Pengakuan Che Det tentang ketua2 UMNO sekarang adalah pembalikan apa yang telah dipraktikkan sekian lama. Dalam Star hari ini, Che Det berkata "UMNO faced a scarcity of competent leaders at the top for decades due to the unwritten policy restraining those with brains from join the party." Disebabkan ini, kesusahan mencari calon yang sesuai berlaku. Mungkin pemimpin2 sekarang marah dengan pengakuan Che Det ini. Tapi selalu banyak orang Malaysia akan terima kalau ia datang dari Che Det. Aku banyak kali tulis tentang masuk parti UMNO hanya untuk mendapat duit. Disebabkan kekurangan pendidikan maka masuk ke dalam parti dan bekerja dari bawah memungkin mereka menjadi ketua dan cuba mendapat sesuatu projek untuk cari makan. Tidak boleh disalahkan kepada malas bekerja tetapi rajin menjadi pekerja politik. Pekerja politik yang tegar bagi aku adalah 'cost centre' kepada negara kerana mereka hanya berpersatuan dan cuba mendapat imbuhan. Mereka ini tidak membayar cukai seperti aku. Dan banyak kali aku dengar pembayar cukai adalah wira2 negara. Aku masih wira2 negara kerana menjadi produktif di negara Malaysia.
No comments:
Post a Comment