Yang selalu jengok

Sunday, January 31, 2010

Kepala Terlerai


Generel Sun Zhu adalah ketua perang paling popular dinasti Ming.  Dia terkenal dengan sebuah buku iaitu "The Art of War".

Ketika General Sun Zhu mengepalai tentera di China, Pemerintah China pada masa itu terlalu kagum dengan tenteranya. Dia memerintahkan Sun Zhu supaya memberi arahan berkawad kepada gundek2 nya yang seramai 15,000 orang. General Sun Zhu memberi panduan kepada gundek2 di raja secara perlahan2 sehingga mereka faham.

Disebabkan perangai gundek yang mengada2 arahan General Sun Zhu dipermain-mainkan. General Sun Zhu terus memberi arahan kali ke2 jika yang pertama tidak difahami. Arahan tersebut hanya pusing kekanan beramai2. Kali ke3 arahan General Sun Zhu sesiapa yang tidak mengikuti arahannya akan dipancung. Kerana kedegilan perangai gundek2 yang sentiasa manja dengan raja, 2 orang gundek masih ketawa tidak mendengar arahan dan bermain di garisan. General Sun Zhu memanggil kedua2 gundek itu kehadapan lalu di Penggal kepala mereka. Apa yang berlaku seterusnya.........ARAHAN di PATUHI tanpa Engkar. Jadi berkorban sedikit untuk sebuah negara menjadi maju.  Pemerintah China itu tidak boleh mengatakan apa2 dengan tindakan General Sun Zhu.

Thursday, January 28, 2010

Jalan2 di Thailand

Berjalan2 di Pekan Dannok, Thailand memerlukan hati yang keras dan berani. Perempuan menjual diri tanpa segan kerana mencari nafkah. Tempat urut bersepah2 dari kaki hingga kepala habis diurut. Masuk ke sana tanpa passport menambah takut dalam hati. Seperti bandar2 sempadan lain, Golok Padang Betong, Dannuk juga mempamerkan ligat malam yang serupa. Kupu2 malam menyanyi ibu ayam menawar harga. Lelaki yang kesana semacam sudah mengetahui apa yang diperlukan. Mencari teman tidur atau berurut sampai lmbik. Berada sehari di Dannuk tidak dapat mengungkai segala rahsia malam. Pekan yang sekarang lebih meriah dari Hadyai memang menjanjikan syurga dunia yang pelik. (Di Dannuk pada 25 January 2010)

Tuesday, January 19, 2010

Kira-Kira Baru

Dengan pengenalan baru dari GP3 (Garis panduan 3 BNM) kepada FRS 139, peruntukan tidak berbayar atau 'provision' akan bertukar. Bank-bank kecil akan mengalami satu kesukaran jika selama ini menjadikan 6 bulan tidak berbayar baru dikena peruntukan tidak berbayar kepada 3 bulan. Bank-bank perdagangan kecil dapat menunjukkan pendapatan tahunan berdasarkan peruntukan tidak berbayar. Pendapatan boleh diubah-ubah berdasarkan 'provision' ini. Maka apabila peruntukan ini diturunkan maka pendapatan bank-bank kecil akan menurun. Peruntukan ini adalah satu tindakan bijak atau 'prudent concept' yang sepatutnya dibuat lama dulu. Tetapi implikasinya kepada perniagaan dan peminjam akan menghadapi kesukaran untuk mendapat bantuan bank kerana bank-bank akan mengambil sikap berhati-hati.

Cerita Sekarang


Datuk Bridget Lai diberi masa seminggu lagi untuk menjawab soalan-soalan dari Pengurusan terkanan Alliance Bhd. Minggu lepas Bridget Lai mengatakan dia akan menjawab dalam masa yang ditetapkan iaitu seminggu tapi sekarang dia minta tambahan 7 hari lagi. Kenapa benda-benda ini dikaitkan dengan Bridget Lai. Tidak ada maklumat lansung tapi mungkin sekarang dia dah lawa. Gambar dulu untuk kita bandingkan.

