Yang selalu jengok

Monday, July 30, 2012

Krisis Air Selangor

Satu ketika dulu sekitar tahun 90an, satu Malaysia mengalami kejutan kerana elektrik terputus lebih dari 4 jam.  Jalanraya sesak, bank tidak berfungsi, gedung2 jualan terpaksa menutup awal dan hospital menjadi kelam kabut.  TNB dipersalahkan dan diminta menjawab beberapa kertas putih dan disabit kesalahan maka Pengerusi ketika ini, Ani Arope dipanggil oleh PM untuk menjawab beberapa persoalan.  Maka semalam metaphor yang sama aku mendengar dari Presiden Ikhlas - entah dari mana ikhlasnya siapa pun tak tahu.  Dia mengatakan jika catuan air di buat di Selangor dan peniaga2 mengalami kerugian, maka Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim akan dipertanggungjawabkan.  Kenapa hal begini tidak dilihat serupa dengan kes2 terdahulu dan orang kebanyakan diberitahu bahawa Kerajaan Selangor mesti bertanggungjawab. 

Kerajaan Selangor bukan kontraktor yang menjaga air sekarang di Selangor.  Kerajaan Selangor membayar sekian juta untuk pengguna2 yang mengguna air di bawah 20 metric tan sebulan - kerana manifesto mereka memberi air percuma.  Kerajaan Selangor juga adalah pelanggan sekarang pada Syabas (Kontraktor Air sekarang). 

Bagaimana kalau elektrik dicatu setiap malam?  Siapa yang patut kita marah. Perbandingan ini mungkin boleh membuka mata bahawa Syabas mesti disalahkan jika mahu mencatu air.  Syabas diberikan konsesi untuk memastikan air dirawat dan dihantar bersih ke rumah2 pengguna.  Kalau tidak berupaya membuat apa yang perlu dibuat, maka Kerajaan Selangor boleh membuat petisyen atau mengambil alih operasi Syabas. 

Thursday, July 26, 2012

Biryani Kambing

Rasa2 sudah 3 kali aku makan biryani kambing dalam masa 6 hari puasa ini.  Masih mencari yang paling sedap dan 3 kali makan terdahulu masih tidak mencapai makna kambing itu.  Makan biryani ini memastikan kita kenyang sehingga sahur.  Kadang2 terlalu kenyang waktu hendak berIsyak dan berterawih malam itu.  Aku mencari biryani kambing ini bukan kerana lapar sesangat tetapi sebab memang suka.  Tekstur daging kambing yang semacam dan rasa kuah yang berulit dengan daging memang kena dengan selera aku.  Kalau boleh di hidang dengan tulang sekali.  Kalau seketul daging yang agak besar kadang2 boleh menjemukan.  Tulang2 yang berselit daging memberikan keistimewaan tersendiri. Mencuba 3 jenis biryani kambing sekitar Bazar Ramadhan di Stadium Shah memberikan aku berbagai pandangan.  Lembut, keras, liat, bersama telor, tak ada kuah, ada acar buah dan harga yang berbagai.  Tetapi yang aku perasan harga pada tahun ini lebih rendah dari tahun lepas.  Biryani kambing yang paling mahal di Stadium Shah Alam adalah RM8.  Kalau ada yang meletakkan harga lebih mahal mungkin kurang orang yang datang.  Harga memainkan peranan sekarang.  Kalau rajin pergi sekitar dan saksikan biryani boleh didapati serendah RM6 di Shah Alam berlaukkan ayam.  Nasi Biryani ada berbagai jenis di sana - Biryani Gam Johor, Biryani Kelantan dan Biryani Biasa.  Masa aku tulis ini pun teringat dengan semua biryani2 ini.  Dan yang paling aku traumakan ejaannya beriani, biryani atau berani.  Selamat Berbuka Puasa.

Monday, July 23, 2012

Cepatnya Masa

Aku dan Abang, Tahun 70an
Masa bergerak terlalu pantas sekarang dan emak aku mengiakan semua ini kerana melihat aku dan anak2 dia.  Masa cepat ini meninggalkan seketika rupa dan kedut di muka katanya.  Dulu kalau berumur 40 ke atas, nampak sangat tuanya.  Kalau orang tua berumur 60 tahun, kemungkinan jalan pun sudah perlahan.  Sekarang kata dia, muka macam 18 tahun tapi ikut tahun dah berumur 30 tahun.  Dan menambah sahih perangai juga macam 18 tahun.  Aku cuba percaya dan menilai.  Seingat aku tidak ada orang yang meletak umur aku lebih 40 tahun.  Paling jujur yang mereka boleh beri sekitar 38 tahun.  Kalau aku berseloroh sekitar 35 pasti masih ada yang percaya.

