Beberapa minggu lepas diberitahu bahawa Qatar Holding akan membina Hotel Harrods dan Harrod Residence di tengah2 kawasan emas Kuala Lumpur iaitu Bukit Bintang. Aku teringat menulis tentang betapa hebat seorang Datuk Lim membeli sekangkang kera tanah di Bukit Bintang sehingga RM7,200 untuk sekaki tanah. Ini adalah rekod tertinggi di Kuala Lumpur. Maka pembikinan Hotel Harrods oleh Qatar Holding ini memberi keuntungan kepada Datuk Lim itu yang nampak bangang pada awalnya. Tetapi bukan tanah itu yang ditawarkan pada Qatar Holding tetapi di sekitar Jalan Conlay berdekatan dengan Restauran Seri Melayu. Tetapi Datuk ini juga akan mendapat limpahan keuntungan ini. Hotel Harrod ini adalah yang dipertama di franchisekan di luar dari Britain. Qatar Holding membayar USD2.3 billion untuk mendapat franchise Harrod Enterprise dan meminjam USD2.8 billion sebagai pengapungan syarikat dari Bank di China. Hartanah adalah satu perniagaan yang tidak turun2. Berapa lama kita boleh tahan kalau duduk di Kelana Jaya dan ada orang tawarkan harga untuk kita jual tanah kita dengan harga yang sangat bangang. Dan siapa boleh kata dia jutawan kalau duduk di tempat jutawan tapi tak ada duit sebagai jutawan.
Proses ini semua akan menyebabkan Kuala Lumpur akan mahal. Percayalah proses yang sama berlaku dimana2 di dunia. Jangan terkejut di Dubai ada restauran yang perlu membayar hanya untuk masuk sebanyak USD100.
No comments:
Post a Comment