Yang selalu jengok

Friday, March 9, 2012

Bankers' Rule

Jadi 'banker' bukan senang sekarang.  Kualiti bekerja adalah termasuk memberi nilai gandaan yang tinggi kepada tempat bekerja.  Pengurus Cawangan bukan lagi seorang yang mengurus sahaja tetapi seorang penjual yang paling tinggi pangkat di cawangan.  Mencari deposit untuk cawangan dan menjual produk bank untuk dijadikan pinjaman.  2 asas penting ini membezakan bank dari Along.  Bank mengutip deposit dan memberi pinjam.  Along hanya memberi pinjam.  Di Indonesia, CITIBANKnya dibekukan dari memberi kredit kad Gold mereka kerana telah menyebabkan kematian seorang ahli politik yang tidak membayar hutang di dalam satu cawangan.  Sebelum itu Inong Melinda Dee juga seorang 'Relationship Manager' telah ditangkap kerana mengambil duit pelanggan tanpa kebenaran sebanyak USD2.3 juta.  Dia menjaga lebih dari 500 orang pelanggan CITIGOLD yang mempunyai deposit yang banyak.  Lapuran polis telah dibuat oleh 3 orang pelanggan sahaja kerana keterbukaan cerita ini lebih kepada bagaimana 500 pelanggan ini mendapat duit yang banyak sebegitu.  Melinda Dee ini adalah bekas model yang digajikan oleh CITIBANK untuk menjaga pelanggan2 yang berprofil tinggi.  Cerita2 polis mendapat rasuah dan berapa banyak duit mereka dalam bank lebih menakutkan kerajaan Indonesia dari cerita Melinda Dee semata2.  Bank dimana2 menyimpan rahsia orang termasuk di Malaysia dan CITIBANK ada sesuatu yang boleh dikongsikan dengan rakyat Indonesia yang masih banyak miskinnya.

2 comments:

  1. Macamana tak jadi macam tu.... Gaji kerajaan aku rasa, tiapa tipa tahun naik aje. Baru ni dah di umum kan kenaikan 9% sampai 13%. Untung la nak dekat pilihanraya punya hal. Kami kerja bank? Cummulative Agreement tu, dah pending setahun lebih tak sign sign lagi... Bukan nya mintak banyak. Sama je dengan kerajaan - 13%... Haru la kerja bank mcm ni. Patut la pun ko resign... hahahaha...

    ReplyDelete
  2. sabo je.....nak naik cepat lompat la bro

    ReplyDelete