Aku dan Abang, Tahun 70an |
Masa bergerak terlalu pantas sekarang dan emak aku mengiakan semua ini kerana melihat aku dan anak2 dia. Masa cepat ini meninggalkan seketika rupa dan kedut di muka katanya. Dulu kalau berumur 40 ke atas, nampak sangat tuanya. Kalau orang tua berumur 60 tahun, kemungkinan jalan pun sudah perlahan. Sekarang kata dia, muka macam 18 tahun tapi ikut tahun dah berumur 30 tahun. Dan menambah sahih perangai juga macam 18 tahun. Aku cuba percaya dan menilai. Seingat aku tidak ada orang yang meletak umur aku lebih 40 tahun. Paling jujur yang mereka boleh beri sekitar 38 tahun. Kalau aku berseloroh sekitar 35 pasti masih ada yang percaya.
Betul masa bergerak pantas kata emak aku. Kawannya yang berumur 75 tahun masih berjalan ke masjid seperti umur 40 tahun. Emak aku sudah 63 tahun dan masih berjalan. Mungkin pernah dengar orang2 dulu tak ada penyakit yang pelik2 macam sekarang - kanser, barah, leukimia, sakit buah pinggang atau sakit jantung yang amat jarang dengar orang2 dahulu kena. Tapi mak aku beritahu mungkin dulu orang tidak bijak macam sekarang untuk mengetahui tentang penyakit2 ini. Kata emak lagi, kalau diambil bandingan seorang berumur 60 tahun pada tahun 70 an dahulu dan 60 tahun pada tahun 2012, bezanya seperti 60 itu masih 60 pada tahun 70an dan 60 tahun sekarang seperti 45 tahun berumur waktu dulu.
Masa cepat sangat sehingga tidak sempat mematangkan orang. Kalau pasangan berkahwin sekitar umur 20 an kita akan lihat seolah2 budak2 kecil sedang berkahwin. Kalau dahulu umur 12 sudah dikahwinkan dan berperangai seperti 25 tahun lagaknya kata emak aku. Tetapi sekarang, kalau pasangan itu berkahwin ketika berumur 30 an maka kita berperasan bahawa mereka pasangan berumur 25 tahun. Masa pantas ini meninggalkan tua hanya pada IC tetapi bukan pada rupa dan perangai.
Rasa2 aku seperti sudah percaya dengan teori emak aku.
No comments:
Post a Comment