Rakyat menguasai pemerintah |
Bajet pun diulas di surat khabar, internet dan dicanai dengan baik oleh pencerita2 ekonomi yang faham. Fiskal bukan basikal. Tetapi ia adalah kewangan kerajaan dalam mencari duit untuk menampung semua aktiviti dalam belanjawan. Hartawan adalah kaya dengan harta, dermawan adalah kuat menderma dan belanjawan pula suka sangat berbelanja. Ditanya oleh kawan2 pada aku tentang Belanjawan 2014 atau Bajet 2014 - AKU NO KOMEN. Bukan sebab aku tak tahu menilai atau tak tahu ekonomi tetapi memang aku malas nak komen. Tak ada satu cerita pun dalam bajet ini aku boleh bergembira sedikit. BRIM dinaikkan bagus untuk orang lain tapi aku tak. Umur 21 dan pendapatan kurang RM2000 akan dapat bantuan, aku tak muda lagi dan gaji dah lebih. BRIM 3.0 dilancarkan pun dengan yakin aku tak dapat. Bonus kerajaan setengah bulan - aku dengar je la. Coli khas untuk pesakit kanser payu dara - aku lelaki memang tak dapat. Gaji RM8000 akan mendapat pelepasan cukai sehingga RM2000 atau tepatnya pelepasan RM480 pada tahun 2014. Yuran taska diberikan RM250 untuk pendapatan RM900. Entahlah satu pun tak kena kat aku.
Aku baca lagi dan aku nampak beberapa yang boleh dikenakan kat aku. Subsidi gula dikurangkan dan harga gula pun akan naik RM2.84 per kilo. Memang kena kat aku. Tahun 2015 GST (cukai barangan dan penjualan) akan dimulakan. Yang ini aku kena. Nampak macam kurang seperti kalau di hotel dipanggil ++ (plus2) bermaksud 10% cukai perkhidmatan dan 5% cukai jualan. Kalau makan bufet RM100 ++ maka kita perlu bayar RM115. Adakah GST ini akan menghapuskan cukai2 yang sebelum ini. Aku tak habis membaca lagi. Bantuan RM100 untuk anak2 ke sekolah diteruskan. Yang ini aku dapat.
Aku membaca Bajet hanya untuk menilai apa yang aku dapat dan tidak dapat. Bagi cukai persendirian, cukai potongan berjadual (PCB) dikira sebagai muktamad bermaksud kita tidak perlu menghantar borang cukai pada tahun hadapan. Ini bermaksud cuba kira sendiri cukai dikenakan oleh syarikat pada kita dan perhatikan setiap tahun kita mendapat lebihan atau kekurangan. Kalau lebihan maka cukai tahun 2014 nanti kena berhati2 untuk buat PCB. Lagi satu aku akan dapat pelepasan cukai jika terlibat dengan industri hijau - aku nak suruh isteri aku tanam cili banyak2.
Sebagai kerajaan pula mereka perlu memikirkan tentang pembangunan secara keseluruhan selain diri mereka sendiri. Aku masih membaca tentang bajet cerita coli khas tu. Kalau kanser payu dara dapat coli - kanser tulang akan dapat apa?
Sebagai kerajaan pula mereka perlu memikirkan tentang pembangunan secara keseluruhan selain diri mereka sendiri. Aku masih membaca tentang bajet cerita coli khas tu. Kalau kanser payu dara dapat coli - kanser tulang akan dapat apa?