursday, September 8, 2011

Pendek Kata

Aku ketawa sebab faham. Semua orang tercengang2.  Dan pasti dorang ini penyokong tegar Barisan Nasional dan tidak pernah berada di atas pagar untuk melompat mana2 sebab gemuk.  Mereka bercerita dan berketawa sendiri.  Yang ditertawakan mereka juga.  Aku tumpang ketawa sebab aku punya cerita sudah ditertawakan.  Bila Pie Em berucap untuk apa2 hal pun pasti dihujungnya - Pendek Kata.  Maka mereka bergebang bahawa yakin bahawa kebanyakan keputusan adalah disebabkan si Pendek.  Dan aku ketawa, bukan aku yang bercerita tetapi mereka yang bergebang dan aku tumpang suka.  Pendek kata macam2 dia kata.

BAHAGIA

Hadis "Empat perkara bakal mendatangkan kebahagiaan; Isteri yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa"

Tuesday, September 6, 2011

Topik Hangat Raya

1. Kereta Baru tak keluar lagi ke?
2. Anak kau dah berapa ni?
3. Cuti berapa lama?
4. Dah mula puasa 6 Syawal?
5. Kenapa Mat Sabu panggil Mat Indera - hero?
6. Boleh ke BN tawan balik Selangor?
7. Anak Amy Search dah cerai?
8. Barang mahal sekarang?
9. Berapa banyak kueh kau buat?
10.Malam raya dulu Jalan TAR buat jualan murah tak?
11. Dah tukar kerja baru ke sekarang?
12. Kenapa di Brikfield ada restaurant India namakan roti canai mereka - Roti Najib?
13. Ops sikap sekarang dah masuk ke berapa ?
14. Kenapa bil air kat Rumah PM tinggi?
15. Anak kau dapat duit raya berapa?
16. Apa yang baru kau beli tahun ni?
17. Maya Karin tak nak kawin lagi ke?
18. Ikut Highway ke jalan dalam?
19. Gaji kau berapa sekarang?
20. Badan kau ni macam naik je, Betul ke?


Berlaku bila HARI RAYA

Kecoh bila tempat penjagaan binatang kesaayangan dibiarkan tidak makan minum untuk beberapa hari.  Ini berlaku tidak jauh dari kita, hanya di Petaling Jaya. Kalau manusia bersetuju untuk menjaga binatang kesayangan ini maka mereka sepatutnya bersetuju untuk memastikan makan minum binatang ini terjaga sepanjang masa.  Aku juga pernah ada kucing di rumah dan bila bercuti panjang, mak aku pasti memastikan makanan/minuman cukup dan mungkin terbiar di lantai kerana memastikan kucing2 ini terus terjaga walaupun tiada orang.  Mengikut pegawai Veterina, lebih dari 100 kes dilapurkan semenjak 10 tahun dulu tentang penyeksaan binatang dan tidak lebih 5% sahaja yang disabit kesalahan.  9 ekor kucing mati di satu tempat bernama Petknode di Petaling Jaya terbiar semenjak hari raya dan 2 orang didakwa didalam kes tersebut. 

Sunday, September 4, 2011

ONE OF THE PICTURE


Berdiri dari kiri : Arif Ismail, Moktar Mohamad, Khalid Mohamad, Azan Ariffin, Faris Rozmi, Rosman Jasin, Khalish Rozmi, Lokman Ismail, Adib, Razali Mohamad, Ismail Mohamad, Firdaus Che' May, Shahril Che' May, Hafishah Hadi, AishaQiasara Shahril, Azwan, Najid Azwan, Zarina, Zaliza Saari, Rozita Samsudin, Suami Niza, Niza Kamarul Bahrain, Shida Kamarul Bahrain, Ayu Ismail, Shira Kamarul Bahrain, Shida Jaafar, Nurul Ariffin, Nina Shariff dan Ain Ariffin.

Duduk dari kiri : Roslan Jasin, Jasin (NGAH), Ariffin (PAK TEH), Kamarul Bahrain Mat (PAK JANG), Jaafar Mat (PAK NDAK), Rozmi Mat (PAK CIK), Zainuri Mat (MAK TEH), Wan Ngah, Taksiah (OPAH), Zaharah Mat (MAK LANG), Zaleha Mat (MAK UDA), Zabedah Mat (MAK SU), MAK NDAH, Rosnani (MAK JANG), MAK CIK LA, Kak Yan isteri Roslan Jasin dan Aniq Zaheen.

Duduk di bawah : Johar Hadi Roslan, Hakim Moktar, Huda Khalid dan anak2 Khalid yang lain, Anak2 Rosman Jasin, Najah Raihan Azwan, Aliff Nabil, Iman Shahril, Akif Shahril, Najla Aqilah Firdaus, Khairunnisa' Che'May, Najmi Azwan, Akil Shahril, Ain Ismail, Najwa Azwan, Adam Ismail dan Farouq Roslan.