Satu kajian juga dibuat di Chicago tentang anak2 yang bersalin lewat. Kelahiran biasanya berlaku apabila kandungan sudah berumur 37 sehingga 41 minggu. Jike kelahiran berlaku sebelum 37 minggu, maka bayi itu dalam kategori kurang matang dan kononnya senang mendapat penyakit dan mengalami kesukaran tumbesaran. Kajian dibuat kepada kanak2 yang lahir dalam masa 37 - 41 minggu ini, majoriti bagus didalam menjawab matematik dan membaca. Tetapi penemuan tentang kanak2 yang lahir sekitar 37 dan 38 minggu kurang pandai dari yang lahir lebih dari itu melahirkan satu pandangan lain. Selalunya doktor menasihatkan supaya dilahirkan cepat kerana ibu darah tinggi, kencing manis atau ibu yang mengandung memilih tarikh untuk melahirkan anak. Kesedaran tentang ini juga penting kerana Sunnahtullah sesuatu kejadian - kehendak Allah SWT. Sebenarnya kita ibubapa yang mewarnakan anak mengikut acuan kita. (cerita kajian ini dicedok dari The Star 03/07/12 - AP)
No comments:
Post a Comment