Apa yang akan berlaku pada kita jika memori kita hilang sekitar 5 tahun kebelakangan ini. Badan sudah tua, banyak perkara sudah berlaku dan semua hilang kerana pelanggaran. Yang bagusnya kita berperasaan seperti kembali muda dimana orang lain sudah tua. Banyak yang boleh kita betulkan dan mungkin banyak perkara dalam masa 5 tahun ini yang perlu kita lupakan. The Vow ini memberikan cerita ini sebagai inti keseluruhan. Cerita benar tentang kehilangan ingatan dan perkahwinan yang dilupakan. Isteri yang dikahwin cuma ingat 5 tahun dahulu pada tunang yang telah ditinggalkan. Si suami terpaksa mencuba sekali lagi untuk menjadi kekasih. Dan akhirnya mereka berkahwin sekali lagi dan mempunyai 2 orang anak sehingga kini. Dan mengikut rekod, si isteri sampai sudah langsung tidak mengingati cerita 5 tahun yang hilang.
No comments:
Post a Comment