Yang selalu jengok

Monday, August 30, 2010

Mencari Jalur Gemilang


Tak kisah berapa harga pun, aku sanggup bayar. Sudah 3 stesyen minyak aku harung di sekitar rumah aku, tak satu pun yang menjual bendera ini. Sudah habis kedai 24 jam aku tanya, semua gagal. Lebih sejam berpusing tapi hampa. Bukan sebab 53 tahun merdeka, bukan sebab nak pasang kat kereta dan bukan sebab kempen. Bukan juga sebab hari2 dengar Datuk Seri Utama Rais Yatim merayu. Anak lelaki aku sudah mengigau sebab bendera ini. Lepas sahur tadi baru teringat. Lepas subuh tadi baru mencari. Aku pasti kena marah. Anak lelaki aku memang garang. Kenapalah aku jadi begini? Anak lelaki aku akan ke sekolah tanpa Jalur Gemilang. Gelisah menunggu anak lelaki aku bangun dari tidur dan berkata "Ayah terlupa beli bendera" - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 53.

Saturday, August 28, 2010

Fasa Pertama : Rahmat Allah SWT

Benarkah apabila 10 malam pertama Ramadhan tamat maka habis Rahmat Allah? Ada satu riwayat, seorang alim beribadat kepada Allah SWT selama 500 tahun tanpa sedikit pun cuba mendusta Allah. Ditakdirkan hamba Allah itu meninggal dunia dan masuk ke syurga Allah dengan rahmatnya. Lalu ditanya kepada Allah SWT kenapa dia tidak masuk syurga kerana amalan baik selama 500 tahun. Lalu Allah berfirman tentang Rahmat Allah sahaja yang boleh memasukkan manusia ke dalam syurga. Lalu diminta Allah kepada hamba itu sebelah mata dan diuji timbang dengan amalan 500 tahun hamba itu. Akhirnya Rahmat Allah memberi penglihatan lebih berat timbangan dari amalan hamba tersebut. Moral cerita, percayalah Rahmat Allah berjalan terus walau 10 hari awal Ramadhan telah tamat.

Friday, August 27, 2010

Phishing Fraud


Berjaga2 sekarang dengan perkataan 'phishing' berbunyi fishing. Beberapa komplen tentang web2 bank yang di klon seperti Maybank, CIMB dan Public Bank. Modes Operandi bermula bila seseorang menerima email yang mengatakan kita kena klik dalam link yang ditambah dalam email tersebut. Bila kita klik terus masuk dalam website bank kita dan meminta kita memasukkan nama dan password. Jangan terpengaruh kerana website itu hanya sekeping iklan untuk menipu. Baru2 ini lebih hebat apabila phishing menggunakan LHDN dengan menyatakan bahawa ada lebihan. Maka kita kena masuk website yang dilinkkan dalam email tersebut. Website bank kita diletakkan dalam muka depan web tersebut untuk kita masukkan nama dan password. Setelah itu website itu akan tergantung tetapi nama dan password kita telah diketahui. Cara merompak paling mudah.

Tazkirah Malam Ke 17 - Doa

Ada 3 cara kita mengangkat doa memohon sesuatu kepada Allah. Mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW mengangkat tangan dalam 3 cara. Pertama telapak tangan mengadap muka dan belakng tapak tangan mengadap kiblat (ini adalah yang selalu kita nampak). Kedua telapak mengadap langit dan belakang tapak tangan di bumi.Ketiga - satu hadis ketika Nabi Muhammad SAW menghadapi perang Badar dengan muslimin hanya 313 orang. Nabi telah mengangkat tangan tinggi sehingga nampak putih ketiak Baginda. Telapak tangan mengadap ke bumi dan belakang tapak tangan ke langit. Tinggi tangan itu diangkat dan ini disalah fahami oleh orang biasa. Maka dijadikan sebagai cara doa menolak bala. Kalau mengikut cara Nabi, telapak tangan masih mengadap muka. Maka sebenarnya tolak bala masih tangan dalam keadaan telapak mengadap muka. Banyak masa Nabi berdoa tanpa mengangkat tangan - contoh ketika sujud - masa paling afdal dalam solat, masuk tandas, makan. Ulama memutuskan bahawa bila berdoa secara umum maka tangan diangkat tetapi tidak ketika membuat perkara2 khusus. Wallahua'lam.

Thursday, August 26, 2010

Mencari Lailatul Qadar

Imam Ghazali menceritakan bahawa sepanjang pengalaman beliau mencari malam Lailatul Qadar. Jika 1 Ramadhan jatuh pada hari Ahad atau Rabu, pengalaman beliau menyatakan Lailatul Qadar akan jatuh pada hari ke 29 Ramadhan. Tahun Hijrah ini bermula pada hari Rabu kebarangkalian jatuhnya malam Lailatul Qadar pada hari ke 29 Ramadhan. Tetapi kita tidak boleh mengambil terus pendapat ini kerana ada hadis Rasulullah menyatakan Lailatul Qadar berlaku pada hari2 ganjil 10 Ramadhan terakhir. Pandangan ke 3 dari sahabat2 Rasulullah SAW seperti Abdullah Zubair menyatakan pada setiap malam ke 27 Ramadhan berlaku Lailatul Qadar. Bersedia untuk merebut satu malam yang lebih baik dari seribu bulan pahalanya.

