Semua orang mahu mendapat kerja yang paling dikehendaki. Gaji yang mahal, membawa kereta mewah, rumah bangalow dan cara hidup mewah. Ini pasti memerlukan kerja kuat. Masa bekerja sudah tidak lagi berpihak kepada kita kalau kita berfikir ke arah itu. Mendapat email tengah malam dan terus menjawab. Dengan teknology yang tercanggih seperti Android, Tabs dan Ipad, kerja terus bergerak sama dengan orang walaupun waktu kerja sudah tamat. Setiap hari kesibukan ini terus mencengkam dan kehidupan sosial terbatas dikalangan pelanggan bukan lagi isteri dan anak2. Kebanyakan mereka boleh berfikir tentang ini dan cuba mengimbangi dengan bercuti ke luar negara tetapi kacau email dan telefon masih mengganggu. Ketenteraman masih tidak ditemui. Aku pernah berhenti bekerja selama sebulan tanpa perlu membuat apa2. Tidak mencari kerja dan setiap hari menghabiskan masa dengan membaca dan menilai kembali kehidupan. Seronok tidak timbul kerana diri telah dilatih untuk bekerja. Tiada telefon untuk dijawab. Tidak ada email untuk dibalas. Dan tidak bergaji dan ini menakutkan bukan aku sahaja tetapi semua yang terasa ingin berehat panjang. Dan setiap kali kita bertukar kerja kita seperti memilih untuk berada dalam keadaan stress yang berbeza. Dan aku percaya stress ini boleh menyebabkan kita berfikir dan selalu berfikir menjadikan kita hidup.
No comments:
Post a Comment