Bila dengar ceramah Professor Zainal Kling tentang penjajahan. Rasa2 sejarah memang kena tukar. Bukan sebab tak faham tapi macam baru tahu. Jepun tawan Malaya tahun 1940 betul dan yakin. Malaysia merdeka tahun 1957 betul juga. Dan kemerdekaan sebenarnya dari siapa - yakin juga dari British. Mengikut ahli pendidikan seperti Zainal Kling, sebenarnya kita tidak dijajah. Dan cerita ini diberitahu mereka setelah kekecohan Mat Sabu melambung bola supaya mereka rembat kembali. Yang berpoyo minta merdeka dari British pasti menimbulkan kekeliruan. Sebenarnya kita ini dijajah ke tidak? Nak berpesta merdeka menjadi keliru. Bila Tunku Abdul Rahman menjerit merdeka pada 31/08/1957 dulu di Stadium Merdeka, orang ramai masa itu pasti tak keliru kerana mereka sama menjerit merdeka. Aku baca cerita Hang Tuah, aku baca cerita Melaka, aku baca cerita Tun Dr Ismail dan aku baca juga biografi Shamsiah Fakeh. Entah2 aku yang keliru.
No comments:
Post a Comment