Pening2 memikir mana bercuti, aku ambil keputusan untuk ke Kuantan, Pahang. Setelah memikirkan tentang air dan kemeriahan anak2 membasah diri, keputusan ke Kuantan menjadi sangat tepat. Cerita tentang laut memang menakutkan. Rasa2 dua minggu lepas, ada kemalangan jiwa berlaku di Teluk Cempedak terus menidakkan aku untuk ke laut. Tetapi Gambang Resort boleh memjadi pengganti. Hari Jumaat, aku mengodek2 Tripadvisor mencari hotel. Aku cuba juga mengintai mudah.com untuk mencari 'Homestay'. Disinialah letaknya kemudahan internet yang patut diketahui oleh orang. Cari yang paling bagus dan paling murah. Setelah jumpa satu kediaman 'homestay' di sekitar Gambang lalu aku menilai tempat dan jarak sekitarnya. Terbaca dalam salah satu 'homestay' yang jarang ada kolam renang tetapi sekitar 200 meter ada Sempurna Resort yang ada kolam renang.
|
Tenang bila tiada orang |
|
seronok bebudak ni |
'Homestay' yang semalam kos adalah RM150 - 3 bilik dan kelengkapan rumah disediakan. Aku masuk ke dalam web Sempurna Resort sambil berkira untuk mandi kolam renang sambil Ahad nanti ke Gambang. Aku menalifon Sempurna Resort dan bertanya harga bilik2 mereka. Terkejut dengan tawaran yang diberikan aku terus membuat tempahan. RM128 untuk semalam bilik dengan katil superior atau king termasuk dengan 2 orang sarapan pagi. Bukan senang hendak mendapat harga begitu sekarang. Jika bukan tetamu, hendak masuk ke dalam kolam renang mereka dikenakan bayaran RM9 untuk dewasa dan RM6 untuk kanak2. Anak2 yang baru hendak naik ini, kolam renang antara Sempurna dan Gambang Resort tidak nampak perbezaannya. Dan hujung minggu aku berada di Sempurna Resort, Kuantan sahaja.
|
Bila tak bergaduh, menjadi kawan yang paling rapat |
No comments:
Post a Comment