Yang selalu jengok

Monday, December 19, 2011

The Ides of March

Politik kotor berlaku dimana2.  Tetapi keterbukaan berkempen, mengumpul dana, pembunuhan karektor, melobi dan tikam belakang di Amerika dicemburui oleh dunia demokrasi yang lainnya.  Mereka bebas mengutuk dan mencela hanya untuk naik.  Keterbukaan berkempen boleh dilihat apabila President yang dinantikan mesti pandai berdebat, memberi hujah dan menjual idea parti sendiri.  Cerita tentang calon Republikan di Amerika bertembung untuk mendapat percalonan terbanyak menjadi President Amerika.  Penulis teks ucapan mesti seorang yang pandai dalam serba serbi dan mesti pandai menggunakan keadaan untuk memperlihatkan calon mereka lebih bagus.  Cerita sebegini lebih kurang seperti filem Wag the Dog lakonan Robert De Niro dulu.  Filem arahan Goerge Clooney memberikan persekitaran kekeliruan 'twist' yang tidak sehebat cerita Wag the Dog tetapi cukup untuk berdiri sebagai satu filem politik yang boleh diingati.  Ryan Gosling memberi lakonan terbaik dan paling diingati adalah gabungan pelakon yang hebat disatukan dalam filem ini seperti Philip Seymour Hoffman, George Clooney, Paul Giamatti dan Marisa Tomei.  The Ides of March bermaksud tarikh ketika Julies Ceaser telah dibunuh di dalam Rumah Senate oleh kumpulan yang berkonspirator diketuai oleh Brutus dan Longinus.

Saturday, December 17, 2011

Naik Bajak di Indonesia

"Sini korupsinye Pak tahap dewa.  Makanya kalau mau idup di sini duit, duit, duit".  Ayat ini dicerita oleh pemandu bajak (motor taksi Jakarta).  "Jalan bertol itu, akan macet kalau tidak diberi duit.  Jalan segede itu dikecilkan jadi satu, kalau tidak dibayar - macet terus".  Aku bercerita lagi tentang Malaysia yang rating untuk rasuah sudah melampaui Indonesia kerana profil2 tinggi yang masih belum selesai. "Iya Pak, tapi disini sudah seperti tunggu kiamat baru abis.  Bertukarlah Bapak Presiden, korupsi masih diteruskan. Polisinya, Wali Kotanya, Bapak Menteri semuanya hanya lakunan." 

Aku masih mendengar setia. "Baru2 ini, seorang pelajar tewas di depan Istana - bakar diri, pasal korupsi" Aku mengiyakan kerana cerita pelajar bernama Sondang memang hari2 dimainkan di TV utama Indonesia. "Bapak kenal Nunun, baru ditangkap di Thailand dan dibawa ke Indonesia". Aku mengiakan kerana cerita Nunun juga pernah aku baca dalam Jakarta Post baru2 ini. "Ditunjukan berada dalam penjara gitu tapi bebas macam orang lain.  Boleh ke luar negara makanya ini korupsi Pak" Aku pernah dengar cerita tentang Tommy anak Soeharto yang duduk mewah di dalam penjara.

Perjalanan diteruskan. "Kalau mau niaga di Indonesia , mesti baik dengan Si Tommy pak.  Kalau ke bilik kecil pun polisi akan tunggu, body guard pak".  Aku diam kerana tidak mengenali si Tommy yang diceritakan.  "Kalau mau KTP (kartu pengenalan diri - IC) pun bisa diatur.  Jumpa Wali Kota, dibayar sekian ribu RP dan KTP boleh dikeluarkan".

Sampailah aku ke tempat yang dituju.  Aku menghulur RP50,000 seperti yang dijanjikan perjalanan sebanyak RP30,000.  Aku menunggu duit lebihan. Dia tersenyum lalu memberitahu tiada pulangan kerana dia perlu membayar polisi kerana melawan arus perjalanan tadi.  Aku tersenyum kerana sepanjang jalan bercerita tentang tiada keadilan tetapi dia juga melakukan ketidakadilan kepada aku. 

