Mendapatkan pembantu rumah dari Indonesia menjadi perbualan hangat dari rumah ke rumah. Sekarang setelah diberikan perlepasan untuk mengambil pekerja ini, masalah lain pulak yang timbul. Satu pembantu rumah satu kerja sahaja. Aku rasakan mereka ini meraikan konsep 1Malaysia. Satu kerja ini merujuk kepada jaga anak sahaja, kerja di dapur sahaja, mengemas sahaja dan berkebun sahaja. Satu kerja yang diminta ini dengan harga RM700 sangat mahal pada pandangan aku. Setelah menyelidik di Indonesia sendiri, aku percaya bahawa apa yang mereka minta ini adalah normal dan tidak terkeluar dari apa yang biasa. Kawan aku bekerja sebagai expartrate di Indonesia dan dengan RM1,000 beliau menggunakan 3 orang pembantu rumah. Yang mengemas berbeza dengan memasak dan tukang kebun menjadi pemandu peribadi untuk keluarganya. Bagaimana harga yang sebegitu dapat 3 orang pembantu rumah? Mereka dibayar sebagai Rp350,000 atau RM130 seorang setelah diberikan tinggal percuma dan makan percuma di rumah tersebut. Ini adalah satu keputusan yang adil kepada kedua2 pihak. Maka permintaan pembantu rumah dari Indonesia membuat satu kerja adalah normal.
Ini pilihan anda |
No comments:
Post a Comment