Pada 08/01/2013, tergesa2 aku ke Lapangan Terbang Subang. Penerbangan hari ini pada pukul 9.40 pagi dengan Firefly terus ke Singapura. Kepala pening dengan kesesakan lalu lintas pagi menuju ke Lapangan Terbang Subang reda bila tiba dengan selamat. Ada sejam lagi dari kapal terbang akan berlepas. Aku minum pagi di sana dengan donut dan air kopi. Bukan kopi biasa tapi yang trendy di Big Apple (Donut and Coffee). Dan masa berlepas dengan kapal terbang yang kecil ini memang boleh membuat aku muntah. Duduk disebelah seorang India Muslim yang 2 kali lebih besar dari aku. Aku rasa Firefly kena timbang orang ini dulu sebelum bagi dia masuk dalam kapal terbang. Tiba di Singapura sekitar 10.40. Kepala terus pening. Mungkin disebabkan dah lama tak naik kapal terbang kecil. Mesyuarat pun bermula sekitar 11 pagi. Ia seperti lari maraton sehingga pukul 3 baru mesyuarat habis. Dan makan tengahari yang sudah nampak petangnya disebelah bangunan yang aku bermesyuarat. Yang aku nampak seperti bangunan OUB (salah satu bank terbesar di Singapura). Makan sehingga 3.30 petang dan aku memberitahu yang kapal terbang aku pukul 5 petang. Mereka mengatakan selepas ini terpaksa terus ke Lapangan Terbang Changi. Dan aku terus bersama pemandu yang diberikan bergegas ke Lapangan Terbang Changi. Pukul 4 aku sampai di situ dan terus dihebahkan bahawa pintu berlepas akan ditutup pada pukul 4.15 petang. Aku pelik kerana kalau di Lapangan Terbang Subang tadi aku hanya memerlukan 10 minit untuk berada di dalam kapal terbang tetapi disini - 45 minit. Duduk didalam kapal terbang aku mencari sebab kenapa awal berada dalam kapal terbang ini. Aku melihat setiap kapal terbang beratur untuk berlepas dan melihat kapal terbang turun pada landasan yang sama. Itu lah jawapan kenapa aku perlu ada awal di dalam kapal terbang. Mereka hanya ada satu landasan. Pening aku berada dalam kapal tidak habis sehingga sampai pada pukul 6.20 petang di Lapangan Terbang Subang. Perjalanan ke Singapura adalah yang pertama bagi aku dan aku hanya melihat bangunan yang aku tak kenal dan kawasan yang hanya sekejap untuk aku faham.
No comments:
Post a Comment