Aku sudah mula belajar Mandarin di UiTM bermula Julai 2010. Aku juga melancong ke Bangkok pada awal April dan menyaksikan kebangkitan rakyat Thailand dan berlaku pertempuran di jalan2 utama. Aku telah ke Sg Petani mengakses tentang kes penipuan Bank Muamalat bulan June. Dapat juga masuk ke Danok melalui pintu haram tanpa passport di Bukit Kayu Hitam. Isteri pergi ke Mekah pertengahan March bersama ibubapa dia. Aku telah ditukar dari cawangan Kelang ke ibupejabat bermula 29/06/2010. Aku juga telah berhenti kerja dari Bank Muamalat dan meninggalkan kerjaya sebagai banker pada 03/11/2010. Aku telah bercuti lebih dari sebulan tanpa gaji dan kerja. Aku mula bekerja baru pada 01/12/2010 di Alami Group of Companies sebagai Group Account Manager. Dan ini semua adalah sejarah.
Jadi Bapa, Suami, Anak, Abang, Adik,Cucu, Pak Ngah, kawan, kekasih dan lawan pada semua yang kenal
Yang selalu jengok
Friday, December 31, 2010
Larian Hijrah VS Konsert Ambang Tahun baru
Acara tahun baru 02/01/2011 yang akan dibuat oleh Pusat Islam adalah 'Larian Hijrah' iaitu 7.30 am lari dari Pusat Islam ke Lake Garden. Mengikut pengarah Larian Hijrah ia adalah simbolik kepada lari dari kejahilan kepada kebaikan. Berapa orang akan lari.....target tak tinggi 2,000 orang saja. Konsert Ambang Tahun baru mengikut ramalan yang boleh dikatakan tepat adalah sebanyak 70,000 orang di Dataran Merdeka je. ini belum termasuk di Bukit Bintang, Sunway Lagoon, Dataran Shah Alam. Kenapa Larian Hijrah dari Perkarangan Pusat Islam ke Lake Garden bukan sebaliknya. Mungkin ini adalah cara untuk mengingatkan orang. Lepas Subuh, ceramah sikit lepas tu lari ke Lake Garden. Tu la aku tengah fikir ni.......lari pakai jubah ok kot
Labels:
life
Wednesday, December 29, 2010
Hutang Kena Bayar
Sudah beberapa kali report memberitahu bahawa hutang kredit kad telah menyebabkan ramai orang bankrup. Sudah banyak kali juga cerita tentang Ah Long mengganas pada orang yang tidak bayar hutang. Tak terkira banyak pula Bank2 memberi peluang berhutang. Dan terlalu banyak pulak cerita hutang PTPTN memberi resah pada pelajar selepas habis belajar. Masa belajar dulu tidak ditarbiah tentang membayar hutang maka masuk sahaja alam pekerjaan terus menghadapi hutang macam beli kereta hatta macam beli rumah pun ada. Tuntutan hidup yang berat sekarang iaitu wajib membayar hutang memang memeritkan. Aku juga berhutang - rumah, kereta, ASB, kredit kad dan pinjaman peribadi. Awal bulan gaji wajib menyelesaikan hutang dahulu. Maka aliran tunai di tangan hanya sebentar sahaja lalu dan terus hutang didahulukan. Pasang niat lari dari segala hutang. Berdoalah.
Tuesday, December 28, 2010
KeTenangan
Tenang tidak tenang lagi. Mengikut lapuran sewa rumah, hotel, banglow dan sewa tanah telah meningkat lebih 10 hingga 30 kali ganda di Tenang, Johor. Ekonomi yang tidak nampak rancak di tempat lain tidak menjadi ukuran untuk Tenang. Banyak kedai makan tumbuh melata. Makcik2 dan pakcik2 yang dulu pergerakan agak perlahan sekarang sudah pandai2 bersembang dikedai2 tentang politik. Siapa calon kita? Siapa yang akan bagi duit? Kaya kita sebulan ni? komputer percuma nanti kita boleh jual balik kot? Budak2 muda merantau dah mula balik ke sini? Pasti kampung kita meriah sebulan? Cuti sekolah dah habis...sepatutnya dorang datang awal bagi baju sekolah, kasut dan komputer! Tenang tak macam dulu. Taruk sesiapa boleh menang. Dorang kena melabur dulu. Seronok kalau selalu macam ni.