Betul masa bergerak pantas kata emak aku.  Kawannya yang berumur 75 tahun masih berjalan ke masjid seperti umur 40 tahun. Emak aku sudah 63 tahun dan masih berjalan.  Mungkin pernah dengar orang2 dulu tak ada penyakit yang pelik2 macam sekarang - kanser, barah, leukimia, sakit buah pinggang atau sakit jantung yang amat jarang dengar orang2 dahulu kena.  Tapi mak aku beritahu mungkin dulu orang tidak bijak macam sekarang untuk mengetahui tentang penyakit2 ini.  Kata emak lagi, kalau diambil bandingan seorang berumur 60 tahun pada tahun 70 an dahulu dan 60 tahun pada tahun 2012, bezanya seperti 60 itu masih 60 pada tahun 70an dan 60 tahun sekarang seperti 45 tahun berumur waktu dulu. 

Masa cepat sangat sehingga tidak sempat mematangkan orang.  Kalau pasangan berkahwin sekitar umur 20 an kita akan lihat seolah2 budak2 kecil sedang berkahwin. Kalau dahulu umur 12 sudah dikahwinkan dan berperangai seperti 25 tahun lagaknya kata emak aku. Tetapi sekarang, kalau pasangan itu berkahwin ketika berumur 30 an maka kita berperasan bahawa mereka pasangan berumur 25 tahun.  Masa pantas ini meninggalkan tua hanya pada IC tetapi bukan pada rupa dan perangai. 

Rasa2 aku seperti sudah percaya dengan teori emak aku. 

Wednesday, July 18, 2012

Dah daftar Haji?

Jumlah orang yang berdaftar haji sudah mencecah 953,136.  Kalau dikira setiap negara kuota yang dibenarkan mengerjakan haji pada satu tahun sebanyak 1% populasi maka Malaysia boleh menghantar para Haji dan Hajah sekitar 26,000 orang sahaja (populasi secara rambang sekitar 26 juta orang).  Maka jika berdaftar setelah melihat nombor ke sejuta maka tahun boleh pergi Haji adalah pada tahun 2050.  Kalau umur sekarang 40 tahun maka pada umur 78 nanti baru boleh pergi.  Maka nampak bahaya tua dan tidak larat atau sakit2 sudah mula datang.  Secara swasta atau daftar dan terus haji juga boleh tetapi kos mungkin sekali ganda atau 2 kali ganda sekitar RM18,000.  Maka aku rasa yang paling praktikal adalah terus mendaftar anak seperti membuka akaun PTPTN yang diperlukan buka sebelum mendapat pinjaman.  Kalau anak sekarang berumur 18 tahun, maka peluang untuk mengerjakan haji ketika berumur 56 tahun.  Yang berduit mungkin tidak nampak ini sebagai masalah kerana duit bukan penghalang untuk dikeluarkan.  Kerajaan Saudi juga bekerja keras untuk meningkatkan peluang orang mengerjakan haji setiap tahun tetapi kalau terlalu ramai juga boleh menyebabkan kesesakan yang terlalu padat dan mungkin ibadat yang barakah tidak dapat.  Pembesaran Masjidil Haram dan penempatan dibuat untuk ke arah itu.  Apa yang perlu kita buat adalah berdaftarlah haji kerana salah satu syarat Haji adalah berkemampuan - aman dalam perjalanan pergi dan balik dan yang ditinggalkan.  Ini boleh dikiaskan bahawa berdaftar adalah hukum tempatan yang perlu dibuat oleh semua orang.

Tuesday, July 17, 2012

1 ekar = 43,580 kaki persegi

Ling Leong Sik berkali2 menidakkan kementeriannya dahulu bahawa terlibat dengan pembelian tanah untuk membuat Port Klang Free Zone (PKFZ) seluas 1,000 ekar.  Kekecohan ini melibatkan syarikat berkaitan kerajaan iaitu Port Klang Autority (PKA) melabur dalam projek yang tidak menjadi dan melibatkan duit lebih RM12.5 billion.  Berapa banyak RM12.5 billion ini, 1 ribu juta adalah satu billion maka 12.5 adalah 12.5 ribu juta.  Kalau diberikan pada setiap yang hidup di Selangor sebanyak 4 juta orang maka setiap seorang akan mendapat RM3,125 (lebih dari RM500 Bantuan Rakyat 1 Malaysia). 

