Yang selalu jengok

Thursday, July 26, 2012

Biryani Kambing

Rasa2 sudah 3 kali aku makan biryani kambing dalam masa 6 hari puasa ini.  Masih mencari yang paling sedap dan 3 kali makan terdahulu masih tidak mencapai makna kambing itu.  Makan biryani ini memastikan kita kenyang sehingga sahur.  Kadang2 terlalu kenyang waktu hendak berIsyak dan berterawih malam itu.  Aku mencari biryani kambing ini bukan kerana lapar sesangat tetapi sebab memang suka.  Tekstur daging kambing yang semacam dan rasa kuah yang berulit dengan daging memang kena dengan selera aku.  Kalau boleh di hidang dengan tulang sekali.  Kalau seketul daging yang agak besar kadang2 boleh menjemukan.  Tulang2 yang berselit daging memberikan keistimewaan tersendiri. Mencuba 3 jenis biryani kambing sekitar Bazar Ramadhan di Stadium Shah memberikan aku berbagai pandangan.  Lembut, keras, liat, bersama telor, tak ada kuah, ada acar buah dan harga yang berbagai.  Tetapi yang aku perasan harga pada tahun ini lebih rendah dari tahun lepas.  Biryani kambing yang paling mahal di Stadium Shah Alam adalah RM8.  Kalau ada yang meletakkan harga lebih mahal mungkin kurang orang yang datang.  Harga memainkan peranan sekarang.  Kalau rajin pergi sekitar dan saksikan biryani boleh didapati serendah RM6 di Shah Alam berlaukkan ayam.  Nasi Biryani ada berbagai jenis di sana - Biryani Gam Johor, Biryani Kelantan dan Biryani Biasa.  Masa aku tulis ini pun teringat dengan semua biryani2 ini.  Dan yang paling aku traumakan ejaannya beriani, biryani atau berani.  Selamat Berbuka Puasa.

2 comments:

  1. dah penah cuba beriani pak anjang dekat seksyen 13? Erm...dekat2 area shop lot yang ada pasaraya Hero n dekat dengan Giant. Sedap!!!!!!

    ReplyDelete
  2. Tahu2. Tu biryani gam Johor kan. Rasa2 dah makan 2 kali kat situ. Tirai Ratus pun ok

    ReplyDelete