Korban kali ini disertai lebih dari 40 orang dengan lebih dari 20 ekor lembu dan 3 ekor kambing. Mewah semewahnya. Dan beberapa ahli jamaah masjid satu ini, membuat korban di Kemboja. Dan hari membantai atau hari sembelih lembu pun bermula. Pada hari2 Tasrik atau di Mekah sekarang ini sedang orang yang menunaikan haji akan ke Mina untuk melontar jamrah - kita disini boleh lagi berkorban pada hari2 tersebut. Maka seekor demi seekor tumbang. Setiap yang berkorban menonton sendiri lembu yang mereka korban dan berlalu sehingga ke akhirnya. Satu keluarga masih menunggu di sekitar khemah tempat sembelih dan bertanyakan tentang lembu mereka. Si anak bertanya dengan ustaz surau di mana lembu yang ayah mereka korbankan kerana tiada di panggil sejak pagi tadi. Ustaz yang agak keletihan kerana seorang sahaja yang bertanggungjawab menyembelih memanggil Tok Siak untuk menyiasat tentang kehilangan lembu yang seekor ini.
Keluarga yang agak besar dengan 5 orang anak dan cucu2 yang sedang membesar. Mereka menunggu jawapan dari ustaz surau yang agak pening untuk menjawab persoalan. Harga lembu kali ini sudah beberapa kali naik dari beberapa tahun - dari RM2,400 sehingga RM3,400 seekor. Bapa mereka telah membuat korban seekor lembu. Penantian untuk jawapan hadir apabila persoalan tentang korban terjawab. Exco pemuda surau membawa senarai korban dan memberitahu bahawa memang bapa mereka berkorban tahun ini tetapi korban yang dibuat adalah di Kemboja. Maka lembu yang ditunggu memang tiada di surau pada hari Aidil Adha itu. Semua anak2 terkilan dan termanggu - bapa mereka sudah tiada di surau kerana berjalan perlahan balik ke rumah.
No comments:
Post a Comment