Yang selalu jengok

Monday, January 28, 2013

Perdana Menteri

Sekitar tahun 2002 dahulu, aku pernah mendatangi satu kursus yang dipanggi NLP atau Neuro Linguastic Programme. Kursus ini diberitahu tentang cara2 membaca gerak geri orang, mencari pembohongan dan mempamerkan kehebatan.  Selepas kursus diberitahu bahawa keyakinan diri akan meningkat tinggi, lebih bersemangat tak tentu hala dan mengenal diri sendiri dan orang lain.  Dalam separuh perjalanan kursus, moderator yang bukan hebat sangat tetapi itulah sebab dipanggil moderator kerana menguruskan perjalanan kursus NLP ini memohon jawapan dari peserta2, Apa cita2 awak? Soalan yang biasa pada budak2 sekolah tetapi ketika itu aku berumur 32 tahun.  Aku memberitahu bahawa aku ingin menjadi Perdana Menteri (PM) sebelum umur aku 40 tahun.  Ini cerita betul dan ketika itu Che Det berkuasa sebagai PM sebelum memberi peluang kepada Pak Lah menyambung cerita.  Kesemua peserta2 NLP ketawa dan moderator memberitahu apa yang kita hajati itu mestilah logik boleh dicapai, boleh dikira dan ditentukan masa dan tarikh akhirnya.  Akhirnya cita2 aku itu terkubur sebelum akhir kursus lagi.  Sebab apa aku bercerita ini kerana ketika Pak Lah naik tahta PM, menantu beliau yang berumur 33 tahun bersurah benda yang sama iaitu ingin menjadi PM sebelum umur 40 tahun dan ini disiarkan secara meluas di media2 semasa pada masa itu. Kalau tak ingat cuba rujuk nama Khairi Jamaluddin di google pasti cerita itu masih ada.  Salahkan untuk bermimpi menjadi PM.  Kalau kanak2 bercakap begitu nampak manis dan semua menyokong, tetapi kalau yang baya aku ini bersurah - nampak tak logik.  Kenapa!

PRU 13

Pembangkang seperti siap siaga untuk bertempur di medan PRU 13.  Bukan senang melawan sesuatu yang tidak terang seperti di Malaysia ini.  Tarikh yang tidak ketahuan.  Rakyat kebingungan nanti bila mengundi - nak mengambil cuti dan tidak boleh merancang kerana hanya seorang yang tahu iaitu Perdana Menteri.  Ini bagi aku bukan kehebatan Malaysia tetapi kelemahan yang nampak sangat.  Muhyiddin Yasin menyatakan ini adalah kehebatan politik Malaysia. Aku keliru betul dengan dia ini.  Kalau masa Che Det dulu pasti dia bersurah tentang ilham yang dinantikan.  Masa Pak Lah pula dia pasti akan bertanya kembali pada wartawan dan memberitahu bahawa 'Awak lebih tahu'.  Dan PRU 13 ini kali pertama bagi Najib untuk meniup nafiri perang PRU.  Kalau anak jantan pasti dia memberitahu secara terbuka dan memberi peluang kepada semua rakyat merancang hari mengundi untuk cuti meraikan.  Mengikut rekod PRU secara purata tidak pernah kehadiran orang mengundi lebih dari 75% seluruh Malaysia kecuali tertinggi di Terengganu pada tahun 2004. Pengalihan kuasa dari PAS kepada UMNO.  Ada kawasan2 di Terengganu, % keluar mengundi melebihi 90% dan ini adalah rekod.  Jangan tuduh ada hantu yang undi kerana ini adalah rekod SPR yang paling mengkagumkan untuk dijadikan sejarah.  Kalau dikira itu, kemungkinan Terengganu boleh dikategorikan bahawa semua orang suka politik dan tidak ada yang berdiri tengah atau atas pagar.  

Aku sangat cuak dengan cerita di RCI yang diberitahu bahawa pendatang2 asing diberi IC hanya untuk mengundi Barisan Nasional di Sabah pada tahun 1995.  Di tanya pada Che Det maka jawapan versi dia adalah dulu Tunku Abdul Rahman lagi banyak bagi IC pada pendatang.  Nampak bijak jawapan bagi yang menyokong beliau tetapi kita kena bijak melihat kerana pada masa dulu Tunku memberi IC untuk membina negara tetapi Che Det bagi IC untuk menang politik.  Nampak bezanya jawapan.  Kalau dimetaforakan seperti saya rasuah tapi dia rasuah lagi tinggi.  Nampak samanya jawapan kan!

