20 tahun dulu sekitar tahun 1990. Satu rompakan bersenjata berlaku di Salak Selatan Mayban Finance. Ketika seorang pegawai bank dan pembantu membawa duit untuk disimpan di Malayan Banking Berhad. Pegawai itu telah ditembak dan mati ditempat kejadian tetapi berlaku di luar kawasan bank. Duit yang hilang dipercayai sekitar RM20,000 sahaja. Pihak atasan Mayban Finance Bhd telah membuat keputusan tidak lagi membenarkan pekerja2 mereka menghantar duit ke bank tanpa ada kawalan keselamatan. Pada masa itu semua duit Mayban Finance Bhd hendaklah disimpan ke Malayan Banking Berhad.
Pada tahun 1998, Mayban Finance PJ Old Town telah dirompak pada waktu pagi. Beberapa pekerja ditahan pada waktu sebelum bank beroperasi. Bilik kebal yang mempunyai 2 kombinasi kunci diperlukan untuk dibuka menyebabkan perompak terpaksa menunggu hampir 30 minit untuk membuka bilik kebal. Semua hanya selesai dalam masa 10 minit setelah pintu bilik kebal dibuka. Tiada kecederaan dan pekerja hanya di ikat semasa menunggu 2 pemegang kombinasi pintu masuk kerja. Duit yang dilaporkan hilang sekitar RM700,000.
Yang aku beritahu ini bukan ini sahaja tetapi ratusan rompakan yang berlaku hatta memecah masuk mengambil mesin ATM juga sudah berlaku banyak kali. Kebarangkalian rompakan berlaku tinggi bila hari raya - Raya Cina, Raya Hindu dan raya orang Islam juga. 20 tahun dalam bank dan bertugas hampir ke seluruh ruang kerja di cawangan - memegang duit yang banyak tidak menakutkan tetapi bila rompakan berlaku wang bukan duit kita untuk dipertahankan. Bagi sahaja dan risiko audit untuk menyiasat.
Semalam di AMBank USJ Subang seorang pengawal telah menembak pegawai operasi wanita. Pengawal ini adalah pengawal bersenjata yang diberikan tugas mengawal pekerja ketika memasukkan duit ke dalam ATM. Terlalu sadis dan buruk perangai. Bagaimana pekerja2 lain yang bertugas di tempat yang sama ketika ini. Kerja bukan lagi nombor satu pada mereka.
Bank adalah lubuk duit yang semua orang tahu. Selalunya 2 jenis pengawal diperlukan iaitu pengawal statik (tidak bersenjata dan selalunya dah tua) dan pengawal bersenjata untuk mengawal ketika memasukkan duit yang banyak ke dalam ATM.
Bank2 kena pastikan keselamatan pekerja2 di tahap paling penting kerana lubuk duit ini bukan lagi rahsia. Pekerja hendaklah diinsurankan lebih tinggi di tempat menjaga duit orang ini. Kerja menjaga duit orang ini tidak berbaloi jika kita gugur ditengah jalan. Jika ini berlaku - BAGI dan JANGAN MELAWAN.
No comments:
Post a Comment