Tuesday, August 24, 2010

Bila ekonomi boleh di Ramal


Kalau Paul the Octopus meramalkan siapa yang menang Piala Dunia tepat pasti selepas ini harga ramalan menjadi mahal. Salman Khan juga sekarang dikenali sebagai Hindustan Paul the Octopus kerana dia meramalkan tepat filem2 yang akan meletup di pasaran termasuk filemnya sendiri yang akan keluar Oktober 2010 ini. Ekonomi sebenarnya boleh diramal atau perkataan sebenarnya mendorong ekonomi ke suatu arah. Adakah ini ramalan atau fokus hadapan. Chartist iaitu orang yang membaca lengkuk saham sepanjang masa boleh meramal arah sesuatu saham. Maka sebenarnya semua benda boleh diramal. Sepatutnya ada satu kursus dibuat di IPTA untuk meraikan kehidupan ramalan ini.

Monday, August 23, 2010

Zhongyuanjie bukan Hungry Ghost Festival


Mengikut kepercayaan agama Buddha, hari ini pintu neraka dibuka dan hantu2 keluar mencari kawan mereka. Konsert2 memerlukan beberapa gadis untuk bergaya seksi bagi hantu hayal dan tak kacau orang. Setiap penghujung lorong akan dibakar colok. Colok2 ini juga agak mahal sekarang. Terlalu komersial sehingga puluhan ribu habis hanya untuk menanti hantu yang lapar ini. Orang cina sendiri tak kuasa melanggar pantang yang mahal ini. Begitulah apabila adat diagamakan.

Tazkirah Malam ke 13


Berdoalah pasti Allah SWT makbulkan. Kita kena yakin bahawa Allah makbulkan semua doa dengan 3 cara. Satu - Allah kabulkan terus doa tersebut tanpa syarat. Kedua - Allah kabulkan doa tersebut tetapi menggantikan dengan lebih baik. Contoh kita minta kereta, tapi Allah tak makbulkan tetapi kita dapat naik bas setiap hari. Mungkin kalau kita dapat kereta, kita tak sabar memandu dan boleh menyebabkan pelanggaran. Ketiga - semua doa kita dikumpulkan pada hari Akhirat dan Allah kabulkan semuanya. Riwayat menyatakan berdoalah kerana di akhirat kelak doa2 itu berada di atas satu pohon yang banyak daun dan setiap daun itu berkumpul doa2 yang tidak kita dapat di dunia. Allah SWT akan kurniakan kita semua doa2 yang tertangguh. Berdoalah. (Tazkirah oleh Ustaz Anuar Latif di Tmn Bukit Subang 22/8/2010)

Wednesday, August 18, 2010

Mesin Melayu


Terciptalah satu mesin mengukur berapa Melayu seorang Melayu. 200 soalan dengan 4 bahagian. Yang diukur didikan, ilmu, nilai dan kampung. Keputusan yang keluar adalah memuaskan, pertengahan, sederhana dan luntur. Tak pula dinyatakan orang yang selain Melayu boleh ambil ujian dalam mesin ini. Chua So Lek psti gembira kalau keputusan dia berada dalam pertengahan. Apa punya mesin la? Memang tak pernah terfikir oleh bijak pandai dunia. Mengarut.....

Sunday, August 15, 2010

NIkmat Ramadhan


Nabi bersabda bermaksud "Akan datang kepada kamu satu hari yang lebih baik dari seribu bulan". Hadis yang diriwayatkan oleh Salman AlFarisi mendengar kata2 Rasulullah SAW pada hujung Syaaban. Bagaimana seribu bulan kalau diubah kepada tahun - 83 tahun 3 bulan. Lama tu beb....rebutla peluang yang datang ini.(Tazkirah di Masjid Taman Subang Perdana 14/8/10)

Saturday, August 14, 2010

Kuliah Tafsir


Ulasan surah Al Baqarah ayat 130, 131 perkataan 'safih' didalam ayat itu ditafsir sebagai- lemah akal, diam apabila diberitahu kebenaran atau jahil. Ini ditujukan kepada golongan Yahudi yang mengikuti amalan Taurat. Ustaz itu juga mengulas tentang kedatangan orang pada solah terawih iaitu macam masuk ke Piala Dunia. Mula2 32 pasukan, selepas itu 16 pasukan, selepas itu 8 dan 4 dan akhirnya 2 sahaja final. Ramadhan awal seperti pasukan2 dalam piala dunia. Awal banyak dihujung sedikit. Bagaimana kita nak beriltizam sehingga hujung Ramadhan? (Kuliah Subuh 14/8/2010 di surau Tmn Bukit Subang)

Friday, August 13, 2010

Cari Awek


Mengikut study dibuat oleh Harvard Medical School - kalau lambat mencari pasangan, kelansungan hidup akan lebih pendek dari yang cepat dapat pasangan. Mereka juga setuju bahawa ini disebabkan stress mencari pasangan. Satu kelas 50 tahun dahulu dibuat perbandingan dengan satu kelas yang lelaki dan perempuan lebih seimbang. Rekod menunjukan kelas yang kurang perempuan, banyak lelakiya mati dari kelas lagi satu. Perempuan hanya menunggu untuk dipasangkan. Kita kena ada ilmu mengorat secepat masa sekolah menengah lagi. Betul ke study ni, aku dulu sekolah semua lelaki je dari Tingkatan 1 sehingga 5.