Pada 08/01/2013, tergesa2 aku ke Lapangan Terbang Subang. Penerbangan hari ini pada pukul 9.40 pagi dengan Firefly terus ke Singapura. Kepala pening dengan kesesakan lalu lintas pagi menuju ke Lapangan Terbang Subang reda bila tiba dengan selamat. Ada sejam lagi dari kapal terbang akan berlepas. Aku minum pagi di sana dengan donut dan air kopi. Bukan kopi biasa tapi yang trendy di Big Apple (Donut and Coffee). Dan masa berlepas dengan kapal terbang yang kecil ini memang boleh membuat aku muntah. Duduk disebelah seorang India Muslim yang 2 kali lebih besar dari aku. Aku rasa Firefly kena timbang orang ini dulu sebelum bagi dia masuk dalam kapal terbang. Tiba di Singapura sekitar 10.40. Kepala terus pening. Mungkin disebabkan dah lama tak naik kapal terbang kecil. Mesyuarat pun bermula sekitar 11 pagi. Ia seperti lari maraton sehingga pukul 3 baru mesyuarat habis. Dan makan tengahari yang sudah nampak petangnya disebelah bangunan yang aku bermesyuarat. Yang aku nampak seperti bangunan OUB (salah satu bank terbesar di Singapura). Makan sehingga 3.30 petang dan aku memberitahu yang kapal terbang aku pukul 5 petang. Mereka mengatakan selepas ini terpaksa terus ke Lapangan Terbang Changi. Dan aku terus bersama pemandu yang diberikan bergegas ke Lapangan Terbang Changi. Pukul 4 aku sampai di situ dan terus dihebahkan bahawa pintu berlepas akan ditutup pada pukul 4.15 petang. Aku pelik kerana kalau di Lapangan Terbang Subang tadi aku hanya memerlukan 10 minit untuk berada di dalam kapal terbang tetapi disini - 45 minit. Duduk didalam kapal terbang aku mencari sebab kenapa awal berada dalam kapal terbang ini. Aku melihat setiap kapal terbang beratur untuk berlepas dan melihat kapal terbang turun pada landasan yang sama. Itu lah jawapan kenapa aku perlu ada awal di dalam kapal terbang. Mereka hanya ada satu landasan. Pening aku berada dalam kapal tidak habis sehingga sampai pada pukul 6.20 petang di Lapangan Terbang Subang. Perjalanan ke Singapura adalah yang pertama bagi aku dan aku hanya melihat bangunan yang aku tak kenal dan kawasan yang hanya sekejap untuk aku faham.
Jadi Bapa, Suami, Anak, Abang, Adik,Cucu, Pak Ngah, kawan, kekasih dan lawan pada semua yang kenal
Yang selalu jengok
Sunday, January 13, 2013
Tua di Singapura
Makan sebentar di Hong Kong Street di Singapura menimbulkan berbagai andaian. Aku melihat beberapa orang tua masih menjadi pelayan, mengutip barang2 yang dikitar semula, menjadi pelayan di Mc Donald. Ini adalah sesuatu yang baru bagi aku di kala Singapura dikategorikan sebagai negara yang pendapatan per kapita yang sangat tinggi. Susah rasanya aku ingin melihat seorang berumur 60 mengambil pesanan di kaunter Mc Donald. Aku melihat dan menilai. Ini juga akan berlaku di Malaysia jika rakyat tidak tegas menghadapi hari2 tua yang sebegini. Mereka ini masih mengomel benda2 yang sama dengan kita iaitu mahal. Semua barang mahal dan disebabkan benda ini kehidupan sebagai pekerja terpaksa diteruskan walaupun ketika itu sudah tidak larat lagi. Kebajikan orang2 tua perlu dijaga dan aku melihat dan bertanya beberapa orang, mereka mengiakan dan berkata gaji yang anak2 dapat tidak mungkin dapat menyokong kehidupan ibubapa mereka. Mahal adalah satu yang sangat berkait rapat dengan ekonomi. Ekonomi meningkat, pendapatan meningkat, gaji besar maka barang2 perlu juga naik tanpa segan. Di beberapa negara maju, contoh Australia, orang2 tua diberikan sara hidup sebanyak AUD400 setiap bulan. Dengan duit ini mereka dapat tidur, makan dan berpakaian dengan mudah. Kalau suami isteri maka mereka dapat mengumpulkan pendapatan isi rumah sebanyak AUD800. Di Malaysia pinjaman perumahan sudah mencapai sehingga umur 75 tahun. Maka berjaga2lah untuk sentiasa sihat untuk bekerja sehingga masa itu untuk membayar hutang.
