Sharizat Abdul Jalil akhirnya mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai Menteri Penuh setelah sampai hari lantikan semula pada April 2012 nanti. Rentetan cerita Sharizat yang berkisar tentang lembu dan kejatuhannya adalah sesuatu yang menarik untuk diceritakan. Orang pasti merujuk pada kalau dah setuju letak jawatan maka biarlah dia duduk diam2 satu tempat. Ini tidak boleh dibiarkan. Kita kena rujuk tentang ekonomi kenapa benda ini perlu dihalusi seterusnya. NFC diberi pinjaman untuk membuat projek lembu dan duit digunakan untuk membeli kediaman2 mewah di Bangsar dan di Singapura. Ini bukan rekaan semata2, ini diberitahu di dalam mana2 media massa dan diakui sendiri oleh Ketua Eksekutif NFC. Ini adalah bentuk pelaburan yang dibuat oleh NFC untuk menjamin pulangan kepada NFC selain dari lembu. Bolehkah ini berlaku kerana mengikut media massa, kediaman2 mewah ini dinamakan atas nama individu iaitu kaum keluarga Shahrizat Abdul Jalil. Adakah semua aset ini perlu dijual untuk mendapat balik duit yang mereka laburkan atau hanya dikekalkan dan buat2 tak tahu?. Rakyat Malaysia perlu tahu kes ini untuk membuat pencerahan kerana duit ini datangnya dari Kerajaan dan duit untuk secara otomatiknya datang dari rakyat. Aku selalu terdengar di dalam radio, pembayar2 cukai adalah wira2 negara. Takkan wira negara tak boleh tahu kemana dan bagaimana duit kami digunakan?
No comments:
Post a Comment