IN TIME

Apabila manusia semua berumur 25 tahun dan masa menjadi satu matawang yang penting untuk hidup.  Masa boleh dipinjam dan ekonomi kapitalis masih dikuasai yang kaya menjadi hidup lama tetapi yang miskin dimatikan kerana masa sudah cukup.  Justin Timberlake menjadi seorang yang berumur 25 tahun dan tinggal bersama ibunya yang hidup diberi masa satu tahun setiap tahun.  Kerana menyelamatkan seorang lelaki yang sudah kecewa hidup lebih dari 100 tahun dan masih perlu hidup sebagai 25 tahun, Justin dihadiah baki umur dan dia telah membunuh diri.  Justin sebagai Will Salas telah pergi melampaui Greenwich zone dimana orang2 kaya kapitalis tinggal.  Di sana dia mendapat meningkatkan umur sehingga 1000 tahun.  Dan bermula acara kejar mengejar seperti Bonnie and Clyde dimana Will Salas perlu dimatikan oleh penjaga masa atau polis.  Dengan semangat rakyat yang ada, Will Salas dan seorang gadis anak kapitalis telah menjadi perompak masa untuk diberikan kepada rakyat marhein.  Jadilah mereka seperti Robin Hood yang membantu orang miskin.  Idea cerita yang bagus (perihal masa) dan pergerakan cerita yang pantas.

Friday, December 16, 2011

CATCH 44

Cerita yang sebegini memang banyak dikitar semula.  Cerita diulang2 beberapa kali bagi orang faham.  Kamera yang ada banyak dihala pada satu scene diulang untuk menambah kefahaman adalah seperti penceritaan untuk setiap orang.  Bermula bila 3 orang gadis cun mahu membatalkan satu transaksi duit dan dadah.  Tanpa diketahui mereka telah diperangkap untuk dibunuh disebuah restauran.  Lakonan yang boleh diingati dalah dari Forest Whitaker kerana watak yang dibawa banyak hitamnya seperti kulit beliau sendiri.  Bruce Willis digambarkan sebagai antagonis yang memberi kerja kepada sesiapa yang mahu duit.  Jahat dan sadis.  Akhirnya semua pelakon mati.  Adegan yang paling diingati bila Forest Whitaker menjadi polis menahan kereta gadis2 3 orang itu dan menyuruh mereka menyebut nama pak cik mereka yang mahu dilawati, mereka menjawab serentak dengan menyebut Uncle Mel.

Thursday, December 15, 2011

DUFAN in Indonesia

Aku sempat menjengah Dunia Fantasi atau DUFAN di Jakarta Utara pada 12/12/2011.  Tempat beristirehat dan bersuka ria yang mungkin terbesar di Asia Tenggara.  Ia berada di Ancol Dreamland atau Taman Impian Ancol.

Kawasan ini memberi keseronokan yang semaksima mungkin pada anak2 yang tidak tahu letih.  Ada 27 permainan yang semua memeningkan ibubapa hendak melayan.  Yang kami dapat main adalah Turangga Rangga (merry go round), Kora Kora (boat swing), Baku Toki (bumper car), Istana Boneka, Poci Poci (tea cup), Rangga Rango (tilting house),  Rumah Jahil (mirror house) dan Kalila Adventure (theater animatronic).  Banyak lagi permainan yang tidak dapat kami selesaikan kerana kawasan yang terlalu luas dan tidak sesuai untuk kanak2 seperti Halilintar, Ombang Ombang, Kicir kicir, Niagara gara, Perang Bintang, Rajawali, Alap Alap, Gajah Beledung dan Bianglala.


Kami juga diberi tiket percuma untuk menyaksikan pertunjukan cahaya di sebelah Dufan dengan kos RP50,000 atau RM18 pada malam hari.  Ini terpaksa dibatalkan kerana anak2 sudah penat sepanjang hari.  Kos untuk masuk ke Dufan adalah sebanyak RP150,000 atau RM54 seorang dan pastinya kos sebanyak ini mahal untuk penduduk Indonesia sendiri menikmatinya. 

Wednesday, December 7, 2011

IBUBAPA belajar

HAHAHHAHAHAHA
Beza anak2 sekarang bila belajar di sekolah dari kita waktu dulu2.  Hatta di tadika sekali pun tahap pembelajaran tidak boleh dipermainkan.  Kita dulu belajar A untuk Ayam, budak2 sekarang A untuk Airtime.  B untuk Bola, sekarang B untuk Bluetooth, C untuk Chat, D untuk Digg, E untuk E-mail, F untuk FB, H untuk Hang, G Google dan seterusnya.