Thursday, January 3, 2013
Blog di tahun 2013
Diberitahu bahawa pada tahun 2013 ini, penguna, pembaca dan pencatit Blog akan berkurangan kerana tulisan2 yang lebih pendek seperti di Twitter dan Facebook akan mengambil alih secara lebih agresif. Benar dan tidak boleh terima secara total. Blogger di Malaysia agak berbeza secara am nya dari blogger2 di Amerika walaupun cerita2 di Blog sekarang tidak sekerap dahulu berbeza dengan twitter dan facebook yang boleh dimuat turun secara cepat dan pantas. Kenapa berbeza kerana media semasa yang bercerita berbagai dan maklumat ke 3 diperlukan menyebabkan blog2 ini terus popular dan dilayari oleh anak2 muda. Bacaan masih diperlukan dan Twitter atau facebook bukan media bacaan yang kompak memberitahu segala. Maklumat memang diperlukan cepat dan ringkas tetapi bila bacaan diperlukan maka Blog masih menjadi pilihan. Pengguna2 Blog akan mengurangkan post2 mereka tetapi bilangan pembaca akan meningkat kerana masalah tadi timbul. Post2 terbaru pasti dinantikan pada setiap2 blog jika penulis blog itu tahu mengkaitkan blog mereka dengan twitter atau facebook. Setiap 'update' di Facebook boleh dikaitkan dengan blog dan pembaca akan terus membaca kerana sebenarnya naluri manusia ingin mendapat maklumat.
Labels:
life
Bicara "AMANAT HADI"
Semalam dalam program Bicara di TV3 semalam 02/01/2013 membincangkan tentang Amanat Hadi. Cerita ini adalah ulangan walaupun disiar secara lansung. Semua ahli panel berpangkat Datuk dan Tan Sri termasuk yang menjadi moderator. Bila tenong lama2 panel ini adalah orang2 tua yang bercerita tentang sejarah lebih kurang 30 - 35 tahun dahulu bila Amanat Hadi ini keluar sekitar awal 80 an. Mereka bercerita tentang Amanat Hadi yang bersangkutan dengan cerita di Memali, Baling. Banyak orang muda tidak mengetahui sepenuhnya cerita tentang Amanat Hadi dan cerita tentang Memali ini. Bila orang tua2 ini bercerita mengikut versi mereka, tidakkah mereka mengetahui ini akan menyebabkan budak2 muda yang prihatin akan mencari maklumat dari sumber ke 3 kerana cerita tentang Amanat Hadi ini sebenarnya tidak terlintas dalam pemikiran anak muda sekarang. Tetapi bila dihangatkan maka peluang membuka cerita ini akan terkuis dengan sendiri. Apa yang orang muda kisahkan dengan cerita Amanat Hadi ini. Mungkin budak2 kampung yang termakan tetapi budak2 muda kampung lebih memandang hiburan dari mendengar cerita sejarah seperti ini. Panel terlibat adalah seorang bekas ketua Polis, seorang bekas menteri dan seorang professor dari UKM. Kalau secara simbiotiknya mereka seperti bersembang sesama sendiri tanpa mendapat pandangan dari orang yang mengeluarkan amanat tersebut yang masih sihat hidup dan menjadi Ahli Parlimen sehingga sekarang iaitu Datuk Abdul Hadi Awang, Presiden PAS sekarang.
