Yang selalu jengok

Thursday, August 26, 2010

Mencari Lailatul Qadar

Imam Ghazali menceritakan bahawa sepanjang pengalaman beliau mencari malam Lailatul Qadar. Jika 1 Ramadhan jatuh pada hari Ahad atau Rabu, pengalaman beliau menyatakan Lailatul Qadar akan jatuh pada hari ke 29 Ramadhan. Tahun Hijrah ini bermula pada hari Rabu kebarangkalian jatuhnya malam Lailatul Qadar pada hari ke 29 Ramadhan. Tetapi kita tidak boleh mengambil terus pendapat ini kerana ada hadis Rasulullah menyatakan Lailatul Qadar berlaku pada hari2 ganjil 10 Ramadhan terakhir. Pandangan ke 3 dari sahabat2 Rasulullah SAW seperti Abdullah Zubair menyatakan pada setiap malam ke 27 Ramadhan berlaku Lailatul Qadar. Bersedia untuk merebut satu malam yang lebih baik dari seribu bulan pahalanya.

2 comments:

  1. Dengan erti kata lain, beribadat setiap malam. Insya-Allah!

    ReplyDelete
  2. kita dah masuk hari ganjil tetapi ada negara belum lagi....ada negara dah hari ganjil kita masih genap...so hari2...betul la tu

    ReplyDelete