Kecekapan menarik ini sebenarnya perlu dikejar oleh ibubapa walaupun makan garam berkati2 mungkin ketidakfahaman bahasa sekarang boleh menyebabkan mereka seperti berbicara antara ayam dan itik.  Satu ketika ketika aku mahu belajar di UIA untuk mengambil Master of Economics, aku disuruh membuat pemeriksaan kesihatan secara total.  Akhirnya laporan kesihatan keluar dan menunjukkan aku Negative HIV. 

Aku balik ke rumah dan dalam keadaan sedih aku memberitahu emak bahawa aku Negative HIV sambil menunjukkan laporan kesihatan.  Emak suruh aku bersabar dan aku terus ke bilik.  Mungkin terlalu penat aku telah tertidur terus.  Terjaga lebih kurang sejam kemudian, rumah aku sudah penuh dengan saudara mara.  Suasana bising dan aku keluar bertanya emak.  Emak aku memberitahu dia telah menalifon saudara mara datang ke rumah setelah diberitahu bahawa aku Negative HIV. 

Aku terus bertambah sedih dan lari ke bilik.  Sedih...sedih. 

Monday, December 5, 2011

FRIGHT NIGHT

Colin Farrel salah seorang pelakon berkarektor.  Beliau dicalonkan untuk pelakon lelaki terbaik pada Academy Award tahun lepas.  Filem2 beliau yang aku tonton termasuk Phone Booth, The Recruit, Miami Vice dan SWAT.  Kalau tengok filem2 lama dia maka boleh disimpulkan bahawa dia adalah pelakon aksi.  Tetapi cerita yang aku tengok ini memang jauh dari panggang.  Colin Farrel jadi langsuir atau 'vampire'.  Cerita hero jadi vampire sudah banyak kali diceritakan sehinggakan Tom Cruise dan  Brad Pitt juga pernah berlakun jadi langsuir lelaki ini.  Cerita yang bergerak dari jiran yang disyaki sebagai vampire dan terus terusan membunuh dan cerita berakhir vampire dibunuh.  Saya langsung tak galakkan sesiapa menonton kerana cerita yang boleh diduga hatta 15 minit filem bermula lagi.

WANABE WINNABLE

'Winnable candidate' atau calon yang boleh menang dilihat sebagai taruhan utama pada PRU 13 nanti.  Dari hari pertama perhimpunan, cerita winnable ini dicanang supaya semua faham.  Rasa2 banyak pemimpin2 yang hadir atau wanabe = hendak jadi YB sudah memasang angan2 perihal winnable candidate ini.  Kalau ikut peraturan hukum akal, aku mengambil sikap Socrates permikir Yunani dulu.  Dia mengatakan dalam memilih seseorang untuk bersukan, maka cari orang yang paling laju larinya, cari orang yang paling pandai bermain senjata dan paling pandai menunggang kuda.  Ukuran ini dibuat seolah2 memberikan rakyat kuasa untuk memilih.  Bagaimana dengan winnable candidate dengan calon yang mendapat restu dari atas. 

Mengikut perkiraan orang2 yang hadir perhimpunan, winnable candidate masih dipilih oleh pucuk pimpinan maka tiada beza seperti politik dulu2.  Siapa yang kita rasa ada roh winnable candidate kalau belum diuji.  Ujian yang bagaimana perlu dibuat untuk menilai seseorang wanabe atau winnable. Angan2 wanabe menjadi winnable boleh menjadi wakenabeb bagi rakyat.

MURAH

Kedai Rakyat 1 Malaysia memberi kesenangan kepada orang ramai dengan harga yang murah.  Tetapi bila 13 produk2 tidak memenuhi peraturan makanan, ia menjadi terlalu mahal.  Produk2 seperti susu segar, susu pekat, kari ayam dalam tin, sos tiram, sardin dalam sos tomato, jem mangga dan jem kacang.  Jurucakap KR1M meminta pembekal menghantar produk2 mereka ke makmal untuk siasatan.  Mereka juga mengatakan bahawa tidak memenuhi peraturan makanan hanya pada label.  Ini berlaku kerana pengguna mahukan yang murah dan pembekal boleh bagi yang murah tetapi masalah ke hadapan yang mahal. 