Monday, December 24, 2012
The Bourne Legacy
Cerita yang bersambung dan bersiri2 perlu diikuti kalau tidak kemungkinan tidak faham. Cerita Bourne sudah masuk siri ke empat setelah Identity, Supremacy dan Ultimatum. Cerita legasi ini atau susur galur legasi ini lebih menampakkan kesenimbungan cerita tentang Treadstone dan Blackbriar. Cuma kali ini, Jason Bourne hanya tempelan dalam filem sahaja. Lakonan pelakon yang selalu berada dalam filem2 aksi besar seperti The Hurt Locker dan Mission Impossible ini tidak perlu dikomen aksinya. Cuma cerita ini seperti ulangan kepada cerita permulaan iaitu The Bourne Identity. Kalau cari persamaan maka permulaan cerita sahaja terdampar di air cukup nampak persamanya. Kali ini cerita tentang Treadstone dipanjangkan ketika di Britain seorang wartawan The Guardian telah dibunuh kerana mengupas cerita Treadstone di akhbar mereka. CIA cuba mencari pembocor rahsia dan kupasan cerita tentang bagaimana mencipta manusia pembunuh di Treadstone dirungkai didalam cerita ini. Pengakhiran cerita juga lebih kurang dengan cerita Identity dimana terlalu nampak seperti cerita akan disambung kembali.
Sunday, December 23, 2012
Sebuah Piala Seekor Kambing
Cerita bermula dengan pergaduhan antara dua kampung iaitu Bendang Kweng dan Pantai Cherang Nipah yang bersebelahan. Pergaduhan kecil bermula apabila Jani dari Pantai Cherang Nipah cuba mengurat Shima dari Bendang Kweng. Sepupu Shima iaitu Dollah marah dan berlakulah pergaduhan. Penggawa iaitu ketua untuk penghulu yang baru dilantik disitu mencadangkan satu sukan untuk mendamaikan kedua2 kampung. Maka bola dipilih dan sebuah piala dan seekor kambing sebagai hadiah. Perjalanan seminggu ke hari perlawanan adalah intipati cerita tentang kawasan di Kelantan ini. Sabri Yunus sebagai pengarah tidak pernah mengecewakan. Dia pernah mengarahkan beberapa drama seperti Sorok bau Budu dan Sanggul Beracun dan drama2 ini selalu diperkatakan. Beberapa moral cerita yang baik boleh didapati dalam drama kecil ini. Penggawa yang selalu diampu oleh ketua2 kampung dan selalu merasakan idea dia adalah terbaik dari semua. Hasad dengki dan bomoh juga menjadi ulam pada orang Melayu diselit dalam drama sebabak ini. Entah kenapa aku sangat suka menonton kisah2 begitu traditional Kelantan. Benda2 ini tidak baru kerana dahulu aku juga suka dengan sebuah kisah guru dalam drama 'Cikgu Limau Purut'. Kelantan yang satu ini akan menghiburkan dengan selah seli dikir barat oleh Dikir Warrior. Drama yang sangat menghiburkan.
Friday, December 7, 2012
Pasukan Bola Thailand
Di tanyalah wartawan pada beberapa orang tentang pasukan bolasepak Thailand yang akan melawan pasukan Malaysia esok sempena Piala AFF Suzuki di Bukit Jalil -'Satu perkataan bagi menunjukkan pasukan Thailand ini?'
Seorang pemuda - 'Tomyam' - wartawan faham ini menunjukkan bahawa mereka akan menjadi lauk pada malam ini.
Seorang pemudi - 'Swadeekap' - wartawan faham mungkin perempuan seorang ini datang dari Thailand dan kerja sebagai tukang urut yang sah di Malaysia.
Seorang lelaki tua - 'Danok' - wartawan faham mungkin lelaki ini hanya teringat satu2 nama tempat di Thailand sahaja.
Seorang mak cik tua - 'Comforter' - wartawan senyum sahaja.
Seorang pemuda - 'Tomyam' - wartawan faham ini menunjukkan bahawa mereka akan menjadi lauk pada malam ini.
Seorang pemudi - 'Swadeekap' - wartawan faham mungkin perempuan seorang ini datang dari Thailand dan kerja sebagai tukang urut yang sah di Malaysia.
Seorang lelaki tua - 'Danok' - wartawan faham mungkin lelaki ini hanya teringat satu2 nama tempat di Thailand sahaja.
Seorang mak cik tua - 'Comforter' - wartawan senyum sahaja.
