Pembangkang seperti siap siaga untuk bertempur di medan PRU 13. Bukan senang melawan sesuatu yang tidak terang seperti di Malaysia ini. Tarikh yang tidak ketahuan. Rakyat kebingungan nanti bila mengundi - nak mengambil cuti dan tidak boleh merancang kerana hanya seorang yang tahu iaitu Perdana Menteri. Ini bagi aku bukan kehebatan Malaysia tetapi kelemahan yang nampak sangat. Muhyiddin Yasin menyatakan ini adalah kehebatan politik Malaysia. Aku keliru betul dengan dia ini. Kalau masa Che Det dulu pasti dia bersurah tentang ilham yang dinantikan. Masa Pak Lah pula dia pasti akan bertanya kembali pada wartawan dan memberitahu bahawa 'Awak lebih tahu'. Dan PRU 13 ini kali pertama bagi Najib untuk meniup nafiri perang PRU. Kalau anak jantan pasti dia memberitahu secara terbuka dan memberi peluang kepada semua rakyat merancang hari mengundi untuk cuti meraikan. Mengikut rekod PRU secara purata tidak pernah kehadiran orang mengundi lebih dari 75% seluruh Malaysia kecuali tertinggi di Terengganu pada tahun 2004. Pengalihan kuasa dari PAS kepada UMNO. Ada kawasan2 di Terengganu, % keluar mengundi melebihi 90% dan ini adalah rekod. Jangan tuduh ada hantu yang undi kerana ini adalah rekod SPR yang paling mengkagumkan untuk dijadikan sejarah. Kalau dikira itu, kemungkinan Terengganu boleh dikategorikan bahawa semua orang suka politik dan tidak ada yang berdiri tengah atau atas pagar.
Aku sangat cuak dengan cerita di RCI yang diberitahu bahawa pendatang2 asing diberi IC hanya untuk mengundi Barisan Nasional di Sabah pada tahun 1995. Di tanya pada Che Det maka jawapan versi dia adalah dulu Tunku Abdul Rahman lagi banyak bagi IC pada pendatang. Nampak bijak jawapan bagi yang menyokong beliau tetapi kita kena bijak melihat kerana pada masa dulu Tunku memberi IC untuk membina negara tetapi Che Det bagi IC untuk menang politik. Nampak bezanya jawapan. Kalau dimetaforakan seperti saya rasuah tapi dia rasuah lagi tinggi. Nampak samanya jawapan kan!
Bagi aku pembangkang kali ini bukan seperti tahun 1999 dahulu. Kali ini lebih bijak dengan wakil2 yang diberitahu awal untuk menghadapi PRU 13. Ditonjolkan walau belum menang di sesuatu kawasan. Najib memberitahu tentang 'winnable candidate' atau calon yang boleh nampak menang sahaja akan diberi peluang kali ini. Tetapi sehingga hari ini, calon2 ini tidak diberitahu kerana untuk memberikan kejutan atau tidak memberi masa pada rakyat untuk menilai. Sama cerita dengan tarikh PRU kan!
No comments:
Post a Comment