Penyakit Lama ni


Abdul Rahim Abdul Rahman (cukup nama Allah - Pemurah dan Penyayang) melalui peguamcaranya Fahri Azzat minta liwat atau 'sodomy' dibenarkan kerana undang-undang tersebut terlalu bias kepada lelaki sahaja. Kalau perempuan yang buatkan tidak menjadi kesalahan. Masalah betul dengan si Abdul Rahim ni (39). Peguamcara mengatakan apa-apa berlaku di bilik tidur tiada kena mengena dengan Kerajaan. Abdul Rahim telah mengaku bersalah meliwat seorang budak lelaki berumur 15 tahun pada tahun 2007. Rahim oh rahim - dah la buat sodomy, kau nak dibolehkan pulak. Kau tak sakit la, yang kena tu merana.

Cerita Tak Seronok


Semalam di Johor seorang budak berumur 4 tahun jatuh dari apartment setinggi 8 tingkat. Ibunya yang baru keluar setengah jam untuk mencari kerja meninggalkan anaknya yang sedang tidur. Ada peruntukan dalam undang-undang meninggalkan anak tanpa jagaan sempurna boleh dikenakan denda sebanyak RM5,000 atau dua tahun penjara. Home Alone never be good story ever.

Sunday, January 17, 2010

Berseminar


Pada 16 Januari 2010 di Dewan MBSA Kg Melayu Subang diadakan satu seminar bertajuk Memperkasakan dan Halatuju Masjid dirasmikan oleh Datuk Dr Hasan Ali. Bermula pada pukul 2.00 petang dan berakhir pada pukul 6 petang. Pembentangan seminar dilakukan oleh Ustaz Solehen Mukhyi dan Ustaz Zainuddin Zakaria. Seminar betujuan untuk memberikan garis panduan para Nazir dan AJK Masjid untuk mentadbir masjid. Satu pandangan dari Dr Hasan Ali yang boleh difikirkan kalau Siti Nurhaliza menyanyi satu dua lagu di dalam satu majlis boleh dapat sekian ribu, penceramah yang satu jam hanya dapat RM50 - RM100 selalu dihebohkan seperti Ustaz cari duit. Cuba fikirkan

Thursday, January 14, 2010

JUARA Rakyat


Sempena menyambut Hari kemerdekaan Malaysia pada sekitar tahun 2003 dahulu, seorang DJ radio membuat satu pertandingan untuk mencari satu perkataan yang sangat sesuai untuk melambangkan Malaysia dan membuatkan 'Alien' dari dunia lain datang ke Malaysia dengan menganjurkan panggilan talifon. Banyak yang menalifon dan memberikan perkataan seperti "Keranamu", "Kecemerlangan", "BEST" dan macam2 lagi. Tapi yang ini adalah melampaui semua.


Seorang lelaki India menalifon "Encik, saya rasa perkataan yang sesuai adalah JUARA" DJ Radio : "Oh hebat.....cuba huraikan yang membuatkan alien turun ke Malaysia dan tinggal secara aman di sini" Lelaki india :"Juara adalah sebuah kereta yang sesuai untuk Alien bukan untuk manusia" Ada sesiapa nak menjadi JUARA rakyat.

Cerita Bank

An earthquake. Gempa bumi berlaku dalam bank dan dunia korporat sekarang. Tiba-tiba Datuk Bridget Lai diminta cuti sehingga diminta kerja kembali. Petra Perdana Bhd 'suspend' pengurusan tertinggi sehingga 14 Februari (tidak ada kena mengena dengan hari kekasih). Dengar2 cerita sebuah bank putih dan merah juga memberhentikan CEOnya kerana melakukan sesuatu melebihi hak. Sebuah bank Islam juga memberi cuti kepada seorang pengurus tertinggi sehingga kes siasatan habis. Apakah ini satu petunjuk bahawa permintaan tinggi pada tahun 2010 untuk bonus telah dihidu oleh pemegang saham. Bonus yang tidak dikeluarkan boleh dibahagikan sama rata antara pemegang saham. Bank sedang bergolak. Hong Leong sudah dapat lampu hijau untuk membeli EON. Tahun yang menarik untuk Bank. Yang besar terus besar.

