Filem yang bergerak di sekitar mata seorang yang terlibat dengan kemalangan. Dia tidak pasti di mana dia ingin bermula. Sebagai seorang penjahat atau seorang yang baik. Teknik imbas kembali yang aku suka memang mengelirukan. Tidak dapat meneka siapa yang sedang bermain dengan kematian. Dalam filem ini juga, ingatan orang yang sedar ini bercampur aduk dengan menjadi seorang yang jahat. Cerita bermula apabila seorang lelaki yang sudah separuh mati tersepit di dalam kereta yang jatuh ke gaung. Dia sukar bergerak tetapi cuba mengimbas kembali bagaimana dia berada di dalam kereta tersebut. Andrien Brody sebagai pelakon yang pernah menjadi pelakon terbaik dalam filem Pianist memang tidak pernah menghampakan. Cuma cerita yang berkisar di dalam kereta dan terbaring pasti menjemukan kepada yang mahukan aksi.
No comments:
Post a Comment