Kenapa beli tanah juga kecoh?  Ini disebabkan harga yang ditawarkan lebih dari penilaian yang dibuat iaitu RM21.  Pembelian tanah seluas 1,000 ekar itu dibeli dengan harga RM25.  Nampak macam RM4 sahaja tetapi jika diperhalusi 1,000 ekar X 43,580 = 43,580,000 kaki persegi dengan harga lebihan RM4, maka harga lebih adalah RM174 juta.  Sebenarnya pada satu ketika Parlimen (PAC) membuat soal siasat sendiri bertanya tentang harga RM21 itu lebih tinggi dari harga semasa dibeli sekitar Pulau Indah sebanyak RM10.60 sahaja.  Kalau dikira ini maka pembelian tanah oleh PKA terlebih mahal sebanyak RM627 juta lebih tinggi.  Spekulasi yang menaikkan harga tanah ini adalah melampau dan pasti orang yang menjual tanah ini sudah kaya raya.  Siapakah yang empunya tanah ini?

Tetapi kerugian yang lebih besar iaitu RM12.5 billion itu hanya berkisar tentang Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) yang ditawarkan sebagai 'Turnkey Project' atau kontraktor utama yang memastikan semua siap dan PKA hanya basuh kaki untuk masuk ke PKNZ.  Tuan punya Kuala Dimensi adalah Tiong King Sing (MP Bintulu). Lapuran lengkap tentang penipuan eletrikal sahaja mencapai lebih dari RM126 juta tapi barangan tak siap.  Arkitek dan Engineer KDSB sudah didakwa di mahkamah.

Sebenarnya benda2 seperti ini yang melibatkan ekonomi sepatutnya menjadi perkiraan orang ramai.  Penipuan2 yang mengkayakan beberapa kerat orang ini adalah bahaya kerana rakyat tertindas dengan harga barang mahal, tol yang kena bayar, cukai dan pendidikan yang mahal tanpa mengetahui kenapa orang biasa terlibat dengan kes2 sebegini.

Monday, July 16, 2012

Lockout



Cerita ini macam sudah kita tengok berkali2.  Cerita tentang penjara dan ada orang baik ditawan di dalam penjara dan hero kena selamatkan.  Macam pernah dengar kan! Cuma kali ini penjara yang satu ini berada di angkasa dan perkara ini berlaku sekitar tahun 2070 nanti.  Cerita lakonan yang agak lemah dan dilakunkan oleh Guy Pearce.  Masa awal2 dulu ketika cerita Momento, aku suka sangat si Guy ni tapi sekarang lakonan dia agak tidak memberansangkan.  Cerita kitaran semula yang tidak membina akal lansung.  Filem dari arahan pengarah aksi dari Perancis dan diterbitkan oleh Luc Besson


Kuala Lumpur akan Menjadi Mahal

Beberapa minggu lepas diberitahu bahawa Qatar Holding akan membina Hotel Harrods dan Harrod Residence di tengah2 kawasan emas Kuala Lumpur iaitu Bukit Bintang.  Aku teringat menulis tentang betapa hebat seorang Datuk Lim membeli sekangkang kera tanah di Bukit Bintang sehingga RM7,200 untuk sekaki tanah.  Ini adalah rekod tertinggi di Kuala Lumpur.  Maka pembikinan Hotel Harrods oleh Qatar Holding ini memberi keuntungan kepada Datuk Lim itu yang nampak bangang pada awalnya.  Tetapi bukan tanah itu yang ditawarkan pada Qatar Holding tetapi di sekitar Jalan Conlay berdekatan dengan Restauran Seri Melayu.  Tetapi Datuk ini juga akan mendapat limpahan keuntungan ini.  Hotel Harrod ini adalah yang dipertama di franchisekan di luar dari Britain.  Qatar Holding membayar USD2.3 billion untuk mendapat franchise Harrod Enterprise dan meminjam USD2.8 billion sebagai pengapungan syarikat dari Bank di China.  Hartanah adalah satu perniagaan yang tidak turun2.  Berapa lama kita boleh tahan kalau duduk di Kelana Jaya dan ada orang tawarkan harga untuk kita jual tanah kita dengan harga yang sangat bangang.  Dan siapa boleh kata dia jutawan kalau duduk di tempat jutawan tapi tak ada duit sebagai jutawan. 

Proses ini semua akan menyebabkan Kuala Lumpur akan mahal.  Percayalah proses yang sama berlaku dimana2 di dunia.  Jangan terkejut di Dubai ada restauran yang perlu membayar hanya untuk masuk sebanyak USD100. 

