Yang selalu jengok

Saturday, September 10, 2011

Kueh Mueh atas Meja

Siapa nak makan kueh2 atas meja.  Rasa2nya tiap2 tahun menempah kueh bermacam, membeli bermacam dan menyusun atas meja.  Bila hari raya, kita balik kampung dan kueh mueh atas meja tidak termakan.  Bila seminggu habis raya, kueh mueh macam tak bergerak.  Kita mula makan sendiri.  Yang kreatif mula bawa ke pejabat makan beramai2, yang anak banyak mula makan sendiri, yang tak tahu buat apa2 pun cuba2 makan sendiri.  Cuma tinggal hari cuti sahaja hendak menunggu orang datang, itupun hanya kanak2 yang datang mahu minum dan minta duit raya.  Tahun ini kueh2 yang pelik tidak ditempah.  Yang ada di atas meja adalah kerepek2 dan kacang2 yang boleh melayan kita depan TV sambil menonton Senario yang telah diulang berkali2.  Tapi berapa lama ingin melayan kueh mueh begini.  Naik lenguh rahang mengunyah kacang dan kering tekak menelan kerepek.  Kerepek yang berbagai dari pisang ke keladi dan kacang berbagai dari putih ke bersalut.  Nak panggil orang datang kena jamu benda lain - seperti rumah terbuka dan kueh mueh ini pasti terbiar.  Kepala ligat merancang perjalanan jauh untuk kueh2 ini menjadi bahan supaya tidak ngantuk dalam perjalanan.  Kueh2 ini mesti dihabiskan dan setiap perjalanan tidak perlu lagi singgah untuk membeli kacang2 kerana kueh2 raya dirumah menjadi galang ganti. Selain itu siapa nak makan kueh2 di meja ini.  Raya sebulan. Kepala terus berlegar dan aku nampak satu penyelesaian iaitu bila kita melawat orang berhari raya maka kita sendiri membawa kueh mueh ini bersama dan tuan rumah pasti boleh terima masuk kerana tidak terkejut kita datang berhari raya tanpa ada ajakan rumah terbuka.  Selesai...

2 comments:

  1. Aku pun tak beli bnyk jenis kuih tahun ini... cuma ada dua jenis, tu pun sikit je takat balang paling kecil... adik2 ada juga bagi kuih2 buatan tgn mereka sorang sejenis dua... so total 5 jenis... tapi dengan gembiranya diumumkan 2 jenis sudah habis sebelum raya lagi, dimakan selepas berbuka puasa. 2 jenis lagi pun dah habis dalam tempoh seminggu raya dimakan anak2 sendiri. 1 jenis lagi baru je dapat...rasanya bakal habis juga anak2 aku kerjakan nanti. Kerepek2 ada banyak juga - tapi sebungkus dah bg kat adik bangla yg selalu tolong mesin rumput, 3 bungkus dah disumbangkan untuk majlis bara'an jiran2 sekampung, ada lagi 3 bungkus kat rumah... was2 juga habis ke tak nanti...

    ReplyDelete
  2. Tahniah la dapat habiskan. Hari2 dok depan TV mentedarah kacang2

    ReplyDelete