Kenapa label yang tidak memenuhi peraturan makanan sahaja yang dilihat tetapi menasihati pembekal untuk membawa produk mereka ke makmal untuk siasatan.  Siapa yang tidak mahu untung menjadi pembekal kepada KR1M tetapi terpaksa menjual murah.  Berhati2 memilih barangan murah.
(memetik berita dari The Star 05/12/2011)

Saturday, December 3, 2011

COLOMBIANA

Cerita bermula di Bogota, bila ibu dan ayah dbunuh oleh satu kumpulan samseng lain.  Budak perempuan kecil ini lari ke Amerika dan dilatih untuk menjadi pembunuh upahan.  Cerita yang bergerak pantas dan memberikan taktik baru untuk mendapat maklumat (boeh dilihat apabila hanya dengan gambar di dalam talifon boleh mencari siapa orang itu).  Cerita ini adalah cerita dendam yang mahu disudahkan.  Boleh dibandingkan dengan Bourne Identity atau Hanna. Zoe Saldana yang tiba2 popular semasa cerita Avatar dulu memang layak menjadi Cateleya (orkid) yang cantik tetapi tidak berperi kemanusiaan.  Cerita yang ditulis oleh Luc Besson yang membawa kepada penonton cerita Taxi dan Taken.  Luc Besson sentiasa memberi kepantasan didalam kebanyakan filem2 beliau.



Hantar anak ke Asrama

Fadzli dan Shahrizal di depan - 1983
Tahun 1983 kehidupan asrama pun bermula.  Berada di pinggir Kuala Lumpur memberi impak paling banyak untuk remaja macam kami.  Aksi tahun 1983 suci budak kampung dan ia berubah dengan sekejap tanpa diundang.  Seluar sudah ketat, baju sudah bertempah, tali pinggang berkepala besi sebesar lengan menjadi pilihan, poket belakang menjadi depan, rokok dikenali, keluar merambu malam sudah menjadi jadual tetap, berkawan rapat, bergaduh mencari nama, rambut berjambul, dan hidup di kampung sekadar ingatan.  Sekarang aku budak KL.
Fadzli dan Sharizal tahun2 akhir di asrama
Jangan takut dengan perubahan anak ini.  Perubahan ini bermakna anak sudah pandai berkawan.  Anak sudah pandai mengharungi hidup.  Anak sudah pandai bergaya.  Tidak berhingus rindu pada emak.  Anak sudah pandai berkira.  Anak sudah dewasa. 


Thursday, December 1, 2011

PERHIMPUNAN kali ini


perkahwinan paling mahal 2011

Macamana sokongan rakyat pada kita sekarang?  Saya tengok perhimpunan kali ini lebih banyak gerai menjual tudung dari tahun lepas.  Urut kaki pun laku.  Ada jual sabun, barangan elektrik dan paling laku adalah talifon pandai.  Artis2 juga sudah turun menyokong kita.  Nampaknya jualan album mereka sangat laku bila kita buat perhimpunan.  Jamal Abdillah juga turun memberi sokongan dengan menyanyi secara percuma di gerai.  Acara menangkap gambar bersandar dengan puteri2 kita juga membuatkan orang beratur seperti mengeluarkan duit dari ATM. 

Artis berduyun2 datang dan kita telah memberi anugerah khas pada Lisa Surihani.  Kemungkinan anugerah kita perbanyakkan tahun hadapan untuk memastikan banyak artis terlibat.  Anugerah kepada Pengarah filem pun boleh dilakukan kerana Mamat Khalid sudah menyokong kita.  Pengacara terbaik mungkin kita boleh beri pada AC Mizal kerana sokong tak berbelah bagi.  Lagipun dia sudah dapat Dato'.  DJ Dave juga sudah lama tak keluar album, perhimpunan kali ini adalah peluang dia untuk kembali ke persada seni.  ND Lala sudah nampak beria2 untuk dapat Dato' kerana lagu2 yang bersemangat parti. 

Saya nampak perubahan dalam ucapan kali ini.  Mereka berbahas seperti tiada esoknya.  TV banyak mengambil peluang menemuduga pemuda puteri dan wanita kita.  Kita naikkan orang2 yang berpangkat Dato' untuk berucap supaya rakyat tahu yang datang perhimpunan ini memang banyak Dato'nya dari parti2 lain.

Pemuda kita juga banyak berubah.  Muda2 lagi kita sudah bagi peluang menjawat Dato'.  Ini adalah peluang untuk menunjuk pada rakyat, kalau boleh semua yang masuk, kita bagi Dato'.  Memang banyak perubahan.  Rakyat jangan ketinggalan menonton kerana TV perdana berebut2 mendapat maklumat dari kita.  Kita adalah agen perubahan untuk apa sahaja - artis, jualan, tudung, warna dan pangkat.