Bagi aku pembangkang kali ini bukan seperti tahun 1999 dahulu.  Kali ini lebih bijak dengan wakil2 yang diberitahu awal untuk menghadapi PRU 13. Ditonjolkan walau belum menang di sesuatu kawasan.  Najib memberitahu tentang 'winnable candidate' atau calon yang boleh nampak menang sahaja akan diberi peluang kali ini.  Tetapi sehingga hari ini, calon2 ini tidak diberitahu kerana untuk memberikan kejutan atau tidak memberi masa pada rakyat untuk menilai.  Sama cerita dengan tarikh PRU kan!

Najib kena jadi Imam

Ada orang tak suka langsung bila berbincang tentang politik.  Mereka lebih suka hiburan kalau begitu.  Mereka adalah generasi senyap yang selalu dikatakan penentu Pilihanraya Umum sebelum-sebelum ini.  Betul atau tidak - tak pasti.  Banyak yang Najib sudah buat. BRIM (Bantuan Rakyat 1Malaysia) RM500 setiap keluarga yang pendapatan bulan keluarga kurang dari RM3,000.  KRIM (Kedai Rakyat 1Malaysia) - kedai yang memberi barangan murah dari biasa. Bantuan RM100 untuk setiap budak2 bersekolah.  RM250 subsidi untuk belian telefon pintar.  Keluaran kedua BRIM pun diumumkan.  Kenapa kita melihat benda2 ini bukan politik. Ini memang politik.  Buktinya....

Politik sekarang bermaksud memilih sesuka hati.  Kalau seronok cerita dan pilih dan kalau tak seronok jangan pilih.  Dan bukan sahaja Najib cuba membuat berbagai, pembangkang juga boleh berjanji berbagai.  Kerajaan sekarang adalah pilihan rakyat pada tahun 2008 dahulu.  Mandat yang tidak sampai 2/3 adalah bagus untuk memberi peluang rakyat mendapat segala BRIM, KRIM atau bantuan berbagai.  

Apa yang perlu Najib buat sekarang adalah apa yang dibuat oleh Badawi dahulu.  Bukan tidur di setiap majlis tetapi menjadi imam setiap solat.  Ini lansung tidak digebangkan oleh media2 atau memang tiada.  Tiada Perdana Menteri yang sebelum ini pernah menjadi imam solat kecuali Badawi.  Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim bukan sahaja boleh menjadi imam tetapi diketahui ramai menjadi khatib membaca khutbah solat Jumaat.  

Kalau buat sekarang, pasti ia nampak terlalu politik.  Generasi senyap tidak memperdulikan semua itu.  Bagi mereka ekonomi mereka tidak bergoyang maka politik tidak penting.   

Tuesday, January 22, 2013

Dalam Radar bersama YB Shukur Kuang

Semalam di Bernama Radio dalam siri 'Dalam radar' bersama YB Abdul Shukur Idrus - pembangkang di Dun Selangor selepas PRU 12.  Beliau bermula dengan yakin memberitahu bahawa kebangkitan BN akan berlaku di Selangor dan dia mengiakan bahawa dimana2 dia pergi rakyat kebanyakan memberitahu bahawa "Kita kena tukar YB - kerajaan Selangor sekarang perlu ditukar".  Aku seronok bila dia bermula madah dengan keyakianan yang bersandarkan keseronokan dikelilingi penyokong.  Tidakkah dia tahu bahawa dalam dunia sekarang, rakyat bertanya dan lagi di Selangor dimana bijak pandai berkumpul.  Suasana menjadi penguasaan penuh pada YB ini pada mulanya kerana dia bercakap seolah2 dia mengetahui orang tidak akan bertanya itu ini.  Dia menyatakan bahawa manisfesto Pakatan Rakyat pada tahun 2008 mengelabui mata rakyat dan rakyat tertipu untuk memilih pembangkang menjadi Kerajaan di Selangor.  Dia nampak seronok menceritakan bahawa rakyat tertipu dan BN kembali menunjukkan apa yang betul sekarang.  Apabila menerima 2 atau 3 panggilan yang agak kasar sehinggakan salah seorang pendengar berkata minta YB yang selalu mendengar keluh kesah rakyat menulis setiap soalan kerana YB yang seorang ini boleh lupa soalan dari rakyat marhaen.  Salah seorang pendengar menalifon dan memberitahu bahawa YB tidak boleh menidakkan tahap pemikiran rakyat sekarang dengan mengatakan Pakatan Rakyat berjanji dan rakyat tertipu.  Berduyun2 talifon yang masuk dan berbunyi seperti rakyat bijak dan nampak YB ini sombong tak tentu hala.  UMNO kena menilai diri dan tidak berbunyi terlalu sombong sekarang kerana mereka berada di atas disebabkan rakyat yang pilih.  Mereka kena tunduk dan bekerja lebih keras untuk menambat hari rakyat bukan menyalahkan rakyat dalam PRU.