Wednesday, December 5, 2012
Cerita AIR
Keluar semua makcik2 dan pakcik2 dari macam2 celah membuat aduan dan tindakan undang2 kerana mereka tidak mendapat air percuma dari Kerajaan Selangor. Marah mereka ini bukan dibuat2. Nampak ikhlas dan bukan berlakon. Sudah ada peguam yang menjadi pembela mereka. Di setiap media2 semasa TV atau Radio, cerita mereka tidak mendapat air percuma seperti dijanjikan 4 tahun dulu tidak dikotakan oleh Kerajaan Selangor. Diberitahu air percuma ini adalah untuk yang mempunyai meter persendirian tetapi bukan untuk meter yang berkelompok seperti terdapat di rumah2 flat, aparment atau kondo. Meter di semua tempat ini dikontrol oleh pihak pengurusan flat.
Ini adalah bagusnya apabila keterbukaan dalam media dimana janji2 politik boleh dituntut. Ini adalah permulaan yang bagus kerana diberitahu dalam buku jingga berbagai janji yang akan dikotakan memang akan dilaksanakan jika Pakatan Rakyat menang dalam Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13). Perbuatan menuntut janji ini boleh dimulakan sekarang walaupun mereka nampak seolah2 tidak mengetahui apa2 lebih dari 3 1/2 tahun dahulu. Maka bila PRU13 nampak macam hendak menjelma maka mereka muncul seolah2 diketuk dari tidur. Air di Selangor memang percuma untuk 20 meter cubic yang pertama iaitu cukup untuk satu keluarga sebulan dan aku sendiri selalu memakai air kurang dari yang diberikan percuma dan bil elektrik selalunya negatif. Entah kenapa taktik membuat tindakan undang2 ini nampak macam boleh digembar gemborkan seolah2 boleh berjaya. Aku sokong kerana Pakatan Rakyat menjanjikan minyak turun harga kalau berjaya tawan Putrajaya. Ini adalah satu benda yang bagus dan perbuatan membawa janji PRU ke mahkamah ini adalah satu bukti bahawa ia boleh dilakukan dan Pakatan Rakyat sudah bersedia untuk memberi apa yang dijanjikan. dan lebih penting semua rakyat mendapat benda yang bagus.
Monday, December 3, 2012
THE THIEVES
Cerita Korea selalunya hanya isteri aku yang layan. Dia akan mengoogle, mencari dalam facebook atau bersembang dengan kaki2 cerita Korea untuk mendapat cerita bersiri yang terbaik. Cerita tentang vampire yang menyiasat, pemain piano yang mengoda atau pasangan romantik menjual produk muka. Aku selalunya tidak boleh menonton cerita yang terlalu panjang meleret kerana bagi aku sesebuah cerita itu akan ditamatkan dengan suatu situasi. Kalau mahu yang panjang rasa2 sinetron Indonesia boleh menjuarai cerita2 bersiri ini. Cerita 'The Thieves' ini adalah salah satu cerita besar Korea yang dilakunkan beberapa orang pelakon Hong Kong juga. Cerita ini boleh didapati banyak dalam filem2 Amerika seperti contoh Heist atau siri Ocean Eleven. Rekaan untuk mencuri ini bijak tetapi tidak melampaui cara berfikir normal aku. Kerana mungkin aku sudah terbiasa dengan filem2 genre sebegini. Ia bermula apabila seorang pencuri lama mengumpulkan geng curi dari dua negara iaitu Hong Kong dan Korea lalu merancang untuk mencuri loket yang berharga USD30 juta dari sebuah kasino. Rancangan mereka digagalkan dengan kematian beberapa kawan tetapi loket itu berjaya dicuri dan kumpulan itu merasai mereka telah digagalkan oleh ketua yang mengumpul kedua2 kumpulan itu. Filem terakhir Korea yang aku tonton adalah cerita 'The Host' yang bagi aku masih kekal teringat cerita aksi itu. Filem The Thieves ini boleh ditonton dan cukup juga menghiburkan.
