Makan sebentar di Hong Kong Street di Singapura menimbulkan berbagai andaian. Aku melihat beberapa orang tua masih menjadi pelayan, mengutip barang2 yang dikitar semula, menjadi pelayan di Mc Donald. Ini adalah sesuatu yang baru bagi aku di kala Singapura dikategorikan sebagai negara yang pendapatan per kapita yang sangat tinggi. Susah rasanya aku ingin melihat seorang berumur 60 mengambil pesanan di kaunter Mc Donald. Aku melihat dan menilai. Ini juga akan berlaku di Malaysia jika rakyat tidak tegas menghadapi hari2 tua yang sebegini. Mereka ini masih mengomel benda2 yang sama dengan kita iaitu mahal. Semua barang mahal dan disebabkan benda ini kehidupan sebagai pekerja terpaksa diteruskan walaupun ketika itu sudah tidak larat lagi. Kebajikan orang2 tua perlu dijaga dan aku melihat dan bertanya beberapa orang, mereka mengiakan dan berkata gaji yang anak2 dapat tidak mungkin dapat menyokong kehidupan ibubapa mereka. Mahal adalah satu yang sangat berkait rapat dengan ekonomi. Ekonomi meningkat, pendapatan meningkat, gaji besar maka barang2 perlu juga naik tanpa segan. Di beberapa negara maju, contoh Australia, orang2 tua diberikan sara hidup sebanyak AUD400 setiap bulan. Dengan duit ini mereka dapat tidur, makan dan berpakaian dengan mudah. Kalau suami isteri maka mereka dapat mengumpulkan pendapatan isi rumah sebanyak AUD800. Di Malaysia pinjaman perumahan sudah mencapai sehingga umur 75 tahun. Maka berjaga2lah untuk sentiasa sihat untuk bekerja sehingga masa itu untuk membayar hutang.
No comments:
Post a Comment