Thursday, January 17, 2013

Tak Boleh Masak

Turun2 di Lapangan Terbang India di New Delhi. Aku mencari2 teksi di sekitar tempat pakir yang luas.  Ada tanda2 yang menjadi ingatan aku sehingga sekarang.  Salah satu tanda iaitu "No Cooking".  Aku tersenyum kerana ia diletakkan bersama "No Trespassing".  Kenapa tanda begitu diletakkan dikawasan pakir Lapangan Terbang Delhi menjadi persoalan.  Melihat2 kawasan yang luas begitu aku melihat beberapa orang memasang khemah sekitar tempat berumput.  Aku diberitahu mereka ini seperti orang2 nomad iaitu orang yang tidak berumah dan mereka akan berkhemah dimana2 yang mereka rasa boleh.  Tanda "No Cooking" iaitu terpaksa dinaikkan kerana penguatkuasa takut ia akan menyebabkan kebakaran yang besar atau mengganggu perjalanan kapal terbang turun dan naik.  Berbagai reaksi aku dan tersenyum berfikir sejenak.  Disebabkan banyak yang memasak disini maka tanda tersebut terpaksa dinaikkan.  Terlalu praktikal.

Sunday, January 13, 2013

Mesyuarat di Singapura

Pada 08/01/2013, tergesa2 aku ke Lapangan Terbang Subang.  Penerbangan hari ini pada pukul 9.40 pagi dengan Firefly terus ke Singapura.  Kepala pening dengan kesesakan lalu lintas pagi menuju ke Lapangan Terbang Subang reda bila tiba dengan selamat.  Ada sejam lagi dari kapal terbang akan berlepas.  Aku minum pagi di sana dengan donut dan air kopi.  Bukan kopi biasa tapi yang trendy di Big Apple (Donut and Coffee).  Dan masa berlepas dengan kapal terbang yang kecil ini memang boleh membuat aku muntah.  Duduk disebelah seorang India Muslim yang 2 kali lebih besar dari aku.  Aku rasa Firefly kena timbang orang ini dulu sebelum bagi dia masuk dalam kapal terbang.  Tiba di Singapura sekitar 10.40.  Kepala terus pening.  Mungkin disebabkan dah lama tak naik kapal terbang kecil.  Mesyuarat pun bermula sekitar 11 pagi.  Ia seperti lari maraton sehingga pukul 3 baru mesyuarat habis.  Dan makan tengahari yang sudah nampak petangnya disebelah bangunan yang aku bermesyuarat.  Yang aku nampak seperti bangunan OUB (salah satu bank terbesar di Singapura).  Makan sehingga 3.30 petang dan aku memberitahu yang kapal terbang aku pukul 5 petang.  Mereka mengatakan selepas ini terpaksa terus ke Lapangan Terbang Changi.  Dan aku terus bersama pemandu yang diberikan bergegas ke Lapangan Terbang Changi.  Pukul 4 aku sampai di situ dan terus dihebahkan bahawa pintu berlepas akan ditutup pada pukul 4.15 petang.  Aku pelik kerana kalau di Lapangan Terbang Subang tadi aku hanya memerlukan 10 minit untuk berada di dalam kapal terbang tetapi disini - 45 minit.  Duduk didalam kapal terbang aku mencari sebab kenapa awal berada dalam kapal terbang ini.  Aku melihat setiap kapal terbang beratur untuk berlepas dan melihat kapal terbang turun pada landasan yang sama.  Itu lah jawapan kenapa aku perlu ada awal di dalam kapal terbang.  Mereka hanya ada satu landasan.  Pening aku berada dalam kapal tidak habis sehingga sampai pada pukul 6.20 petang di Lapangan Terbang Subang.  Perjalanan ke Singapura adalah yang pertama bagi aku dan aku hanya melihat bangunan yang aku tak kenal dan kawasan yang hanya sekejap untuk aku faham.