Berpakaian
Cara kita berpakaian akan mencorakkan siapa kita. Kalau memakai jubah itu menunjukkan orang alim. Kalau berpakaian sedikit selekeh, hitam dan berambut panjang, maka dikatogerikan pemuda rock. Ustaz Wan Sohor Bani Leman bercerita tentang berpakaian pada pagi tadi di radio FM Kuala Lumpur....budak2 yang dipakaikan baju superman mungkin boleh terbang dan mengakibatkan cedera. Kita mesti faham bahawa cara berpakaian boleh menimbulkan prasangka buruk atau baik pada kita. Maka teringat aku pada salah satu baju adiwira 'spiderman' dibeli untuk anak pada ketika berumur 2 tahun. Di belakang baju itu tertulis "by wearing this, you cannot fly like spiderman". Anak tidak boleh membaca. Fikirlah.
Wednesday, December 22, 2010
BINARY code
Aku jumpa cerita binary ni masa belajar computer dulu. Ia adalah kod elektrik iaitu 2 kod sahaja iaitu On/Off atau 1 dan 0. Ia juga adalah cara virus komputer dihantar orang melalui eletrik. Binary juga keluar kat ingatan aku bila salah seorang pekerja aku belajar computer di Binary College sedikit masa lalu. Hari ini tempat kerja aku mengalami putus bekalan eletrik maka cerita binary ini keluar kembali. Apa sahaja yang berpangku pada eletrik disini terus tidak terjaga. Komputer tidak bergerak, kipas dan aircond berhenti berkhidmat, peti sejuk tak sejuk, dll. Binary binary binary.
IDEA
Ada satu cerita tentang bagaimana idea datang dari orang bawahan. Satu ketika ketika Ajinomoto berbincang tentang bagaimana hendak meningkatkan jualan mereka. Bermacam2 dicadangkan seperti iklan, promosi jalanan dan menambahkan jaringan jualan. Semua itu boleh dilakukan tetapi turut menambahkan kos kepada syarikat. Tiba2 seorang amah yang bekerja disitu menyampuk. Dia berkata "Kenapa tak tambah penggunaan orang ramai terhadap Ajinomoto. Sekarang kalau orang membeli sebotol Ajinomoto, penggunaan mungkin sampai 3 bulan untuk membeli satu lagi. Bekas ajinomoto sekarang menyebabkan penggunaan itu, maka kenapa kita tak menambah lubang pada tudung bekas ajinomoto itu untuk memaksimakan pengeluarannya". Pada masa itu, bekas ajinomoto terdapat hanya 5 lubang di atasnya. Selepas mendengar nasihat amah itu, syarikat itu telah menambah kepada 12 lubang sehingga sekarang. Penggunaan Ajinomoto telah meningkat tanpa orang ramai ketahui.
Monday, December 20, 2010
Dabbawalla
Membaca tentang hebatnya busines penyediaan makanan di India memang sesuatu yang menarik. Salah satu perniagaan ini yang berjaya di India bernama Dabbawalla Faoundation dimana pekerja syarikat ini sebanyak 5,000 menyediakan 40 bekas makanan untuk 200,000 di Mumbai, India.
Beberapa tahun dahulu, majalah Forbes memberikan six sigma atau pengiktirafan tertinggi kepada dabbawalla di India kerana tahap betul mereka sebanyak 99.999% dan seperti 0.001% kesalahan.
Figure ini seperti mempertawakan konsep Jepun "JIT" atau Just in Time dan Kaizen (Continuous improvement). Beberapa universiti di Amerika malah Harvard telah memanggil Dabbawalla Foundation untuk memberi syarahan tentang "shipping industries" yang tidak canggih ini tapi amat menyakinkan. Makanan sampai tepat pada masa dalam keadaan yang panas.
Beberapa tahun dahulu, majalah Forbes memberikan six sigma atau pengiktirafan tertinggi kepada dabbawalla di India kerana tahap betul mereka sebanyak 99.999% dan seperti 0.001% kesalahan.
Figure ini seperti mempertawakan konsep Jepun "JIT" atau Just in Time dan Kaizen (Continuous improvement). Beberapa universiti di Amerika malah Harvard telah memanggil Dabbawalla Foundation untuk memberi syarahan tentang "shipping industries" yang tidak canggih ini tapi amat menyakinkan. Makanan sampai tepat pada masa dalam keadaan yang panas.
Sunday, December 19, 2010
The Last Seven
Cerita yang bermula agak pelik dengan keadaan di bandar London yang tidak populasi. Bergerak dengan agak perlahan tetapi memberikan pengakhiran yang agak menarik tentang kematian. Bermula dengan 7 orang di bandar London mencari sebab kenapa mereka berada di London di mana tiada orang di sekitar. Agak menarik kerana cuba menghilangkan orang dalam suasana salah satu bandar tersibuk di dunia menjadi filem ini menarik. Kelakuan ketujuh2 pelakon di filem ini banyak berkisar tentang daya ingatan. Kalau mahu aksi mungkin filem ini tidak menjanjikan seperti yang terdapat dalam posternya.
