Sedih bukan main2. Cerita Nurul Nadirah hilang dan dijumpai dalam keadaan terbakar memang memilukan. Aku teringat yang macam2. Anak aku juga perempuan dan aku tahu seluruh keluarga aku abang adik mempunyai anak kecil yuang tidak tahu jaga diri sendiri. Mengapa manusia berperangai jahat begini hidup disamping manusia. Aku akan menangis sedih hanya bila anak aku jatuh dan terluka. Aku akan marah sangat bila nampak anak aku berada belakang kereta tanpa sedari aku mahu mengundur kereta. Bahaya yang macam2 ini membuat aku sedih kalau berlaku apa2. Aku peluk anak bila anak menangis terlalu lama. Aku pastikan anak2 ini rasa selamat bila ayah ada. Aku ayah mereka dan aku mahu mereka sentiasa dekat. Cerita anak hilang rasa2 bertukar cerita dari Johor ke Utara dan pembunuhan berlaku di Jalan Trong, Taiping. Bunuh dan bakar atau rogol dan bunuh. Di Johor juga cerita Nurul Huda dibunuh oleh pengawal. Di Kuala Lumpur, Nurin Jazlin yang ditemui dalam beg dengan keadaan menyedihkan. Hilang jantan kata orang bila lelaki menangis dan aku menangis sebab aku sudah ayah dan pergi mampus dengan hilang jantan. Aku sedih, marah, meluat dan hendak maki sahaja perangai manusia binatang begini. Aku semalam peluk anak aku erat2. Rapat dan rasa sayang sangat.
There's nothing more to say. Kelu...
ReplyDelete