Tua di Singapura

Makan sebentar di Hong Kong Street di Singapura menimbulkan berbagai andaian.  Aku melihat beberapa orang tua masih menjadi pelayan, mengutip  barang2 yang dikitar semula, menjadi pelayan di Mc Donald.  Ini adalah sesuatu yang baru bagi aku di kala Singapura dikategorikan sebagai negara yang pendapatan per kapita yang sangat tinggi.  Susah rasanya aku ingin melihat seorang berumur 60 mengambil pesanan di kaunter Mc Donald. Aku melihat dan menilai.  Ini juga akan berlaku di Malaysia jika rakyat tidak tegas menghadapi hari2 tua yang sebegini.  Mereka ini masih mengomel benda2 yang sama dengan kita iaitu mahal.  Semua barang mahal dan disebabkan benda ini kehidupan sebagai pekerja terpaksa diteruskan walaupun ketika itu sudah tidak larat lagi.  Kebajikan orang2 tua perlu dijaga dan aku melihat dan bertanya beberapa orang, mereka mengiakan dan berkata gaji yang anak2 dapat tidak mungkin dapat menyokong kehidupan ibubapa mereka.  Mahal adalah satu yang sangat berkait rapat dengan ekonomi.  Ekonomi meningkat, pendapatan meningkat, gaji besar maka barang2 perlu juga naik tanpa segan.  Di beberapa negara maju, contoh Australia, orang2 tua diberikan sara hidup sebanyak AUD400 setiap bulan.  Dengan duit ini mereka dapat tidur, makan dan berpakaian dengan mudah.  Kalau suami isteri maka mereka dapat mengumpulkan pendapatan isi rumah sebanyak AUD800.  Di Malaysia pinjaman perumahan sudah mencapai sehingga umur 75 tahun.  Maka berjaga2lah untuk sentiasa sihat untuk bekerja sehingga masa itu untuk membayar hutang. 

Thursday, January 3, 2013

Blog di tahun 2013

Diberitahu bahawa pada tahun 2013 ini, penguna, pembaca dan pencatit Blog akan berkurangan kerana tulisan2 yang lebih pendek seperti di Twitter dan Facebook akan mengambil alih secara lebih agresif.  Benar dan tidak boleh terima secara total.  Blogger di Malaysia agak berbeza secara am nya dari blogger2 di Amerika walaupun cerita2 di Blog sekarang tidak sekerap dahulu berbeza dengan twitter dan facebook yang boleh dimuat turun secara cepat dan pantas.  Kenapa berbeza kerana media semasa yang bercerita berbagai dan maklumat ke 3 diperlukan  menyebabkan blog2 ini terus popular dan dilayari oleh anak2 muda.  Bacaan masih diperlukan dan Twitter atau facebook bukan media bacaan yang kompak memberitahu segala.  Maklumat memang diperlukan cepat dan ringkas tetapi bila bacaan diperlukan maka Blog masih menjadi pilihan.  Pengguna2 Blog akan mengurangkan post2 mereka tetapi bilangan pembaca akan meningkat kerana masalah tadi timbul.  Post2 terbaru pasti dinantikan pada setiap2 blog jika penulis blog itu tahu mengkaitkan blog mereka dengan twitter atau facebook.  Setiap 'update' di Facebook boleh dikaitkan dengan blog dan pembaca akan terus membaca kerana sebenarnya naluri manusia ingin mendapat maklumat. 

Bicara "AMANAT HADI"

Semalam dalam program Bicara di TV3 semalam 02/01/2013 membincangkan tentang Amanat Hadi.  Cerita ini adalah ulangan walaupun disiar secara lansung.  Semua ahli panel berpangkat Datuk dan Tan Sri termasuk yang menjadi moderator.  Bila tenong lama2 panel ini adalah orang2 tua yang bercerita tentang sejarah lebih kurang 30 - 35 tahun dahulu bila Amanat Hadi ini keluar sekitar awal 80 an.  Mereka bercerita tentang Amanat Hadi yang bersangkutan dengan cerita di Memali, Baling.  Banyak orang muda tidak mengetahui sepenuhnya cerita tentang Amanat Hadi dan cerita tentang Memali ini.  Bila orang tua2 ini bercerita mengikut versi mereka, tidakkah mereka mengetahui ini akan menyebabkan budak2 muda yang prihatin akan mencari maklumat dari sumber ke 3 kerana cerita tentang Amanat Hadi ini sebenarnya tidak terlintas dalam pemikiran anak muda sekarang.  Tetapi bila dihangatkan maka peluang membuka cerita ini akan terkuis dengan sendiri.  Apa yang orang muda kisahkan dengan cerita Amanat Hadi ini.  Mungkin budak2 kampung yang termakan tetapi budak2 muda kampung lebih memandang hiburan dari mendengar cerita sejarah seperti ini.  Panel terlibat adalah seorang bekas ketua Polis, seorang bekas menteri dan seorang professor dari UKM.  Kalau secara simbiotiknya mereka seperti bersembang sesama sendiri tanpa mendapat pandangan dari orang yang mengeluarkan amanat tersebut yang masih sihat hidup dan menjadi Ahli Parlimen sehingga sekarang iaitu Datuk Abdul Hadi Awang, Presiden PAS sekarang.