Aftershock
Kalau pernah menonton tentang kebinasaan bumi pasti cerita ini kena masuk dalam senarai. Cerita tentang gempa bumi di Thangshan, China pada tahun 1976 yang melibatkan kematian 240,000 orang. Cerita yang menarik lebih dari 30 tahun jalan cerita. Cerita tentang anak dan cucu sehingga 2008. Filem yang dikatogeri sebagai mesti tengok ini memang menjanjikan kesedihan, kepayahan dan kegembiraan. Salah satu filem terbaik 2010.
Saturday, December 18, 2010
Tenang di Johor
Betulkah kali ini PRK di Tenang akan berjalan dengan tenang. Isu2 terbaru seperti di digantung 6 bulan di Parlimen, kenaikan harga minyak dan harga2 barang boleh menjadikan PRK Tenang ini tenang. Nantikan arahan seterusnya dari SPR untuk menentukan tarikh PRK. PAS sudah mengintai mengambil peluang dengan keadaan semasa. Tukarlah untuk mencuba kerana Pilihanraya Umum sebentar nanti boleh tukar lagi. Datuk Sulaiman Taha meninggal pada pagi Khamis 16/12/2010.
Friday, December 17, 2010
Bila Mati itu mahal
Sekarang dalam budaya Cina di Malaysia, mati adalah mahal selain perkahwinan. Bercakap dengan seorang pensyarah di UiTM tentang kematian yang komersial sekarang memang memeritkan. Dia yang berketurunan Cina, minta sangat bapanya yang tua tidak mati pada waktu2 terdekat ini kerana dia mahu kawin. Tanah di Nirvana sudah boleh di'charter' untuk kegunaan orang mati dan harga berubah2 dari RM5 ribu kepada RM1 juta untuk satu lot tanah perkuburan. Mengikut pensyarah itu, sekarang sudah ada macam skim MLM untuk tanah perkuburan iaitu menjual lot tanah perkuburan dan mendapat untung untuk dibahagikan. Sesebuah kematian pada budaya Cina bukan mahal pada tanah sahaja, tetapi meleret kepada buat kenderaan, rumah, buku dan macam2 hatta 'maid' juga terpaksa dikertaskan untuk ditanam bersama mayat. Yang pasti, orang gaji itu tidak akan didera.
Sunday, December 12, 2010
The Town
Cerita arahan Ben Affleck ini memang memberi satu nafas baru dalam pengarahan. Seorang pelakon yang baik belum tentu memberikan arahan filem yang baik. Filem berkisar tentang sekumpulan anak muda yang merompak di dalam satu bandar yang diketahui umum tentang keaktifan berlakunya rompakan. Dengan pendekatan teliti setiap rompakan yang dirancang oleh pakar menyebabkan rompakan menjadi senang. Sehingga apabila mereka membuat seorang wanita tebusan yang sebenarnya adalah berdekatan dengan kawasan rumah mereka. Salah seorang perompak terpaksa cuba mendekati dan berkawan untuk melihat berapa jauh pengetahuan wanita itu tentang kumpulan rompakan itu. Dan akhirnya mereka bercinta. Pengakhiran yang tragis kepada kumpulan itu dan cinta tidak bersatu.
Sunday, December 5, 2010
Megamind
Cerita tentang watak jahat dan baik memang menjadi tema filem. Kalau semua baik mungkin tak boleh diangkat menjadi cerita. Cerita kartun tentang kejahatan yang akhirnya menjadi baik ini memang menyeronokan. Superhero melawan super villian atau Metroman melawan Megamind. Moral adalah jika semua jahat pasti tak menyeronokan dunia ini. Kalau semua baik pun pasti tak menyeronokan. Tontonlah dengan keluarga kerana filem ini memberi nafas baru kepada semua superhero.
Wednesday, December 1, 2010
Relaxing
Berehat sebentar sebagai pekerja memang bagus. Bukan bercuti tetapi tidak bekerja lansung. Kehidupan sekarang yang memerlukan duit ringgit sebagai pelincir segala benda memang menyekat berehat tersebut. Disember 2010 ini bermula kerja baru dan terus berbeza dari kerja yang 20 tahun dahulu. Dengar sekali kata kata Datuk Dr Fadzilah Kamsah " Biasa itu selesa, berubah itu sakit.
Subscribe to:
Posts (Atom)