Monday, January 11, 2010

Tak LAYAN marah

Percaya atau tidak, beberapa gereja pula di vandalisma. Cat di lontar, di bakar dan dicuri. Siapa yang melakukannya. Mengikut ulama kalau ditanya ini bukan perbuatan orang yang mengaku Islam. Dalam Al-Quran terang menyebut dalam surah Al KHafirun terang2 Allah mengatakan tentang perbezaan beragama. Dan di dalam hadis, tiada satu gereja dibakar oleh orang Islam. Dalam penaklukan kota Mekah, Nabi Muhammad SAW memerintahkan jika mahu selamat duduklah di dalam rumah2 ibadat termasuk gareja. Sungguh melampau perbuatan khianat ini. Berapa lama rakyat Malaysia boleh layan. Tak layan - dihulur disua disumbat diberi. Jadi bagaiman?

Friday, January 8, 2010

Cempedak ke Nangka



Tak seperti ku sangka. Enjin yang sebesar tu, untuk pejuang TUDM berharga semacam itu. Mungkin susut nilai yang terlalu bijak (prudent concept - International Accounting Standard). Banyak benda berlaku tak boleh diduga macam kita sangka. Pelik tapi berlaku. Yang berharga RM50 juta terus turun berharga lingkaran RM300,000 maka tak pelik kalau Argentina yang ekonomi yang seberapa nak beli. Mungkin untuk penternakan ikan sahaja. Harga yang disebut menyebabkan 'The Eye on Malaysia' nampak terlalu mahal (RM17 juta). Tak sangka cempedak jadi nangka.

SENSASI by Doktor Spin


Orang Malaysia memerlukan cerita lebih sensasi untuk bertindak lebih dari norma2 manusia. Beberapa isu dinaikkan tetapi tidak mendapat reaksi serentak sesama dan pemanjangan isu juga diperlukan. Doktor spin diperlukan untuk menambah cerita dan cerita terbaru adalah kalimah 'Allah' boleh digunakan didalam Herald Weekly Review. Kalau tengok baik2, perkataan Allah ini sudah berkait rapat dengan Islam. Cuba paderi2 yang menfailkan kes ini cuba bentangkan di Cardinal Rom pada Pope IV mungkin dia pun tersengih mintak jangan mengada2. So sehari dua ni, gereja pulak terbakar, ini lebih sensasi. Pandangan pembangkang dan pemerintah akan menunjuk arah kemana sebenarnya cerita ini akan diteruskan. Rakyat JANGAN TERPENGARUH.......

Jom Berlayar Bahtera


Kenapa yang bising2 harga gula naik. Aku mungkin mengukur sesuatu dari kaca mata aku sendiri. Pernah minggu lepas aku bertanya isteri "Harga gula naik ni? Takkan dorang tak fikir tentang masalah ekonomi dan harga gula pulak naik." Isteri kesayangan pun membalas "Kita ni kat rumah, beli sekilo tahan 2 bulan, tak terasa kot?. Aku terkejut, "Betul ke?" Isteri menambah "Macam gas kat dapur tu, 6 bulan sekali baru kita tukar, masa mula2 kita beli dulu RM14.50, lepas 6 bulan dah naik beberapa kali, awak terkejut RM18.50 sekarang dah RM28.50. Memangla terasa sebab 6 - setahun baru beli satu. Macam gula gak, kita beli bulan ni sekilo, tunggu sebulan dua nanti baru beli. Memang la terasa." Baru aku paham, yang masalah akan timbul pada pekedai2 kuih dan restoran. Aku menambah "Kalau orang jual kuih mahal kita beli benda lain la." Kadang2 selalu sangat makan kat luar sampai tak tahu harga benda2 susah jugak. Tapi macam orang belayar la di tengah2 laut tanpa kompas dan matahari. Redah dulu nanti jumpala jalan keluar.

