Yang selalu jengok

Friday, August 27, 2010

Tazkirah Malam Ke 17 - Doa

Ada 3 cara kita mengangkat doa memohon sesuatu kepada Allah. Mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW mengangkat tangan dalam 3 cara. Pertama telapak tangan mengadap muka dan belakng tapak tangan mengadap kiblat (ini adalah yang selalu kita nampak). Kedua telapak mengadap langit dan belakang tapak tangan di bumi.Ketiga - satu hadis ketika Nabi Muhammad SAW menghadapi perang Badar dengan muslimin hanya 313 orang. Nabi telah mengangkat tangan tinggi sehingga nampak putih ketiak Baginda. Telapak tangan mengadap ke bumi dan belakang tapak tangan ke langit. Tinggi tangan itu diangkat dan ini disalah fahami oleh orang biasa. Maka dijadikan sebagai cara doa menolak bala. Kalau mengikut cara Nabi, telapak tangan masih mengadap muka. Maka sebenarnya tolak bala masih tangan dalam keadaan telapak mengadap muka. Banyak masa Nabi berdoa tanpa mengangkat tangan - contoh ketika sujud - masa paling afdal dalam solat, masuk tandas, makan. Ulama memutuskan bahawa bila berdoa secara umum maka tangan diangkat tetapi tidak ketika membuat perkara2 khusus. Wallahua'lam.

2 comments:

  1. Yup... tentang "doa tolak bala" tu memang misleading tapi dah jadi amalan jati sebahagian besar masyarakat. Mari kita buat satu entri khas untuk hal ni bro supaya boleh mendidik sesiapa yang sudi.

    Ingat tak doa qunut yang diimamkan Ustaz Jailani dulu? Hehehehe...

    ReplyDelete
  2. setiap kali bersembang waktu raya ni, aku cuba2 selit cerita2 tazkirah.

    Tak ingat bro Ustaz jailani punya qunut....atau aku tak turut solat subuh

    ReplyDelete