Di Jepun, air kopi dihidang dalam keadaan paling panas. Kita kena hirup air dari cawan dengan bercampur bunyi bagi menunjukkan betapa kita menghargai air yang dihidangkan. Slurpp
Di Cina kalau makan nasi goreng jangan terlalu banyak kerana ini menunjukkan kita tak suka makanan lain yang dihidangkan. Di Cina, nasi goreng akan datang pada akhir hidangan selepas sup, ayam, sayur, ikan, itik goreng. Kalau orang Malaysia yang jenis tak boleh tinggal nasi, maka makan nasi goreng pasti berlebihan.
Di Syria pula, apabila seorang menghidangkan air kopi dia akan menunggu kita untuk minum sehingga habis. kalau kita tidak minum selagi itu dia tidak undur. Dan kalau kita minum habis cepat2 kena bagi cawan pada dia kerana dia pasti akan tuang lagi.
Di Cina juga hidangan untuk orang yang dihargai mesti banyak minyak. Ketika menyudu makanan, minyak akan menitik dan ini menunjukkan betapa kaya orang yang menghidang makanan.
Berbagai kerenah orang makan dan kita jangan marah bila orang luar komplen kita makan nasi lemak waktu pagi. Perut yang baru nak mula bertugas sudah disumbat dengan benda yang pedas.

No comments:
Post a Comment