Thursday, January 7, 2010

Apa perlu disorok Lagi

Sehingga sekarang cerita itu terus dimainkan oleh pembangkang. Tidak tahu ia akan berhenti walau arahan atau paksaan atau apa2 bentuk ancaman dibuat. Semua orang mahu bercakap bergossip dan akhirnya yang benar menjadi tipu. Yang betul menjadi cerita kosong. Taktik ini semacam sudah lunyai lama dan ironinya masih tidak difahami. Diamkan - pembangkang bercerita. Bercerita sedikit - pembangkang menambah. Maka taktik Dr spin mesti digunapakai. Cerita lain yang tak kurang penting. Ya.....harga barang naik. Sekarang semua dah pandai bercerita dan bergossip. Ceritalah semoga yang maha penting terrsorok.

Pening


Sakit kepala dengan keadaan ekonomi sekarang.

Terus Blogging

Tuesday, January 5, 2010

1Niat


Peluang berjumpa dengan jemaah haji 1430 makan bersama, bercerita cuba mengingat dan menyusun diri sedang masih muda. Sedih tanpa diminta, menangis teringat dosa, gembira pun sedih, seronok sehingga menangis. Melihat berbagai bangsa, perangai, adat tapi niat yang sama.....MengESAkan Allah.

Setiap kali orang yang pernah pergi Haji pasti akan bersembang sakan bercerita tentang pengalaman mengerjakan haji.  Haji bukan perkara biasa2 orang dapat.  Mereka di pilih oleh Allah.  Ini dapat dibuktikan dengan walaupun berduit banyak tetapi mengerjakan haji susah sekali.  Walau sudah hampir ke seluruh dunia tapi ke Mekah tidak pernah sekali.  Allah membuka hati2 manusia untuk beribadat.

Revolusi mengerjakan haji hampir berbeza setiap tahun.  Pernah bercerita dengan orang yang mengerjakan haji berkenderaan kapal laut, dimana bila meninggal mayat diturunkan ke laut.  Ada yang menceritakan bahawa bilik di Mekah berkongsi sehingga 10 orang dimana kaki2 akan bertembung setiap malam bila tidur.

Cerita berbeza ini memaniskan pengalaman aku dan aku hampir terhibur dan memasang niat untuk ke sana.

Cara halus dan KASAR


Ada 2 cara untuk menggalakkan manusia membuat atau berhenti dari membuat sesuatu yang buruk.

Pertama berikan sifat2 negatif atau positif tentang perkara tersebut. Kedua terus terang dengan perbuatan mahu sesuatu itu terjadi. Contoh ekonomi tidak stabil, cara pertama BNM akan menggalakkan orang menyimpan dengan iklan "mari menabung" keluar TV setiap hari. Cara kedua, BNM mengarahkan bank2 menaikkan kadar pinjaman lebih tinggi dan pendeposit juga mendapat kadar dividen lebih tinggi jika menyimpan. Jadi kedua2 cara ini dibuat dalam banyak benda.

Contoh : Rokok - iklan yang mengerikan dikotak (orang masih membeli) dan naikkan harga rokok (dan sehingga hari ini tiada bukti mengatakan kenaikan harga menyebabkan orang berhenti merokok). Akhirnya tuan punya syarikat rokok yang kaya. Maka cuba lihat dalam perkara harga gula naik. Iklan bahaya gula sudah berbunyi lama. Harga gula dinaikkan. Persoalan adakah orang akan berhenti membeli makan minum gula? Syarikat gula tersenyum - terasa segalanya manis gula.

