"Sini korupsinye Pak tahap dewa. Makanya kalau mau idup di sini duit, duit, duit". Ayat ini dicerita oleh pemandu bajak (motor taksi Jakarta). "Jalan bertol itu, akan macet kalau tidak diberi duit. Jalan segede itu dikecilkan jadi satu, kalau tidak dibayar - macet terus". Aku bercerita lagi tentang Malaysia yang rating untuk rasuah sudah melampaui Indonesia kerana profil2 tinggi yang masih belum selesai. "Iya Pak, tapi disini sudah seperti tunggu kiamat baru abis. Bertukarlah Bapak Presiden, korupsi masih diteruskan. Polisinya, Wali Kotanya, Bapak Menteri semuanya hanya lakunan."
Aku masih mendengar setia. "Baru2 ini, seorang pelajar tewas di depan Istana - bakar diri, pasal korupsi" Aku mengiyakan kerana cerita pelajar bernama Sondang memang hari2 dimainkan di TV utama Indonesia. "Bapak kenal Nunun, baru ditangkap di Thailand dan dibawa ke Indonesia". Aku mengiakan kerana cerita Nunun juga pernah aku baca dalam Jakarta Post baru2 ini. "Ditunjukan berada dalam penjara gitu tapi bebas macam orang lain. Boleh ke luar negara makanya ini korupsi Pak" Aku pernah dengar cerita tentang Tommy anak Soeharto yang duduk mewah di dalam penjara.
Perjalanan diteruskan. "Kalau mau niaga di Indonesia , mesti baik dengan Si Tommy pak. Kalau ke bilik kecil pun polisi akan tunggu, body guard pak". Aku diam kerana tidak mengenali si Tommy yang diceritakan. "Kalau mau KTP (kartu pengenalan diri - IC) pun bisa diatur. Jumpa Wali Kota, dibayar sekian ribu RP dan KTP boleh dikeluarkan".
Sampailah aku ke tempat yang dituju. Aku menghulur RP50,000 seperti yang dijanjikan perjalanan sebanyak RP30,000. Aku menunggu duit lebihan. Dia tersenyum lalu memberitahu tiada pulangan kerana dia perlu membayar polisi kerana melawan arus perjalanan tadi. Aku tersenyum kerana sepanjang jalan bercerita tentang tiada keadilan tetapi dia juga melakukan ketidakadilan kepada aku.
No comments:
Post a Comment