PREMIUM RUSH
Cerita tentang penghantaran secara pantas bermula beberapa dekad yang lalu. Bermula dengan merpati, hantar dengan kuda dan sekarang dinamakan 'Courier Services'. Perkhidmatan ini diperlukan untuk membuat penghantaran paling pantas dari lokasi A ke B atau ke mana sahaja. Mengunakan POS Malaysia mungkin kita memastikan barangan yang perlu dihantar sampai 24 selepas kita memberi kepada mereka barang yang hendak dihantar. Ada yang perkhidmatan 3 hari, ada yang 24 jam dan ada yang beberapa jam sahaja. Filem yang satu ini menceritakan tentang servis yang mengunakan basikal di Manhattan. Mengikut rekod 1,500 penunggang basikal menjalar disekitar Manhattan dengan tidak mempedulikan undang2 jalanraya kerana untuk memastikan apa yang mereka hantar sampai ke tempat yang dituju tepat pada masa yang dijanjikan. Perkhidmatan ini memastikan tiada jalan yang menyekat mereka hatta lampu merah sekalipun. Cerita yang agak ringan tetapi mempunyai maklumat yang bagus untuk dipraktikkan di Malaysia. Keadaan kesesakan yang melampau di Kuala Lumpur boleh memastikan perkhidmatan ini hidup di tengah2 Kuala Lumpur. Cuma yang tidak diketahui oleh orang luar, motor2 kapcai kita di Kuala Lumpur boleh melakukan apa yang basikal di Amerika lakukan iaitu mencelok, laju dan tidak mempedulikan lampu merah. Cerita ini menarik dengan gaya imbas kembali dan fikiran diterjemah dengan gambaran memberi persepsi baru filem aksi. Aksi bermula apabila satu dokumen yang perlu dihantar ke satu tempat ditahan oleh seorang lelaki yang ditengah2 filem diketahui adalah seorang polis. Cerita yang sangat menghiburkan sehingga habis tanpa perlu berfikir terlalu jauh.
LAWLESS
Cerita tentang gangster, kejam tak berperimanusiaan, potong leher, jari dan kepala memang menjadi makanan aku. Cerita benar ini berdasarkan tahun2 sebelum jualan arak dibenarkan secara bebas di Amerika. Cerita ini diadaptasi dari buku tulisan Matt Bondurant iaitu 'The Wettest County in The World". Cerita tentang adik beradik yang mengusahakan jualan arak ke umum dan diketahui oleh semua orang termasuk polis. Disebabkan keganasan mereka ini, pihak polis juga berbaik dengan dengan mereka sehingga didatangi oleh penguatkuasa dari Chicago yang sebelum itu diketahui tentang Al Capone yang hebat ditentang di Chicago. Cerita ini disulami dengan cerita tentang kasih sayang adik beradik yang bagi aku disumbat dengan keganasan. Adik yang dipukul polis diberi motivasi untuk membalas sendiri tanpa bantuan abang2. Cerita tentang rasuah dan jahatnya polis di dalam filem ini memberikan peluang kepada gangster dan pengedar arak ini dilihat sebagai hero sehingga ke akhir filem.
ARGO
Ben Affleck sudah menjadi pengarah untuk filem ke 3 ini. Sebelum ini dia mengarahkan filem pertama yang tak berapa laku iaitu 'Gone Baby Gone' dan sebuah filem yang pernah dicalonkan untuk Academy Filem iaitu 'The Town'. Kesemua filem dari Ben ini aku tonton dan peningkatan pengarahan memang nampak terserlah. Cerita Argo ini adalah bermula apabila kedutaan Amerika di Iran telah diceroboh ketika revolusi Iran pada tahun 1979. 6 orang Kanada terpaksa lari ke rumah kedutaan dan berlindung dimana penduduk Iran di Tehran ketika itu mahu menahan semua pendatang di Tehran. Ben Affleck sebagai ajen CIA dan meminta bantuan pengarah filem Hollywood untuk membuat filem dan ia adalah sebagai satu helah untuk masuk ke dalam Iran dan menyelamatkan kesemua 6 orang yang tersepit tidak boleh kemana2. Cerita yang bagi aku tidak mempunyai plot2 menarik tetapi cerita sejarah yang dibawa masa kini cukup memberi pelajaran tentang taktik penyelamat yang agak baik. Sebuah filem Argo terpaksa dicipta pada masa itu dengan pengiklanan yang cukup, cerita akhbar, pelakon2, dan ini membuatkan Ben Affleck boleh diterima masuk ke Iran hanya untuk mencari lokasi filem yang sebenarnya menyelamatkan orang Kanada keluar dari Iran.
Subscribe to:
Posts (Atom)