Monday, January 4, 2010

BURJ Dubai


Burj Dubai akan dibuka kepada orang ramai bermula pada hari ini 04/01/2010. Dengan ketinggian 824 meter dan bertingkat sebanyak 169 dengan kos 2.7 billion - ia adalah bangunan tertinggi di dunia pada masa ini. Tapi untuk makluman keadaan ekonomi Dubai yang terhoyong hayang hanya dapat diselamatkan oleh Abu Dhabi menyebabkan suasana untuk Burj Dubai berpesta tidak kesampaian.

Haji Tahun 1430



Selesailah penerbangan terakhir dari Jeedah pada 03/01/2010 untuk jemaah haji tahun 2009 dan 1431. Semoga jemaah tahun ini mendapat haji mabrur dan mabrorah. Dan istiqomah dalam beribadat seperti di Al Haram dan Masjid Nabawi di Madinah. Mendengar azan dan panggilan solah terasa dekat dan bergegas menunaikan secara berjemaah.




(gambar dari kiri, Hajah Zaharah Mat dan adik Hajah Zaleha Mat - umrah 2009)

Gendang Perang mahu di Palu

Tiupan nafiri oleh Najib dan Zahid tentang penngunaan perkataan Allah dalam Herald -the chatolic Weekly semacam mengundang sesuatu. Kenapa Zahid perlu berkata jangan jadikan isu ni sebagai 'rusuhan Natrah'. Apa kena mengena dengan Natrah? Dan sehingga sekarang The High Court Judge Datuk Lee Ban Lau (ni hanya keluar dalam Utusan Melayu sahaja) masih tak ketahuan. Dan kenapa masalah ini perlu mendapat ulasan semua orang? Tiupan Nafiri ini lebih berbahaya.

Friday, January 1, 2010

Gambar sekitar Blogging 2009

BLOG atau Web

Dalam dunia interaksi yang sebegini hebat internet adalah satu medium paling penting untuk berinteraksi. Dengan enjin carian Google, Yahoo atau MSN semua orang dapat mengetahui sesuatu dengan satu click sahaja. Wikipedia menjadi rujukan untuk semua benda yang terlintas dalam kepala. Bila mahu mengiklankan suatu syarikat, persatuan atau pertubuhan, perniagaan atau diri sendiri. WEB atau Blog menjadi pilihan. Bagi saya untuk lebih interaksi, blog adalah pilihan. Setiap 'post' boleh memberi update baru dan komen boleh memberi cara baru untuk interaksi. WEB pula adalah selling letter yang tak perlu dikemaskini untuk memperkenalkan sesuatu. Tidak terlalu kerap menukar cerita untuk WEB. Boleh tak ia difikirkan

Nak kena ada AZAM ke?

Apa resolusi baru yang kita perlu ada tahun ini. Nak kuruskan badan. Tiap2 tahun sama dan keputusan sama. Gagal dengan cemerlang. Nak kumpul duit sekali ganda dari apa yang ada. Failed with distinction. Nak ke masjid untuk solat setiap waktu. Dean's list failure. Nak berhenti merokok. Yes, it was recorded a perfect loss for 3 consequtives year. Nak belajar satu ilmu musik. Ini confirm tak buat dah 5 tahun. Tapi semua resolusi boleh digunapakai. Tapi tahun ini semua kena semat azam untuk khatam Al-Quran dan faham terjemahan. Ini mungkin tak boleh mengelat. Sendiri simpan rahsia. Insyaallah boleh.

Tak Malu dan Segan

Gula pun naik. Minyak pun sudah dengar2 macam nak naik. Banyak tak perasan gula salah satu penyebab utama kencing manis. Gula dah diimport kerana pengguna tegar terlalu banyak guna gula. Gula habis di pasaraya. Pengguna hanya boleh beli sekilo sahaja. Hari raya dinantikan tanpa gula. Gula diseludup ke luar negara. Cerita ni bukan main2. Dan sambut tahun baru 2010 gula naik RM0.20 dan gula kembali ke pasaran tanpa segan silu.