Jumlah orang yang berdaftar haji sudah mencecah 953,136. Kalau dikira setiap negara kuota yang dibenarkan mengerjakan haji pada satu tahun sebanyak 1% populasi maka Malaysia boleh menghantar para Haji dan Hajah sekitar 26,000 orang sahaja (populasi secara rambang sekitar 26 juta orang). Maka jika berdaftar setelah melihat nombor ke sejuta maka tahun boleh pergi Haji adalah pada tahun 2050. Kalau umur sekarang 40 tahun maka pada umur 78 nanti baru boleh pergi. Maka nampak bahaya tua dan tidak larat atau sakit2 sudah mula datang. Secara swasta atau daftar dan terus haji juga boleh tetapi kos mungkin sekali ganda atau 2 kali ganda sekitar RM18,000. Maka aku rasa yang paling praktikal adalah terus mendaftar anak seperti membuka akaun PTPTN yang diperlukan buka sebelum mendapat pinjaman. Kalau anak sekarang berumur 18 tahun, maka peluang untuk mengerjakan haji ketika berumur 56 tahun. Yang berduit mungkin tidak nampak ini sebagai masalah kerana duit bukan penghalang untuk dikeluarkan. Kerajaan Saudi juga bekerja keras untuk meningkatkan peluang orang mengerjakan haji setiap tahun tetapi kalau terlalu ramai juga boleh menyebabkan kesesakan yang terlalu padat dan mungkin ibadat yang barakah tidak dapat. Pembesaran Masjidil Haram dan penempatan dibuat untuk ke arah itu. Apa yang perlu kita buat adalah berdaftarlah haji kerana salah satu syarat Haji adalah berkemampuan - aman dalam perjalanan pergi dan balik dan yang ditinggalkan. Ini boleh dikiaskan bahawa berdaftar adalah hukum tempatan yang perlu dibuat oleh semua orang.
No comments:
Post a Comment