Wednesday, July 4, 2012

Melihat Kepentingan

Kita manusia ini selalunya alpa dan tidak melihat satu kepentingan itu melebihi segalanya.  Benda2 yang lebih penting kita tidak teliti.  Benda2 yang remeh menjadi utama dan kita membuang masa berfikir lebih untuk benda2 yang tidak penting.  Cuba ambil contoh membeli jam - kita akan menghabis masa lama untuk memilih jam sebab jenama, cantiknya atau harganya.  Sedangkan yang paling penting adalah melihat masa.  Berapa kali kita tengok jam sehari - kalau sibuk mungkin 2 kali sehari - waktu makan dan waktu nak balik kerja.  Kalau tak sibuk mungkin berkali2 melihat jam di tangan.  Cuba buat ujian pada diri sendiri.  Cuba lukis jam sendiri yang melekat di tangan.  Ada berapa jarum yang bergerak - 2 atau 3 atau 1 sahaja? Bernombor atau tidak? Ada tarikh? Semua masa dinomborkan atau hanya 3, 6, 9 dan 12 atau lansung tidak bernombor?  Cuba ingat2 bila nak beli telefon genggam (Handphone)? Nak yang berkamera, berradio, berTV dan macam2 dan apa yang paling penting sebenarnya adalah berkomunikasi sahaja.  Akhirnya nilai sesuatu barang yang kita beli itu terletak pada kegunaan asasnya.  Jam untuk melihat masa dan telefon untuk berkomunikasi.  Aku juga kadang2 tertipu dengan tambahan2 yang membuat aku gelap mata.  Beli komputer mesti yang boleh menyimpan fail yang banyak, kelajuan yang paling tinggi, package yang paling bagus, sistem paling canggih, dan kira boleh buat macam2 dan akhirnya aku cuma layari melihat FB tanpa sekali pun cuba menyimpan fail.  

The Vow

Apa yang akan berlaku pada kita jika memori kita hilang sekitar 5 tahun kebelakangan ini.  Badan sudah tua, banyak perkara sudah berlaku dan semua hilang kerana pelanggaran.  Yang bagusnya kita berperasaan seperti kembali muda dimana orang lain sudah tua.  Banyak yang boleh kita betulkan dan mungkin banyak perkara dalam masa 5 tahun ini yang perlu kita lupakan.  The Vow ini memberikan cerita ini sebagai inti keseluruhan.  Cerita benar tentang kehilangan ingatan dan perkahwinan yang dilupakan.  Isteri yang dikahwin cuma ingat 5 tahun dahulu pada tunang yang telah ditinggalkan.  Si suami terpaksa mencuba sekali lagi untuk menjadi kekasih.  Dan akhirnya mereka berkahwin sekali lagi dan mempunyai 2 orang anak sehingga kini.  Dan mengikut rekod, si isteri sampai sudah langsung tidak mengingati cerita 5 tahun yang hilang.

Tuesday, July 3, 2012

Tahan Anak dalam Perut

Satu kajian juga dibuat di Chicago tentang anak2 yang bersalin lewat.  Kelahiran biasanya berlaku apabila kandungan sudah berumur 37 sehingga 41 minggu.  Jike kelahiran berlaku sebelum 37 minggu, maka bayi itu dalam kategori kurang matang dan kononnya senang mendapat penyakit dan mengalami kesukaran tumbesaran.  Kajian dibuat kepada kanak2 yang lahir dalam masa 37 - 41 minggu ini, majoriti bagus didalam menjawab matematik dan membaca.  Tetapi penemuan tentang kanak2 yang lahir sekitar 37 dan 38 minggu kurang pandai dari yang lahir lebih dari itu melahirkan satu pandangan lain.  Selalunya doktor menasihatkan supaya dilahirkan cepat kerana ibu darah tinggi, kencing manis atau ibu yang mengandung memilih tarikh untuk melahirkan anak.  Kesedaran tentang ini juga penting kerana Sunnahtullah sesuatu kejadian - kehendak Allah SWT.  Sebenarnya kita ibubapa yang mewarnakan anak mengikut acuan kita. (cerita kajian ini dicedok dari The Star 03/07/12 - AP)

Lempang Anak

Berbagai ujian dibuat dan kajian dilakukan untuk mendapat anak yang terbaik. Di Washington, penyelidik2 dari Canada telah dibuat satu kajian tentang kalau anak2 dilempang atau dipukul sewaktu kecil kemungkin mereka akan mengalami sakit jiwa bila besar nanti.  600 orang dewasa di Amerika ditemuduga dan ini adalah keputusan dari kajian yang dibuat.  Kita kena lihat bukan tentang gila segilanya tetapi tekanan perasaan yang berbagai mengikut ujian ini.  Menjadi pemarah yang tidak tentu hala, suka menyendiri, berkawan dengan orang2 tidak baik dan bercakap sendiri.  Jangan pukul anak kerana mereka tidak tahu salah dan buruk atau tidak boleh.  Patutlah sekarang banyak orang gila kerana dulu orang suka melempang anak2. (cerita kajian ini diambil dari The Star 03/07/12 - AP)