Proses pemberian pinjaman menjadi satu revolusi yang paling cepat bergerak. Berkembang dan berpengetahuan dan melibatkan beberapa undang2 untuk menyekat orang ramai dari tidak boleh membayar pada masa akan datang. BNM meletakkan syarat kepada bank2 yang besar berbeza dengan bank2 yang kecil disebabkan oleh 'rating'. Ini disebabkan oleh bank2 besar mempunyai kuasa duit yang besar jika satu2 akaun menjadi parah. Bagi bank2 kecil, tahap pinjaman agak ketat kerana 'rating' rendah mereka dan jika satu2 akaun menjadi parah tidak boleh bayar, mereka tidak dapat menelan pinjaman itu dengan suka hati.
Beberapa lama dahulu, kuasa membayar diletakan pada berapa banyak deposit dikeluarkan. Contoh, kereta sebelum tahun 1992, deposit yang perlu dikeluarkan adalah 30% dari harga kereta. Setelah revolusi untuk memperbanyakkan jualan kereta, harga kereta dinaikkan untuk menunjukkan seolah2 pelanggan membayar 30% dari harga kereta. Ia agak sama dengan pembelian rumah, deposit memainkan peranan penting.
ini kira nampak tengah highway je |
Pinjaman pun berevolusi lagi dimana bank2 mendapt lapuran tentang corak pembayaran pelanggan2 bank menurun maka satu sistem perlu dicipta untuk mengatasi masalah ini. Benda baru didalam sistem pinjaman adalah kuasa membayar seseorang setelah menolak segala kos bulanan mereka. Sesebuah bank akan mengkaji pelanggan berapa banyak bayaran dibuat satu bulan berbanding duit gaji yang mereka terima. Bayaran kad kredit, kereta, rumah, telefon, broadband dan logik akal minyak dan makan untuk sebulan atau mungkin bayaran PTPTN. Deposit yang banyak untuk memiliki kereta atau rumah bukan lagi benda penting.
ini hanya gambaran artis - yang betul kecil sikit |
Ini adalah intipati cerita tentang My1House kempen iaitu semalam diberitahu lebih dari separuh yang memohon untuk meminjam telah ditolak oleh bank2. Bagi seorang bujang yang bergaji RM3,000 mereka boleh memohon pinjaman untuk membeli rumah berharga RM220,000 dan yang suami isteri bergaji RM6,000 secara total boleh meminjam untuk mendapat rumah yang berharga RM400,000. Kerajaan mengumumkan dasar rumah pertama 100% pinjaman kepada 2 kategori ini.
Ia mungkin program yang bagus kerana melihat harga rumah yang mahal sekarang tetapi kemampuan membayar menjadi pertaruhan kepada bank2 untuk meluluskan. Bank berfikir banyak kerana pinjaman 100% memberi amaran bahawa komitment pelanggan tiada pada rumah. Kemampuan membayar setelah rekod sekarang boleh diselidik hanya dengan satu sumber iaitu Bank Negara. Tindak balas berbeza dimana kerajaan mahu semua orang ada rumah tetapi bank tidak membantu. Kenapa bank tidak membantu ini disebabkan oleh sekatan2 terhadap rating yang Bank Negara buat kepada bank2. Paling senang iaitu pinjaman akan diluluskan kepada pelanggan apabila kuasa membayar masih ada 30% dari seluruh gaji. Maksudnya kos bayaran bulanan tidak boleh melebihi 70% gaji yang diterima mengambil kira 30% itu diperlukan untuk makan, minum, minyak dan segalanya yang tidak terdapat dalam rekod pinjaman.
Peratus kuasa membayar balik ini atau 'Debt Service Ratio' juga menjadi isu untuk pembelian kereta bermula pada January 2012. Kiraan untuk DSR berdasarkan pada gaji bersih bukan gaji kasar. Gaji bersih disini bermaksud setelah ditolak EPF, Cukai atau apa2 dalam slip gaji. Perubahan kira2 ini menyebabkan banyak permohonan pelanggan kereta ditolak oleh bank. Persatuan Automobil pun memberitahu jualan kereta menurun bermula dari Januari dahulu. Satu pihak meminta kerajaan menyokong produk mereka dan kerajaan yang sama juga meletakkan berbagai syarat untuk kelulusan.
Bagi aku, permintaan sebegini adalah disebabkan oleh keperitan hidup sekarang. Anak perempuan baru hendak kerja, tiada kereta terpaksa naik bas. Setelah aku teliti, dalam bas sekarang hanya dipenuhi oleh bangsa2 bersatu dan rasa cuak untuk membiarkan anak kita bercampur dengan orang2 luar dalam satu bas. Keperluan bukan lagi untuk menunjuk2. Kehidupan yang mencengkam ini menyebabkan orang terpaksa hidup dengan hutang.
No comments:
Post a Comment